BAB 28

163 18 7
                                    

                        Alia menunggu Katherine untuk masuk ke dalam barisan.Sempat mereka meregangkan badan di dalam barisan kumpulan masing masing. Sebelum mereka mula bergerak,Uzayr datang kepada Katherine dan menyemburkan ubat nyamuk pada badan.

"Hati hati,tau..jangan lepas tali tu"Pesan Uzayr

Katherine menganggukkan kepala akur. "Don't worry lah! Kalau apa apa jadi..kau kan ada?" Katherine mengukir senyuman untuk menghilangkan resah dalam diri kembarnya. Daripada petang tadi Uzayr tak habis habis call dia hanya untuk menyatakan dia dapat rasa akan ada sesuatu yang buruk akan jadi pada Katherine. Sampai suruh Katherine pura pura sakit supaya tak join Night walk. Tapi..mana mungkin Katherine akan ikut?Kalau kem ni setiap minggu,tak pe lah jugak!

Uzayr melepaskan nafas yang agak berat. "Jaga diri..."

Katherine menganggukkan kepala lagi "Aku ada untuk jaga diri..kau pun ada untuk jaga diri aku. Jangan lah risau sangat..perasaan kau tu daripada syaitan je,okey?" Pujuk Katherine.

Uzayr mengusap kepala Katherine yang berlapik tudung. Ya allah...Jauhkan kembar aku daripada sesuatu yang buruk jadi padanya ya allah....Aku x sanggup hilang dia buat kali kedua.Luka lama masih berbekas dan berdarah...kalau datang lagi luka baru..entah dia kuat atau tidak untuk menghadapi. Rasa bersalah yang lama masih berat,Jika datang yang baru...mungkin diri akan hilang pertimbangan. Andai dapat dia putarkan masa...dia akan jaga Katherine lebih baik daripada sekarang.

"Uzayr!" 

Uzayr tersedar daripada lamunan apabila diri disergah Katherine. 

"Jangan lah pikir sangat kau ni...Aku okey la...gi masuk barisan kumpulan tu..kita nak gerak dah" Katherine mengusap lembut bahu Uzayr.Makin jelas pula kerutan di wajah Uzayr tadi. Apalah agaknya dalam fikiran kembar dia sorang ni?

Uzayr menganggukkan kepala,Kemudian dia berjalan pergi masuk ke dalam barisan.

"Farhan..You tak takut ke? I takut sangat nii"

   Rengekan manja itu menyinggah ke dalam telinga Katherine. Cepat sahaja dia memanggungkan kepala melihat di hadapan.Matanya terus digulingkan tanda menyampah. Perempuan ni tak de kumpulan sendiri ke? Asyik nak menempel dengan ketua kumpulan aku je!

"Cepat cepat!!! Jalan cepat!!!!"Lantang suara Katherine memberi arahan tiba tiba. Ahh lantak ah orang nak cakap apa! Dia nak bagi dua ketul manusia depan tu sedar diri sikit.

Alia memandang Katherine dengan pandangan hairan. Eh? Kenapa pulak dah member aku sorang ni? Tiba tiba nak disergahnya orang depan...nak bagi arahan bagai..padahal dia bukan ada jawatan apa apa pun...Pelik pelik betul lah..ni memang betul betul cemburu ni. Alia menggelengkan kepala dengan bibir yang di kemam menahan senyum.

  Mereka mula bergerak. Sebelum masuk,Mata mereka akan ditutup oleh sehelai kain hitam untuk menutup pandangan dan mereka akan berjalan sambil memegang tali.

"Jaga mulut ye!! Kita dalam hutan ni..." Pesan abang fesi.

Bulu roma Katherine berdiri tegak selepas mendengar pesanan abang fesi.Tapi diabaikan sahaja debaran yang kian laju diiringi dengan rasa takut. Dia hanya berjalan dan berjalan bersama tangan yang tak melepaskan tali walau sesaat. Tapi dia tersedar sesuatu...Kenapa begitu sunyi? Mana suara semua orang yang berbisik bisik tadi? Debaran di dada makin laju...Katherine dihurung rasa tidak sedap hati. Adakah betul firasat Uzayr? Janganlah...Tiba tiba telinganya menangkap bunyi nafas seseorang daripada belakang. Terus Katherine menghela nafas lega...Fuh..masih ada Alia di belakangnya.

"Alia?"

Tiada jawapan...sunyi sepi. Mungkin Alia sedang takut untuk bercakap dalam hutan ni. Katherine cuba memujuk hati yang kembali berdebar ketakutan.

"Alia..." Panggil Katherine lagi,Mengharapkan Rakannya akan menjawab kali ni.

Namun hampa. Masih tiada jawapan untuk kali keduanya. Rasa tidak sedap hati makin menebal,debaran di dada juga makin laju. Tiada lagi masa untuk berfikir..dia nak buka ikatan di mata ni...tapi dia takut...Tangan perlahan lahan diangkat mendekati kain hitam..perlahan lahan juga dia cuba menyelak kain tersebut. Dpat tengok luar sikit pun jadilah..imej pokok mula menghiasi pandangan,tetapi masih tidak jelas,Katherine pun menyelak lagi sikit kain..dan..

