BAB 33

187 19 2
                                    

                Uzayr melangkah masuk ke dalam ward yang menempatkan Katherine. Sayunya hati bila melihat kembarnya ini dah lama tak sedarkan diri. Tangan perlahan lahan mencapai tangan Katherine yang sejuk bak salju. Digenggamnya tangan itu dalam tangan dia.

"Bangunlah,Rin...Aku sunyi tak de kau.." Bisik Uzayr. Memang itu hakikatnya...Dia rasa begitu sunyi dengan ketiadaan Katherine..dia sedih..Memori lalu tak habis habis menyinggak di kotak memorinya. Uzayr mendaratkan punggung di atas kerusi yang berada di tepi katil Katherine.Kemudian dia mendaratkan kepala di sisi katil..dia penat..sungguh penat..jadi keli ini dia nak berehat..tapi dengan Katherine di sisinya.

    Farhan membawa keluar handphonenya daripada poket untuk melihat waktu. Namun baru sesaat tangannya memegang handphone tersebut tiba tiba terlepas dari tangannya dan daripada bahu hingga hujung jarinya terasa sangat sakit. Farhan memegang bahu dengan tangannya sebelah lagi... Wajahnya berkerut kerut menahan sakit yang tak terperi...serasa seperti mahu hancur tulang belulang tangannya. Tiba tiba telinganya pula berdesing kuat....ngilu dan sakit dalam masa yang sama. Ikutkan hati dia ingin menutup kedua telinganya dengan tangan,tetapi hanya sebelah tangan yang mampu digerakkan.Pandangannya berselang seli antara kelabu dan terang..Kornea matanya terasa seperti dicucuk cucuk oleh jarum.

"Ahhh...." Erangan kecil terlepas dari mulut Farhan. Allah!! Sakitnyaa!!

"Farhan!!!" Adam yang kebetulan lalu disitu terus berlari mendapatkan Farhan dan duduk di tepi Farhan. Jelas kesakitan di wajah Farhan.

 Selepas Adam datang,perlahan lahan sakitnya berlalu..tetapi sakitnya di bahu masih tersisa.

"Abang Adam...Humyra tak sedar lagi ke? Han nak jumpa dia..." 

Sayunya hati Adam kala ini mendengar rayuan Farhan. Dia menjawab dengan gelengan. Merah wajah Farhan menahan sakit..Mungkin inilah maksud doktor akan ada waktu dimana Farhan x boleh tangan rasa tangannya sendiri,mungkin itu jugatanda tanda dia akan lumpuh...lambat tindakan dan silap langkah...dia akan lumpuh. Farhan tertunduk lemah...Allahu..dia nak sangat jumpa Humyra sekarang ni..

      Uzayr tersedar daripada tidurnya dan sejurus sahaja dia mengangkat pandangan,Matanya terus bertembung dengan mata Katherine yang sedang merenung ke arahnya.

"Rin?" Uzayr yang tadinya mamai serta merta menjadi segar bugar.Uzayr ingin bangun daripada kerusi untuk memanggil Doktor,Tetapi tangan  Katherin elebih pantas menahannya.

"Aku okey,Uzayr" Katanya dalam keadaan lemah.

Uzayr pun kembali melabuhkan punggungnya,mata nya jatuh tepat ke dalam mata Katherine yang masih lemah dalam keadaan berbaring.

"Apa jadi?" Katherine cuba bangun daripada pembaringan,Tangannya memegang kepala yang terasa sakit.

"Tak perlu ingat..tak elok untuk kau" Uzayr cuba membantu Katherine.

Katherine mendengus. Geram betulla!

"Susah sangat ke semua orang nak bagitahu aku kalau aku x ingat sesuatu? Susah ke berterus terang tu?!"

Uzayr terpempan.Matanya bertembung dengan mata Katherine yang seperti membara bara dengan api.

"Kenapa ni,Kath?" Soal Uzayr dengan suara yang terketar ketar. Dlam hati dia minta sangat apa yang dia sedang fikirkan ni salah...

Katherine menolak tangan Uzayr yang berada di atas tangannya. " Aku dah ingat,Uzayr...Semuanya...Aku dah ingat" Air mata terus jatuh ke pipi selepas mengatakan hal tersebut

Allah...terasa seperti dihempap batu yang kuat selepas mendengar kenyataan yang satu itu. 

"Aku masih dara atau tak Uzayr? Boleh kau bagitahu aku?Aku nak jawapan tu" Air mata terus mengalir..tetapi sedikit pun dia tidak melarikan pandangan daripada mata Uzayr.

Precious Blue Iris (Completed)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें