BAB 37

173 17 0
                                    

     Alia melangkah keluar daripada tandas setelah selesai membersihkan diri. Sejurus itu juga handphonenya yang berada di atas meja bergetar sebelum bunyi deringan bergema. Pantas Alia membawa langkah ke arah handphone,baru sesaat tangannya menggenggam,Handphonenya terus terlepas dari tangan dan jatuh terhempas ke lantai. Badannya mula hilang imbangan dan menggigil gigil,Serta merta badannya terhempas ke atas lantai. Alia menekup kedua dua telinganya apabila deringan di handphone tidak berhenti henti...Pandangannya kabur dan dunia seakan akan berpusing pusing. Deringan Handphone terdengar sangat kuat di gegendang telinga...Air mata sudah jatuh setitis ke pipi.

"Diam..." Seolah olah tidak keluar suara Alia.

Alia cuba berpaut ke sisi meja untuk bangun daripada lantai tetapi lain jadinya apabila Alia terjatuh semula dan barang barang di atas meja habis terjatuh dan bekas bekas kaca pecah berderai dan Alia semakin panik. Tangan kembali menekup telinga..deringan telephone semakin kuat tanpa henti. Sepihan kaca di hadapan menangkap perhatian...Kaca...Ayah...Ibu.... Tak...Aku tak nak hidup! Aku nak mati!!!! Pantas tangan ingin mencapai serpihan kaca yang sederhana besar untuk menoreh tangan sebelum seseorang tiba tiba menerjah biliknya.

"Alia!"

Suara yang kedengaran samar samar,langsung tidak menangkap perhatian Alia...Hanya satu di kepa pada saat ini....Aku.Nak.Mati. Sungguh sakit rasanya hidup di atas bumi ini!

Fasya terus menarik Alia ke dalam pelukannya...Mujur sahaja dia sempat menahan tangan Alia yang mahu mencapai sepihan kaca yang berterabur. Alia kembali menekup telinganya...Bunyi deringan handphone makin kuat dan itu sangat menganggu Alia.

"Jangan....jangan call aku.."

Walaupun suara Alia sangat perlahan seperti berbisik,Tetapi posisinya dengan Alia membuat Fasya sempat menangkap butiran perkataan yang meluncur keluar daripada mulut Alia.

"Alia!" Rayyan terkaku melihat keadaan Alia yang berada di dalam pelukan Fasya dan keadaan bilik yang kucar kacir.

"Tutup phone tu,Rayyan! Tutup sekarang!" Arah Fasya.

Rayyan terus mencapai handphone Alia,sempat matanya menangkap nama yang tertera di skrin handphone sebelum dia menukar kan mode phone Alia kepada airplane mode. Ayah....?

         Fasya membaringkan Alia di atas katil selepas dia mendodoi dan menenangkan Alia. Seperti bayi dia memujuk Alia sebentar tadi sebelum Alia terlena di dalam pangkuan Fasya. Laila pula datang membawa air suam yang dicampur dengan bunga melur dan daun pandan. Haruman yang boleh menenangkan jiwa yang sedang kusut. Malah sesiapa yang menghidu pun akan jatuh cinta dan serta merta tenang. Laila menuam badan Alia dengan air hasil tangannya,kemudian dengan lembut dia membasahkan sehelai tuala kecil dan meninggalkan di atas dahi Alia selepas membasahkan seluruh wajah Alia. Barang barang yang bersepah dan berkecai sudah Laila kemaskan dan bilik kembali rapi. Bilik yang sebentar tadi suram dan tiada bau sudah dihiasi dengan cahaya matahari bersama harumnya bau bunga melur yang dicampur bersama daun pandan. Sangat klasik bau yang menengkan daripada Laila.

      "Alia macam mana?" Tanya Rayyan selepas Fasya melangkah keluar daripada bilik Alia. Selepas dia menutup phone Alia tadi,Kak Fasya mengarahkan dia keluar daripada bilik kerana Alia yang tidak bertudung dan dalam keadaan yang Rayyan tak patut lihat.

"Dah tidur...dia dah tenang..Tapi badan dia panas,Laila tengah tuam badan dia...biarlah dia rehat dulu"

Rayyan mengangguk faham.

"Farhan?"

Rayyan mengerutkan dahi mendengar nama Farhan yang terpacul keluar dari lisan Kakaknya.

"Kakak tahu Farhan sakit kan...Tak perlu dirahsiakan daripada akak..."

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now