BAB 21

179 18 1
                                    

       Katherine tersedar daripada tidur apabila pintu biliknya tidak henti henti diketuk. Ganas betul! Sian tau bodyguard bilik Aku! Tersembul wajah Uzayr apabila pintu di buka.

Uzayr menghela nafas lega "Nasib baik.." Bisik Uzayr.

Tidak sempat Katherine ingin menyoal,Tangan Uzayr sudah mendarat di atas dahinya...Sekali lagi Uzayr menghela nafas lega.

"Nah..makan vitamin ni.Harini kau penat...dah berhari hari kau kerah badan tu...Lepas mandi..turun bawah...then makan. Malam ni ada sambut menantu."

Katherine sekadar menganggukkan kepala dan masuk ke dalam bilik semula.

       Selesai segala urusan..kaki mula melangkah ke tingkat bawah..Bibir tersenyum lebar berchatting dengan Alia. Tiba tiba Handphone dirampas kasar oleh seseorang,Terpanggung terus kepala memandang orang di hadapan.

"Rayyan?" 

Rayyan senyum macho "Jangan tgk phone sambil berjalan la Rin...Nanti jatuh tersembam...Tak de orang dah nak sambut...Han si hero pun dah balik rumah"

Katherine tersentak dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Rayyan. "Balik?"

Rayyan mengangguk. "Aku je yang ada..aku je yang tinggal...Jadi mana ade orang boleh sambut kau"

"Awalnya Izz balik?" Rasa kecewa tiba tiba menyinggah di hati...padahal dia sepatutnya gembira.

Rayyan menjongket bahu "Tadi nampak Sofea macam tak sehat...sebab tu la kot dia balik"

"Sambut menantu malam ni ada siapa je?"

"Ada mummy,daddy...Mama awak..papa awak.."

Katherine menghela nafas kecewa.Sendunya...

Hujung bibir Rayyan sudah ternaik sedikit..daripada riak muka Katherine...dia tahu Katherine kecewa.

"Dah lah...saya nak turun. Meh sini phone" Katherine menadah tangan.

Rayyan pun meletakkan phone di atas tangan "Ingat...jangan tgk phone" pesan Rayyan,kemudian Katherine menyambung langkah ke tingkat bawah.

Katherine membawa diri k dapur,Namun badannya terus terkaku apabila mata tertancap kepada Farhan yang sedang menyuap Sofea makan di meja.Laila dan Ashraf juga di situ,sedang bergelak ketawa. Tangan terus mengepal penumbuk..Eiiii!! Rayyan Mikael!!!

"Eh Rin..Nape berdiri je kat sini? Masuk lah dapur..awak tak makan lagi kan?"

Teguran itu membuat Katherine menoleh ke belakang dan mata terus meendarat kepada Rayyan  yang sedang berdiri bersama kening kanan terangkat dan mulut yang mengukir senyuman...Senyuman yang manis! Seolah olah tiada apa yang berlaku.

Katherine gelak olok olok "Berdiri la kat sini...Nak cari muka handsome Rayyan Mikael ni...mana tahu daripada manusia boleh bertukar jadi tikus makmal ke?"

Rayyan menggeleng kepala gaya kesal dengan apa yang dikata oleh Katherine. Terbuntang mata Katherine melihat respond itu.

"Kuasa terhebat seorang perempuan adalah..badmood tiba tiba"

Sejurus itu terdengar suara Ashraf dan Farhan yang tergelak mendengar kata kata Rayyan.

"Jangan la badmood macam ni...kita makan dulu..nanti mood awak mesti okey" Rayyan pun mengenyit mata dan berjalan ke dapur.

    Selesai makan malam,mereka dipanggil ke ruang tamu.Mereka pun mula mengemas dan berjalan ke ruang tamu.Mula dengan ucapan abang Adam yang beribu terima kasih...tetapi banyak jugak gelaknya kerana kata kata dan lawak Abang Adam. Hampir pecah perut kerana ketawa.Suara suara yang menyakat pun tidak kurangnya...Papa dan Daddy memang win la bab menyakat Adam dan Fasya. Terdapat sebuah kotak besar,dan apabila Kak Fasya buka,terus ternganga mulutnya melihat mesin basuh! Namun Ashraf tiba tiba berjalan ke arah mesin basuh dan membuka penutup. Istighfar mummy dan mama yang melihat Ashraf yang melangkah masuk ke dalam mesih basuh. Ashraf Hakimey! Tak sengal..tak sah! Selepas beberapa jam...majlis menyambut tetamu hampir habis..namun disekat oleh Ashraf.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now