BAB 40

143 14 0
                                    

     Uzayr memapah Katherine berjalan ke katil. Sudah dua hari Katherine dalam keadaan lemah longlai dan lesu begini. Muntah yang tidak berhenti setiap kali dimasukkan isi ke dalam mulutnya,Demam yang tidak kebah kebah biarpun sudah berpil pil ubat ditelan, Badan juga lembik,wajah juga pucat.

"Keluar" Kata Katherine sebaik sahaja punggung selamat mendarat di atas katil.

Uzayr agak terkejut mendengar arahan daripada mulut Katherine.

"Pergi..." Katherine menolak lembut badan Uzayr. 

"Kau gila apa nak suruh aku pergi?" Nada suara Uzayr seolah olah ingin marah.

Katherine senyum lemah "Keluarlah Uzayr...Dah seminggu kau tak habis habis teman aku..Asyik terperap dalam bilik wad ni je.."

"Time dah teruk teruk macam ni lah baru kau nak suruh aku pergi" Uzayr mencebik.

"Aku x sukalah orang tengok muka aku macam ni...Aku tgh hodoh sangat sangat ni"

Uzayr menghembus nafas berat. Tanpa banyak kata,dia akhirnya mengalah..dia membawa diri ke arah pintu dan terus keluar.  Katherine menghantar pemergian Uzayr dengan pandangan dan sebaik sahaja pintu selamat ditutup rapat, Katherine terus menghamburkan tangisan yang sudah lama di tahan.

Allah..Aku penar dengan semua sakit ni... 

Fikirannya melayang ke mimpi yang datang menyiggah di dalam tidurnya sebelum dia diserang demam yang teruk.

   >THROWBACK<

    Katherine dan Farhan sedang berjalan beriringan ke Asrama selepas kelas berakhir. 

"Kau memang tak boleh tinggal buku matematik ke?" 

Farhan menayang muka menyampah dengan Katherine yang sedang berjalan sambil membaca buku teks matematik.

"Aku dah cakap haritu kan...Kita akan bermain congak setiap hari...5 soalan setiap hari...Aku takkan berhenti sampai kau betul betul mahir dalam subjek ni. Dah dua minggu cara ni kita buat dan akhirnya kau dah ada peningkatan. Aku suka tgk peningkatan anak murid aku ni"

Farhan mendengus geram. Aku. Tak. Suka. Matematik!!!

"Apa yang seronok sangat dengan matematik tu?"

"Kalau kau betul betul faham..kau betul betul berkomunikasi dengan nombor nombor ni..percayalah cakap aku...Matematik ni sangat seronok...Aku akan pastikan kau mahir dalam matematik sampai kau pulak yang akan ajarkan aku suatu hari nanti. Mana tahu suatu hari nanti aku tiba tiba hilang..then muncul balik as another person..tiba tiba personaliti aku berubah..patu aku dah tak pro matematik..haaa...Time tu lah kau kena ajr aku..kau kena jadi cikgu aku"

Farhan mencebik tanda menyampah dengan kata kata Katherine.

"Hilang apa benda pulak lah kau ni...Ni lah padahnya kalau banyak sangat tgk drama"

'okey..Enough with all this conversation! 2987 bahagi 27"

Farhan diam sejenak,wajahnya seolah olah sedang berfikir jauh. "1 7043 904"

Berkerut dahi Katherine mendengar jawapan Farhan " Apasal mengarut sangat bunyinya jawapan kau tu?" Kali ni Katherine pula seolah olah memikir. Farhan tersenyum nakal melihat wajah Katherine yang bingung.

"Kau kan pro matematik...Takkan lah bahasa nombor pun kau tak faham?

"I love you?"

Farhan menekup mulutnya yang ternganga "Apa kau ni? Kau nak aku balas kat sini ke? Apa tiba tiba confess ni?"

Tidak semena mena buku teks tebal matematik mendarat dengan kuat ke belakang kepala Farhan hingga Farhan terjerit sakit

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now