BAB 12

224 19 0
                                    

  PAP!

Katherine terus mengaduh sakit selepas satu penampar daripada Alia singgah ke belakang

"Aku dah cakap dah biar aku yang teman!" Tempelak Alia.

Katherine melepaskan keluhan "Alaaa...x de apanya...dah ada orang teman aku kan?Aku pun selamat je balik asrama semalam"

"Bagi tahu aku sikit sape yang teman kau malam semalam?Aku nak tengok sikit boleh dipercayai ke tak orang tak"

"Uzayr.Uzayr yang teman aku"

Alia mengecilkan matanya "Ye ke kau ni...kenapa aku call dia semalam dia senyap je?Aku ingat dia mamai"

"Tak de lah...elok je berjalan dengan aku semalam"

Alia mendengus geram "Kau ni...Buat aku risau je tau tak?Aku ingat kau kene kacau dengan orang gila dah malam semalam"
Katherine tergelak mendengar kata kata Alia "Apa punya fikiran la kau ni...Aku okey je la.." Katherine menggosok gosok lengan Alia.

"Rin!" Tiba tiba Uzayr muncul di hadapannya dengan nafas tercungap cungap dan wajah yang jelas risaukan sesuatu.

"Kau okey?" Uzayr melihat Katherine atas hingga bawah dan bawah hingga atas.Kemudian dia menoleh ke arah Alia 

"Aku minta maaf Alia...Aku tak dengar pun kau call semalam"

Berkerut dahi Alia "Aik?Kau tak dengar?Pastu siapa yang..." Tidak sempat Alia ingin menghabiskan pertanyaannya,Katherine sudah memotong

"Eh...dah dah..jom Kita lewat dah ni" Katherine menarik lengan Alia supaya mereka menyambung langkah ke arah kelas.

     "Bukan Uzayr kan sebenarnya?" Tanya Alia sebaik sahaja mereka duduk.

"Apa?" Katherine menayang muka bingung.

"Don't play dumb with me Katherine Humyra....kalau bukan Uzayr yang teman kau..siapa yang teman?Farhan?" Alia mendekatkan badannya dengan Katherine sambil mengecilkan mata.Katherine pulak sudah kebelakang sikit cuba menjauhi Alia.

"Apa bende kau mengarut ni!" Katherine menolak Alia menjauhi dirinya "Takkan la mamat tu nak teman aku?!"  Tengkin Katherine.

Hujung bibir Alia ternaik sedikit. Menahan lucu "Okey...bukan Farhan yang teman" Alia mengangguk anggukkan kepala bersama senyuman yang cuba disorokkan.

"Asal kau senyum?" Katherine memandang Alia penuh curiga.

"Mana ada.." Alia menggeleng geleng kan kepala sambil mengemam bibir cuba untuk tidak gelak.

"Baik kau jangan senyum!" Katherine menuding jari di hadapan wajah Alia.

"Apa?!" Alia menekup mulut dengan tangan. Katherine di hadapan juga sudah mula senyum dan tahan gelak

"Alia Sofea!"

               

         "Oi!" Rayyan menyiku lengan Farhan.

"Apa benda?" 

"Aku dengar cerita ada orang berlari tengah malam ke dewan"perli Rayyan.Matanya mengerling kepada Farhan yang berada di tepi.

Farhan senyum sinis "Kau pun apa kurangnya?Jadi photographer tersorok tahap tinggi waktu bacaan yaasin" Perlian dibalas.

Terbuntang mata Rayyan. "Macam mana kau tahu?"

"Kau yang tak reti cover...wallpaper phone pun siap gambar org tu..."

"Asal kau tahu semua benda ni?"

Farhan hanya diam.Tiba tiba Aiman muncul dan berdehem.

"Nak dengar satu cerita gempak tak?" Aiman menjongket keningnya

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now