BAB 35

223 20 4
                                    

          3 hari sudah berlalu. Tiada perubahan langsung di dalam rumah besar ini. Penuh kedinginan. Katherine berkurung di dalam bilik sepanjang 3 hari dan hanya keluar tengah malam selepas semua orng tidur untuk makan. Lama dia berkurung dan ini semua membuatkan dia rasa lemas. Dia nak keluar! Kemudian dia mencapai handphone dan mencari nombor Adam.

Katherine Humyra
Alia,busy tak?Jom keluar jalan jalan
Kita pusing pusing naik bas.

Alia Sofea 
Aku x konfem lah..Aku kena
Kalau cuti camni..Kau pun 
Tahu Family aku macam mana.

Katherine Humyra
Tak pelah kalau macam tu...
Aku gi jalan sorang sorang...Aku
Teringin nak gi taman bunga.

Tanpa menunggu balasan daripada Alia,Katherine terus menutup phone dan sumbatkannya ke dalam poket. Tiada yang perlu diberitahu dan tiada siapa akan mendengar...jadi dengan selambanya Katherine terus kelaur daripada rumah

      Hidung menghirup udara segar yang ada di taman bunga ini. Ah...terasa ringan sedikit kepalanya apabila dia berjalan begini. Seorang diri pulak tu...lagi syok. 

"Farhan!"

Suara yang memanggil nama itu menangkap perhatian Katherine. Pantas sahaja Katherine meliarkan mata nya untuk mencari tuan empunya suara. Beberapa saat selepas itu matanya menangkap figura Batrisya yang sedang berjalan ke arah Farhan sambil membawa sejambak bunga ros,kemudiannya dihulurkannya bunga itu kepada Farhan. Katherine yang memerhati dari jauh pula jadi berdebar debar menanti..tetapi hatinya sudah dapat agak sebenarnya.

"Farhan..will you be mine? Be my boyfriend and my soulmate? Treasure every moment together and when the times come..we'll be climbing the throne together..you're as the groom and i'm your bride"

Penuh puitis ayat yang Batrisya susun untuk mengambil hati Farhan dan hati Katherine yang mendengar serasa seperti disiat siat.Kakinya masih tidak berganjak kerana hatinya degil mahu menunggu jawapan Farhan. Please Farhan...jangan terima..cukuplah semua orng hilang daripada hidup dia..dia tak nak hilang Farhan juga.

Tetapi harapan tinggal harapan. Hancur hatinya pabila melihat Farhan menyambut huuran bunga itu bersama senyuman manis yang dihadiahkan kepada Batrisya.

"Batrisya..."

Tanpa menunggu kata kata Farhan, Katherine terus berlari dan air mata jatuh. Tidak sanggup dah dia menanggung segala kesakitan ini..terasa seperti mahu bunuh diri!

       Farhan tersenyum menahan lucu apabila tekaannya benar apabila mendapat mesej daripada Batrisya yang mengajaknya keluar berdua. Kemudian tangannya menyambut huluran jambak bunga ros yang berada di tangan Batrisya.

"Batrisya..."

Farhan baru sahaja ingin membuka mulut,matanya menangkap figura Katherine yang berlari ke arah pintu keluar taman bunga. Katherine Humyra! Dia nak jumpa Kath! Dia perlu tanya Kath tentang apa sebenarnya yang terjadi...benar kata Rayyan bahawa dia sepatutnya tanya dulu tentang semua kesahihan. Katherine pasti di titik paling lemah sekarang...hatinya mesti hancur seribu dengan segala kejadian.. Dia nak ada di sisi Kath saat ini.

"Sorry,Batrisya..but there's already someone special that own my heart.."

Farhan pun terus berlari mengejar Katherine meninggalkan Batrisya yang terpaku. Dia berlari pantas dan terus berhenti tepat di hadapan Katherine. Serta merta mematikan langkah Katherine 

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now