BAB 42

161 16 0
                                    

       Tasneem melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah,tangannya pula dinaikkan untuk menggonyoh mata yang masih layu menahan kantuk. Angin bertiupan lembut menyentuh pipi gebunya menyebabkan diri yang sudah sedia mengantuk main mengantuk. Tak tertahan rasanya ngantuk oagi ini. Padahal jam sudah jejak pukul 8.00 am. Sekolah juga sudah dipenuhi dengan pelajar pelajar. Kakinya teerus melangkah ke dalam sekolah dengan yakin hinggalah langkahnya perlahan lahan bertukar rentak. Hatinya dijentik perasaan yang tidak enak seolah olah sesuatu yang buruk bakal terjadi kepadanya hari ini. Tambahan pula dia baru sedar dengan pandangan mata yang dijatuhkan kepadanya oleh pelajar pelajar sekeliling. Semua orang memandangnya dengan pandangan sinis dan....Jijik.Tasneem menelan air liur yang terasa tersekat di kerongkong. Matanya meliar menilik semua wajah sekelilingnya. Perempuan berbisik bisik sesama mereka,ada juga yang mencebik dan menjeling tanda mereka menyampah. Pelajar lelaki pula membaling pandangan penuh kenakalan dan juga senyuman yang tersungging di bibir masing masing berunsur gatal semuanya! 

Apa yang dah jadi? Aku ada buat salah ke?Kenapa semua orang memandang kearah aku begini?

     Selangkah sahaja dia masuk ke dalam kelas,Seisi kelas tiba tiba memandang ke arahnya dan kelas yang sebentar tadi hingar-bingar kini sudah sunyi sepi. Semua mata memandang ke aranya seolah olah dia sedang berbogel dan menayang badan ke seluruh dunia. Sungguhlah! Apa sebenarnya yang jadi ni?!

Tasneem buat tidak endah dan terus membawa diri ke arah tempatnya dan mendaratkan punggung di atas kerusi. Dia mendengus geram. Baru sahaja dia ingin membawa keluar kotak pensil,Tangannya terhenti dan badannya terus terkaku apabila melihat kertas yang memenuhi mejanya.. Hujung jari tiba tiba seolah olah direndam oleh sebaldi air batu...Meremang habis bulu romanya,Darah juga tersirap dan wajahnya perlahan lahan bertukar warna..Perlahan lahan dengan perasaan yang kucar kacir tangan menggapai kertas yang dilekatkan di atas mejanya. Air matanya terus jatuh ke pipi. Terasa diri seolah olah dihempap oleh batu besar apabila melihat gambarnya sendiri memakai chemise dan duduk dalam keadaan yang sangat tidak senonoh di atas tangga. Posisi badannya betul betul dalam keadaan menggoda. Sakit sungguh hatinya kerana dia tahu ini bukan dia! Dia difitnah! Demi allah,tidak pernah sekali pun dalam hidupnya dia menyarungkan chemise dan mengambil gambar tidak senonoh begini! Siapa punya kerja ni?!

"Tasnemm!!!" 

Fleur yang baru masuk ke dlam kelas,berlari lari mendapatkan Tasneem,namun terhenti separuh jalan apabila mata sudah mencerna dan otak sudah dapat menangkap apabila melihat wajah Tasneem yang sudah pucat lesi di temptanya.

"Apa ni Fleur?" Tasneem mengangkat pandangannya ke arah Fleur. Fleur terkaku apabila matanya bertembung dengan mata basah Tasneem.

"Aku pun x tahu apa yang berlaku sekarang ni Tasnem...Tapi aku percaya tu bukan kau kan?" 

Air mata Tasneem jatuh setitis lagi tetapi kali ini jatuh terus ke atas gambar yang dilekat di atas mejanya. Tasneem menggelengkan kepala perlahan "Ni bukan aku..." Bisiknya lemah dengan badan yang menggigil gigil.

"Aku tahu tu bukan kau Tasneem..tapi aku tak tahu nak buat apa sebab gambar tu merata rata. Tak satu meja pelajar pun yang tertinggal,Setiap meja guru,sekeliling kelas dan bilik guru,kantin,malah tiang gol di padang sekolah juga ditampalnya gambar ni..semua...semua tempat"

   Tangan Tasneem terus mengepal penumbuk selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Fleur. Tanpa berkata apa apa,dia bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari kelas.Dia membawa langkah kaki ke arah kelas Uzayr,Tepat pada waktu itu jugalah Uzayr,Aiman dan Naufal melangkah keluar dari kelas 

"Karl Uzayr!"

Kaki Uzayr berhenti melangkah apabila namanya diseru oleh seseorang,perlahan lahan dia menoleh ke arah Tasneem dan senyuman sinis langsung terukir di bibir merahnya.

Precious Blue Iris (Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang