BAB 27

174 18 0
                                    

           Satu keluhan berat dilepaskan saat di berdiri melihat pantulan dirinya di dalam cermin.Ingatkan baju Uzayr...rupanya baju Farhan yang diberikan oleh Uzayr....Kemudian dia melihat tulisan di belakang baju.. sebesar besar alam 'Farhan's' tertulis dn nom 03 itu tertera di baju. Sehelai lagi hanya baju t-shirt biasa bewarna hitam dan sedikit bercorak.Tiada program selepas ini..hanya masa lapang sementara menunggu night walk mereka lepas isyak.Katherine pun mencapai jaket Farhan dan menyarungkannya ke badan sebelum dia melangkah keluar daripada khemah.Dia ingin menghirup udara segar  sekeliling perkhemahan. Kali ini hanya seorang diri,memandangkan Alia sudah ke alam mimpi selepas selesai membersihkan diri.

       Melangkah sahaja keluar,dia terus menarik nafas dalam dalam dan menghembusnya dengan tenang. Seolah olah dah lama tak hirup udara segar begini...Dia meregangkan badan di hadapan pintu khemah sebelum dia memulakan jalan. Badannya di pusingkan ke kanan buat 10 saat, kemudian ke kiri pula dan saat itu juga mulutnya yang tadi rancak mengira terus terdiam dan badan juga terkaku seketika. Perlahan lahan bibir mengukir senyuman kecil apabila mata tertamcap ke arah kasutnya yang basah di tepi khemah sedang dikeringkan dengan menegakkannya dan sandarkan kepada khemah. Thank you....

   Katherine membawa diri ke arah tasik, Dan langkahnya terhenti sekejap apbila ternampak seorang gadis yang sedang duduk di atas jeti dan kakinya melunjur ke bawah sambil digoyang goyangkan. Perlahan lahan Katherine mlangkah mendekati gadis itu...dia ingin menegur.

Dia berdehem sekali..tetapi tiada respond yang di berikan. Berkerut dahi Katherine...jauh betul fikiran gadis ini..apalah agaknya di dalam kepala tu?

"Buat apa tu?" Kalini teguran Katherine membuatkan gadis tersebut tertoleh ke belakang dan bibir Katherine tersenyum lebar. Inilah dia...ini rupanya perempuan yang bersama Uzayr pada hari majlis perkahwinan Adam dan Kak Fasya!

"Katherine?" Tegur Adriana.

'eh?dia kenal aku? nape aku tak kenal dia?' Katherine menggelengkan kepala..arghh!! persetankan semua tu dulu..dia melangkah dan mengambil tempat di tepi Adriana.

"Saya boleh panggil awak apa ya?" Tanya Katherine.

"Adriana"

"Alaaa panjang la..saya panggil awak Ad je la"

Terlepas sedikit ketawa daripada Adriana. Sama je dua orang kembar ni...

"Buat apa kat sini?" Soal Katherine lagi

"Tengok air je.."

"Dengan mata dan fikiran yang sarat dan berat?"

Adriana terpempan..dia memusingkan kepala kepada Katherine terkejut dengan ayat sambungan Katherine sebentar tadi.

"Adriana....saya ada satu cadangan...kalau awak setuju..kalau tak,biar saya je yang buat. Alang alang hanya kita berdua kat sini...kita berdua saja yang ada..apakata kita luahkan semua benda yang berat terbuku dalam diri pada satu sama lain? Lepas kita bangun,Kita lupakan semuanya...setiap patah perkataan..jadi rahsia tu hanya antara kita. After all...we both are souls with darkness. Saya tahu awak tengah rasa kosong. Same goes to me...Semuanya jelas dalam mata hitam menikam awak tu"

Adriana hanya diam tidak berkutik. Tiada respond diberikan. Matanya sekadar memandang wajah Katherine dengan penuh ragu ragu. Boleh percaya ke? Dia baru sahaja mula berborak dengan Katherine. Boleh percaya tak agaknya? Lagipun perihal ini..tak pernah sekalipun dia buka kepada sesiapa. Dia terlalu sakit...benda yang dialaluinya terlalu perit. Terlalu malu untuk diluahkan.

Melihatkan wajah Adriana yang masih ragu ragy,Katherine akhirnya memulakan bicara dulu.

"Awak tahu tak,Ad?" Katherine menghembuskan nafas berat sebelum menyambung.

Precious Blue Iris (Completed)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon