BAB 17

184 15 0
                                    

       Katherine melihat jam. 1.00 am.Dia pun menghela nafas berat.Terasa sakit di tangan dan badan.Terutamanya belakang.Rasa seperti dicucuk cucuk.

     Farhan melangkah keluar daripada bilik Uzayr.Matanya terlalu segar dan susah terlelap.Mungkin kerana dia baru bangun daripada tidur manghrib tadi.Saat kakinya ingin memijak anak tangga yang terakhir...Dia ternampak ruang tamu yang sangat terang. Perlahan lahan dia mengintai ke dalam ruang tamu.Penuh dengan Kain,Bunga dan macam macam benda lagi.Di tengah tengah ruang tamu pula ada Katherine yang sedang ralit menyusun bunga.Farhan melihat wajah Katherine yang sangat ralit menghias...wajahnya jelas kepenatan.Dia membawa keluar handphonenya.Tanpa sesiapa sedar,beberapa keping gambar diambil.Senyuman terukir di bibir Farhan melihat gambar gambar yang dia berjaya tangkap.Selepas beberapa ketika...dia berjalan ke arah dapur.

           Farhan melangkah ke tetamu bersama 2 cawan kopi yang masih hangat di tangan.

"Humyra!" Tegur Farhan menghalang Katherine daripada memanjat tangga bersama kain.

"Tak tidur lagi?" Tegur Katherine hairan dengan kehadiran Farhan.

"Itu hal aku...Risaukan diri kau sendiri tu dulu. Biar aku naik tangga...kau hulur kain dekat aku"

Katherine mengangguk setuju.Farhan pun mula memanjat tangga.Selepas beberapa minit,Kain sudah selamat disangkut.

"Rehat dulu..Badan sakit nanti" Katanya selepas selamat turun daripada tangga.

Katherine membalas dengan senyuman kemudian duduk bersila di hadapan meja. Tangan memegang cawan kopi di hadapan. Baunya sangat lah harum! Selepas meneguk...Barulah terasa lega badan dan kerongkong.

"Perlu ke siapkan harini juga?" Soal Farhan

"Aku nak siapkan sebelum esok petang"

"Kenapa?"

"Aku nak enjoy malam berinai.Jarang jarang tau malam berinai ni" Jelas di wajah Katherine keriangannya.

Farhan hanya diam.Tiada jawapan lagi yang di mahu berikan.Dia hanya ingin memerhatikan wajah gadis di hadapan bersama mata birunya yang sangat unik.Jarang jarang dapat tengok mata biru Katherine. Dekat begini pula...mana mungkin Farhan melepaskan peluang? Ini lah mata yang sentiasa membuat hatinya berdebar debar.Daripada dulu sampai sekarang hanya sama.

"Dah.Aku nak sambung kerja.Kau nak duduk sini ke?" Tanya Katherine

"Ada apa apa yang aku boleh tolong untuk mempercepatkan kerja kau? Lambat sangat kau ni buat kerja" kutuk Farhan.

"Eiii ya allah!!! Mulut kau ni kan...aku potong lidah tu biar bisu kang" bentak Katherine.

"Ada berani?Dengar aku kena tikam pun dah menangis melalak" sempat Farhan perli bersama senyuman yang usaha disorokkan.

Terkaku tangan Katherine.Ahhh malunya...Dia menelan air liur..dia nak lari dari topik ni.

"Bukak lagu guna phone kau tu..bagi meriah sikit...Pastu tolong alihkan sofa tu ke tepi...Then tak de apa dah..Aku nak kau naik rehat...Esok banyak lagi kerja kau kena buat.Aku tak nak dah tgk muka kau harini" Katherine menahan malu.

Farhan pula senyum herot.Hah! Malu lah tu! Farhan bangun dan mengangkat sofa.Selesai kerjanya...dia berjalan pergi meninggalkan Katherine yang sedang sangat fokus dengan gubahannya.

"Nanti charge phone aku" pesan Farhan sebelum meninggalkan ruang tamu..

Tersenyum Katherine sebelum menganggukkan kepala.Sejujurnya dia malas nak naik atas untuk mengambil phonenya. Dah alang alang Farhan ada....Dia guna je lah! Hehe.

Langkah Farhan terhenti di anak tangga ketiga.
Dia memalingkan kepala melihat ruang tamu. Tidak sampai hati rasanya meninggalkan Katherine seorang diri...untuk dia ke ruang tamu semula pula takut mengganggu Katherine. Akhirnya yang dia buat adalah duduk di tangga dan melentokkan kepala di tiang menunggu Katherine menyiapkan kerja. Lagu yang berkumandang kadang kadang membuat Farhan ikut nyanyi sama.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now