BAB 18

181 16 0
                                    

          Selesai bersarapan,Ashraf,Uzayr,Rayyan dan Farhan keluar ke halaman depan rumah untuk menyelesaikan kerja.Banyak hal yang perlu dilakukan,Namun langkah Farhan terhenti di hadapan ruang tamu,Mata melirik sedikit ke arah Katherine yang sedang ralit menjahit kain putih. Farhan pun melihat jam di tangan. Tak silap dia..memang daripada mula mula Katherine turun...dia tidak bersarapan.Tidak dapat menghalau fikiran itu daripada akalnya,akhirnya dia berpatah balik ke dapur mengambil sepinggan nasi lemak dan air susu.

Kembali ke ruang tamu..Katherine sudah bertukar kerja menyusun bunga di tepi pelamin.Diam diam dia meletakkan hidangan di atas meja,Dicapainya sehelai tisu kemudian meletakkan di bawah cawan berisi susu.

       "Heyy!! Lama gila! Kau gi mana tadi?" Tegur Uzayr

"Aku ada hal"

"Elelele...Hal ke...gi ngintai buah hati tadi?" Sakat Rayyan.

Tidak sempat Farhan ingin membalas,Mereka tiba tiba dibasahi oleh air..Sangka mereka air hujan yang turun..Tetapi rupanya Ashraf yang menyemburkan air ke atas mereka seolah olah air hujan tipu tipu.

"Hujan yang turun....Bagaikan mutiaraa..." Hodohnya muka ya allah...dengan hidung kembang semangkuk dan mata terpejam.Suara pulak seolah olah sedap.

"Ini kalau aku tendang tengah tu...memang mutiara la yang dia dapat" Bebel Uzayr.

"Basah lah gila!" Tengking Farhan.

"Alaaaa...air je..bukan api.." 

Bang! Akibat mulut,badan binasa...Terasa senak perut apabila selipar yang dibaling oleh Uzayr tepat tepat mengena ke perutnya "Sakit.."

"Alaa selipar je...Bukan batu"

Ashraf pun terus menyemburkan air ke wajah Uzayr. Terhambur gelak Farhan dan Rayyan melihat wajaH Uzayr yang seolah olah nak lemas dah.

"Dah dah...Banyak lagi kerja ni ye adik adik.." Tegur Adam bersama gelak yang tersisa.

        Katherine memusing musingkan badan untuk melegakan pinggang.Namun pergerakannya terhenti saat mata tertancap kepada hidangan yang terhidang di atas meja. Mengengsot dia bergerak ke meja,kemudian menarik tisu ditindih oleh cawan susu.

-Work hard but Health is still number one.Takkan ada pelamin kalau kau sakit-

Entah kenapa Katherine sangat sangat terharu.Bibirnya mengukir senyuman.Macam manalah Farhan boleh tulis atas kertas selemas ini? Dia kenal 100% tulisan Farhan.Entah mengapa tulisan itu terasa sangat dekat di hati daripada sejak pertama kali dia melihat tulisan tangan Farhan lagi.Seolah olah itulah benda yang hatinya menanggung rindu.

Tidak mahu dikuasai perasaan ini lama lama...Dia pun mula dengan bismillah dan mula menikmati nasi lemak tersebut.

       Tepat pukul 4 petang...Segala kerja bahagian pelamin selesai! Penghiasan,gubahan dan semuanya! Dia berdiri dan mengangkat tangan ke udara.

"Yayyyy!!!" Berpusing pusing badannya di tgh tgh ruang tamu.Berpuas hati dengan hasil kerja tangannya.

"Ni lah yang Katherine hias sorang sorang berhari hari?" 

Teguran itu menyentak Katherine lalu dia berpusing memandang Aunty Nurin yang sedang melihat pelamin dengan mata yang terbeliak luas dan mulut separa terbuka.

"Tak de lah sorang sangat pun...ramai di sisi Katherine selama Katherine menghias. Langsir langsir tu Farhan yang panjat untuk gantung...Elisha pun selalu cucuk bunga..Uzayr pulak selalu datang jenguk Kath..teman borak borak..buat air untuk Rin...Laila pun banyak tolong Katherine dalam bab mengemas tadi...Barang barang pun Aunty,mama dengan Kak Fasya yang belikan.."

Aunty Nurin tersenyum manis...daripada segi cerita Katherine...tahulah dia memang Katherine menghias seorang diri...yang lain hanya meringankan sedikit sahaja.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now