PAP!

Kepalanya dihentak dengan sesuatu yang keras dan Pandangan mula berbalam balam.Berdenyut rasa kepalanya...Walaupun pandangan mula berpusing pusing,Katherine menaikkan juga tangan menyentuk kepalanya yang terasa basah,dan saat itu juga matanya terbuntang melihat darah sudah penuh di tapak tangan.Pandangannya perlahan lahan gelap.

"Izz...." Dia rasa badannya sudah tertumbang dan pandangannya kelam.

       Farhan mengira ahli kumpulannya yang berada di dalam barisan. Ada sorang tak cukup! Dia pun mengira lagi....daripada belakang hingga depan pula kali ni. Sama! Ada kurang sorang. Dia pun melihat wajah ahli kumpulannya seorang demi seorang. Pandangannya terhenti di wajah Alia yang kelihatan seperti mencari cari sesuatu dengan panik...saat itu dia sedar...

"Farhan..." Alia menegur Farhan.Farhan menoleh kearah Alia yang air matanya sudah bertakung di birai mata.

"Mana Humyra?" Soal Farhan,mendatar. Debaran di dada kala ini...hanya Allah yang tahu.

Air mata Alia terus jatuh ke pipi selepas mendengar soalan daripada Farhan. Dia menggeleng gelengkan kepala...wajahnya sudah panik.Farhan juga begitu...tangan sudah mengepal penumbuk di tangan.

"Ada orang yang tak cukup ke?" Tanya seorang abang fesi yang berdiri di hadapan.

"Kumpulan saya!" Farhan menaikkan tangan dan suaranya lantang. 

"Dah kira betul betul?" Soal abang fesi lagi.

Farhan mengangguk. Badan sudah terketar ketar memikirkan nasib Katherine. Marah dan takut dalam satu masa.

"Apa nama dia?"

"Katherine Humyra"

Sebaik sahaja nama itu terpacul dari mulut Farhan,Uzayr dan Rayyan terus menoleh memandang Farhan dengan pandangan terkejut.

"Baiklah...kaki tangan kem akan mula mencari sekarang.Pelajar lain sila pergi dewan."

Rayyan dan Uzayr melangkah pantas ke arah Farhan ingin meminta penjelasan,tapi belum sempat ingin berkata kata,Farhan tiba tiba menyambar torch light dari tangan Uzayr dan berlari terus masuk ke dalam hutan.

"Farhan!" Rayyan tergamam.Tangannya tidak sempat ingin menangkap Farhan.

"Aku nak masuk juga!" Uzayr ingin membuka langkah,namun Rayyan lebih pantas menghalang.

"Tak payah Uzayr...Bahaya!" Keras amaran daripada Rayyan.

Uzayr menolak kasar badan Rayyan hingga Rayyan terundur sikit. "Kembar aku hilang Rayyan Mikael! What do you expect?! Expect me to stand still over here waiting for good news?!" Kepala Uzayr tertunduk cuba menenangkan perasaan yang bercampur baur. Suara Katherine sebelum masuk ke hutan terngiang ngiang di dalam kepala "Kau kan ada?"... Air mata yang bertakung sedaya upaya ditahan untuk tidak jatuh menitis.."Aku ada untuk jaga diri..kau pun ada untuk jaga diri aku.." Ya allah...nak luluh rasa hati ni...Betapa dia bersalah..dia gagal...gagal lagi..Maaf kan aku Rin...

Rayyan melepaskan keluhan sambil bercekak pinggang melihat keadaan Uzayr. "Aku tahu..aku faham Uzayr..tapi tu hutan..bukan mall..bahaya"

"Dia cakap aku boleh jaga dia Rayyan... Dia macam bagi separuh diri dia dekat aku sebab percaya aku boleh jaga dia...Aku dah pernah rasa hilang dia...rasa tu berat Rayyan...luka dulu pun masih berdarah basah...aku tak sanggup dah tanggung kalau ada luka lain dalam diri ni...Biarlah aku buat sesuatu daripada hanya menunggu dan melihat macam dulu. Kau pun tahu perasaan tu Rayyan" Air mata Uzayr menitis juga akhirnya saat dia meluahkan rasa berat yang diri ini tanggung.

Rayyan mendonngakkan kepala memandang langit kelam. Ya allah...begitu besar ujian yang kau jatuh kan buat seorang gadis periang seperti Katherine Humyra... "Baik Uzayr...kalau betul nak masuk...Kita masuk sama sama."

Uzayr mengangguk,kemudian dia mengambil torch light dan mereka masuk ke dalam hutan bersama. Katherine Humyra...tolong lah jangan jadi apa apa buruk dekat kau...tolong..terlalu ramai yang sayangkan kau...Terlalu ramai yang masih menanggung sakit dengan apa yang pernah terjadi dekat kau dulu... Kuatkan diri kau demi tuhan..demi keluarga dan demi semua yang menyayangi kau disini...Kuatkan diri kau seperti mana kau kuatkan diri kau suatu ketika dulu.

Precious Blue Iris (Completed)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα