BAB 14

215 19 0
                                    

        "Eh...Kau keluar tak bagitahu aku pun" Tegur Alia selepas melihat Katherine yang baru sahaja pulang ke asrama.

"Aku gi beli barang la untuk presentation.Kau pulak sibuk dengan team kau.Kau pum berhoora hoorey la dapat satu team dengan crush.Memang tak la aku nak kacau" Sempat Katherine menyakat Aisyah.Senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

" Kau gi mandi la! Dah pukul 7 setengah dah!Nanti nak masuk prep" Alia membaling bantal ke arah Katherine.

Tergelak Katherine melihat Alia dengan wajah yang jelas malu. Kemudian dia pun mengambil tuala dan berlalu pergi ke tandas.

         "Lamanya mandi!" Tegur Alia dengan suara lantang.Katherine melihat Alia yang sudah lengkap bertudung dan baju muslimah.

"Jap jap...Nak siap dah ni" Katherine pun terus menyarung tudung di kepala kemudian mereka pun berjalan ke kelas.

"Aku order foodpanda" bisik Alia

"Eh!Kau cakap tak kat driver tu suruh hantar ikut pagar blakang?"

"Ye ye...aku cakap dah.Malam ni kita pesta pesta la berdua...Esok petang kau nak balik dah.Abng kau nak kahwin"

Katherine gelak sedikit.Macam lama sangat dia balik...padahal 7 hari je.

"Tak lama pun aku cuti...7 hari je pun.Eh...Aku nak tanya kau...kau pilih klub ke belum?"

"Dah...aku pilih memanah.Senang"

"Kau ni! Asal kau ambik archery?Uzayr dengan bangga nya tunjuk kat aku yang dia dah letak nama aku kat dalam klub Chess.Aku dah lah tak reti!"

Terhembur gelak Alia mendengar cerita Katherine. "Bagus Uzayr ni...bagus bagus.Engkau tu dah lama duduk sini..asyik putri islam je...Tak bosan ke?"

Katherine menggeleng "Aku suka"

"Patutlah Uzayr cakap kau ni membosankan...memang betul rupanya"

Pang! Akibat mulut,badan binaasa.Padu betul tamparan Katherine.

"Bosan bosan aku...dengan aku jugak kau duduk kan?"

Alia mencebik sambil menggosok gosok bahagiann yang dipukul.


                 "Bukak buku addmath kau" Arah Farhan sebaik sahaja Katherine meletakkan punggung di atas kerusi. Katherine membuat muka minta belas kasihan sambil mengelip ngelip kan mata.

"Malam ni x payah lah..." Rayu Katherine

Farhan menggelengkan kepala.Nampak sangat Farhan dah bertekad "Jangan harap lah malam ni kau terlepas"

"Tapi aku ada banyak kerja nak buat.."Katherine cuba melarikan topik.Mengelak selagi boleh!

"Kerja apa lagi Katherine Humyra...Kau terlupa kita satu kelas sekarang?Jadi bukak buku addmath kau sekarang"

Katherine mengeluh.Tak pernah menang!Dia membuka buku addmath.Tiba tiba mulutnya dipukul dengan pensil.

"Simpan sikit muncung tu.Esok nak balik kan?"

Katherine menjeling Farhan,Kemudian memberikan perhatian sepenuhnya kepada buku addmath.

     Alia memusing musingkan pensilnya sambil tersenyum senyum memerhatikan Farhan bersama Katherine.Sudah serupa seorang teman lelaki yang sangat penyabar mengajar Teman wanita yang tak reti reti duduk diam.Tak habis habis muka Katherine menganjing nganjing Farhan.Adakalanya melawan sampai kepalanya diketuk oleh pensil Farhan.Farhan pula tidak pernah nampak seperti ingin memarahi Katherine betl betul.Haih la...lain betul Katherine bila duduk dengan Farhan...daripada pendiam dan introvert...tiba tiba nampak macam budak ADHD.

"Nak lakonkan balik ke macam  mana?" 

Tersentak Alia dengan teguran tiba tiba daripada Rayyan.Spontan dirinya memuat seolah olah dia sedang menumpukan 100% kepada kerja dihadapannya.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now