BAB 9

244 22 0
                                    

                  "Kau tak nampak ke dia lepas kelas tadi?" Tanya Uzayr

Farhan menggeleng "Aku keluar awal" Farhan meraup wajahnya dengan kasar.Arghh! Apa pulak yang jadi kali ni?"

Wajah Rayyan juga sudah  bertukar keruh.Dia juga risaukan Humyra sekarang "Kau dah tanya Alia?"

"Dah...Alia kat aspuri nak cari Kath" Jawab Uzayr

"Kita berpecah...kita kena cari jugak dia sampai dapat"Kata Farhan. Uzayr dan Ryyan mengangguk setuju.Seterusnya,mereka pun berpecah.

    Farhan melihat jam di tangan. 7.00pm. Sudah hampir 2 jam mereka mencari Katherine,Tapi tiada satu jejak pun yang mereka dapat,Apatah lagi berita.Hampir setiap 5 minit Uzayr mesejnya. Sumpah...Farhan rasa nak luluh hati lepas mendengar berita daripada Uzayr bahawa Katherine hilang.Dia mendongakkan kepala ke langit cuba menraik nafas untuk menenangkan diri yang daripada tadi tidak tenteram,Nafas juga tercungap cungap kerana berlari kesan sini demi mencari Katherine.Saat dia memejamkan mata,terlintas sesuatu di benak fikirannya.Petang tadi...selepas dia berjumpa dengan Cikgu Saiful,Dia ada lalu di kantin dan disitu juga dia ternampak Batrisya dan Madiha keluar daripada dapur sekolah.Jika difikirkan balik...Tiada pelajar yang dibenarkan masuk ke dalam dapur..jadi apa yang Batrisya dengan Madiha buat?Sejurus itu Farhan meraup rambutnya yang basah dengan peluh kebelakang dengan kasar.Ni mesti kerja Batrisya! 

         Farhan terus berlari ke dapur sekolah,Namun  hampa...Pintu dapur berkunci! Tidak tunggu lama,Farhan mula menendang nendang pintu dapur itu berkali kali dengan kuat.Selepaas beberapa kali dia menendang,Akhirnya Tombol pintu menjadi longgar seolah olah hampir tercabut dan Farhan terus menendang tombol tersebut dengan tendangan paling kuat dan tombol pun terus tercabut daripada pintu. Farhan berlari masuk ke dapur,dia mencari bawah kabinet,dalam kabinet di mana mana pun tiada! Tiba tiba matanya tertoleh ke arah pintu besi bilik beku yang tersimpannya segala barang barang yang harus disimpan di tempat yang sejuk. Farhan memandang ke arah rantai besi dan mangga yang mengunci pintu besi tersebut. Dia terus mengambil pisau besar yang berada di tepinya,diketuk ketuk rantai besi itu dengan kuat,cuba menghancurkannya,Tapi hanya sedikit hasilnya,Farhan mula hilang sabar.Dia menarik narik Rantai besi tersebut dengan ganas.Dia mengetuk ngetuk pintu besi tersebut kemudian tarik lagi rantai besi itu,tiada tanda ingin mengalah walaupun dapat dia rasakan tangannya sudah mula basah dek darah kerana terlalu kasar.Bila fikirkan keadaan Humyra yang sudah sedia ada sakit,makin meluap luap darah Farhan.Kenapa bilik beku harus dikunci begini?!Bukannya ada orang nak mencuri pun!

"Humyra...tolong...bertahan sikit lagi..."bisik Farhan sambil meliarkan mata untuk mencari sesuatu yang boleh menghancurkan rantai besi ni. Saat itu juga dia ternampak tukul yang berada di hujung kabinet.Pantas tangannya mencapai dan terus mengetuk mangga hingga  terlerai mangga itu.

      Matanya terus ternampak Susuk Katherine yang berada di atas kerusi dalam keadaan kaki dan tangannya diikat,kepalanya juga tertunduk kerana tidak menyedarkan diri.Farhan terus berjalan ke dalam,kemudian dia melutut di hadapan Katherine,cuba untuk melihat wajah Katherine.Habis pucat wajahnya...Farhan ketap rahang cuba menahan rasa marah yang hampir menguasai diri. Lembut tangannya cuba membuka ikatan yang berada di belakang kerusi.Sejurus sahaja ikatan dibuka,Kepala Katherine yang lebih  tinggi daripadanya terus terjatuh ke atas bahunya yang sedang melutut di hadapan. Farhan terkaku seeketika.Bdan Katherine sangat sejuk saat ini...nafasnya juga sejuk.

"Aku minta maaf Katherine,Aku terpaksa" Farhan pun terus mencempung Katherine dan membawanya keluar daripada dapur.Kemudian dia meletakkan Katherine di atas kerusi kantin. tangannya mendail nombor Uzayr,Baru sahaja dia ingin meletakkan telefon ke telinga,Hujung bajunya tiba tiba ditarik perlahan 

"Uzayr..."Perlahan sahaja suara Katherine seolah olah tidak mahu keluar.

Farhan terdiam melihat Katherine yang terbaring masih tidak sedarkan diri.Dia menatap dalam dalam wajah Katherine yang jelas sedang sakit.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now