BAB 29

178 21 5
                                    

       Katherine cuba membuka matanya perlahan lahan. Arghh..sakitnya rasa di kepala ni...Dapat dia rasakan cecair yang berada di sisi wajahnya.Bau darah pun masih segar menusuk rogga hidung.Katherine cuba menggerakkan tangan,dan saat itu juga dia sedar yang dirinya terikat. Katherine mengerang sedikit akibat sakit yang terasa di kepala.Mana tudung dia? Kenapa rambut panjangnya terurai bebas begini? Katherine cuba mengingati apa yang jadi. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia diangkat oleh seseorang selepas kepalanya dipukul oleh sesuatu yang sangat berat.

    Farhan menyuluh bahagian tali yang mereka harus pegang semasa night walk sebentar tadi.Langkah nya terhenti apabila terdapat satu lagi tali yang bersambung ke arah lain. Dahinya berkerut tanda hairan. Sejak bila tali ni ada? Sebelum program waktu semua ketua kumpulan harus tengok kawasan bersama abang fesi..tali ni tak wujud pun. Tambahan pula tali itu membawa masuk ke dalam hutan yang tak sepatutnya mereka masuk.

"Kau jumpa apa?" Tanya Uzayr.

"Aku rasa Myra salah tali"

Mereka pun berjalan masuk mengikut tali itu...tetapi mereka akhirnya menemui jalan buntu apabila Tali itu berakhir tidak jauh daripada landasan sepatutnya. Tali itu hanya diikat 3 batang pukok jauh daripada landasan mereka. Perangkap! Katherine termasuk ke dalam perangkap.

"Korang bertiga buat apa dekat sini?"

Teguran itu membuat Farhan,Rayyan dan Uzayr tergamam. Perlahan lahan dia menoleh ke belakang. Sekumpulan abang Fesi sedang memandang ke arah mereka dengan pandangan terkejut dan minta penjelasan.

      Katherine terasa seperti kepalanya berpusing pusing dan berdenyut denyut. Peluh menitik nitik di seluruh bahagian badannya. Sudah beberapa kali dia cuba meleraikan ikatan tangan dan kakinya.Dia cuba bangun daripada simen yang sejuk mencocok hingga ke tulang sulbi,tapi berakhir dengan dia jatuh kembali akibat badan yang lemah.Semua yang terjadi buatkan dirinya lemah.Tiba tiba pintu terbuka luas dan ganas. Berderau darah Katherine dan dia tahu ini bukan petanda yang baik.

"Akhirnya...bangun juga"

Katherine mendongakkan kepala melihat wajah orang yang berjaya menyakitkan dirinya. Terbuntang biji mata Katherine melihat wajah yang terhias di matanya kini.Ini abang fesi yang bertugas...ya dia masih ingat wajah ni..dialah abang fesi pertama yang menyambut kedatangan mereka di kem.

"You know what? Selama aku buat kerja ni...Kau lah paling lama tak sedarkan diri" Dia mengusap sisi wajah Katherine dengan lembut. Membuatkan Katherine rasa jijik dan terus melarikan wajahnya kasar daripada tangan lelaki gatal ni!

"Apa garang garang ni,Herm? Before we start our business honey...I supposed you need to know my name. No worries..senang je nak panggil..panggil aku Zack"

Katherine menahan loya di tekak dikala lelaki itu berkata kata. Gatal! Lelaki tak guna! Zack bermain main dengan rambut Katherine sebelum membawanya ke hidung dan mata Zack terpejam..kepalanya perlahan di gerakkan hingga semakin rapat ke leher Katherine. Tidak dapat menahan lagi,Dengan Kudrat yang tersisa dan tangan yang masih terikat,Dia pantas menumbuk perut Zack dengan kuat. 

"Kau jangan nak dekat dengan aku lah Jantan!" Tengking Katherine.

Pang!

Satu tamparan kuat singgah ke pipi Katherine. Pedih dan kebas terasa di pipi Katherine.

"Aku tengah cium kau kan?! Berani kau melawan?!"

Terlepas erangan sedikit dri mulut Katherine. Badannya sudah sedia ada sakit. Terasa berbisa habis satu badannya. Zack melarikan jarinya daripada pusat Katherine hingga ke atas. Mata Katherine terpejam menahan Jijik yang makin menebal. Tiba tiba kepalanya direntap kasar hingga dia terdongak sedikit. Senyuman puas terukir jelas di bibir Zack,Perlahan lahan dia mendekatkan kepala ke tepi telinga Katherine.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now