BAB 36

179 20 0
                                    

         "ARGHHHH!!!!'

Farhan melepaskan jeritan akibat sakit yang teramat di bahu hingga hujung setiap jarinya. Tangan yang sebelah lagi mencengkam kuat bahunya. ALLAH!!!

"Farhan!" Rayyan menolak pintu bilik Farhan dan terus berlari ke arah Farhan yang sedang menggigil gigil di birai katil menahan sakit. Selepas mendapat berita bahawa Katherine sudah sedar,Farhan terus pulang ke rumah akibat sakit yang tak terperi. Dia tak mahu jumpa Katherine dalam keadaan sakit begini...dia tak mahu Katherine tahu tentang sakitnya yang satu ini.Tak nak Katherine tahu tentang dia yang melompat bertarung nyawa untuk menyelamatkannya.

    Kepala Farhan yang tertunduk akibat sakit kini dipanggung sedikit untuk memandang Rayyan yang sedang mulutut untuk menyamai paras tingginya yang duduk di birai katil. Rayyan terpempan melihat wajah Farhan yang sudah merah menahan sakit. Wajah sepupunya juga berpeluh peluh,,,padahal bilik ini sedang sejuk.

"Aku nak jumpa dia Rayyan,,,tapi bukan dalam keadaan macam ni..tolonglah" Rayu Farhan. Air matanya jatuh setitis. Rayyan mula sayu dengan keadaan Farhan...kesiannya sepupu aku ya allah..

"Rehat dulu,Han...Bahu kau teruk sangat dah ni.." Rayyan memujuk Farhan dengan lembut.

"Dia dah ingat,Rayyan...Dia dah ingat...aku nak jumpa dia..." Adu Farhan lagi.

Rayyan mengeluh,wajahnya diraup. Dia agak terkejut dengan berita yang itu...tetapi apa apa pun kesihatan  Farhan lebih penting dari segala hal sekarang ni..

"Han...rehat dulu.." Pujuk Rayyan lagi.

"Macam mana aku nak rehat,Rayyan? Aku rasa tak tenang sangat.." Adu Farhan.

"Han...dengar sini cakap aku...Dia mungkin x nak jumpa kau..dia mungkin cakap dia bencikan kau...Tapi kau kena yakin..dan aku juga yakin..Dia sayangkan kau.Kau perlu yakin dengan hal tu. Dia mungkin sampai tahap tak boleh hidup tanpa kau..daripada dulu,sekarang dan masa depan,..percayalah cakap aku...tiada yang dapat gantikan tempat kau dalam hati dia. Rest assure,cousin...Kau kena rehat dan buat masa ni..fikirkan diri kau.Jika jodoh,tak kemana" 

Farhan terdiam. Betullah..memang Rayyan ni pandai menenangkan orang...tak hairan orang selalu nyaman dengan sepupunya. Rayyan meletakkan tangan di atas dahi Farhan,dan satu carutan terkeluar dari mulut Rayyan.

"Shit..Farhan,Kau demam!" Rayyan pun terus bangun kemudian mengambil air dan ubat dihulurkan kepada Farhan.

Tanpa membantah,Farhan menelan ubat dan air tersebut.

"Baring,Farhan..rest your mind..jangan risaukan Katherine sangat..aku yakin dia okey"

Farhan akhirnya baring dan Rayyan bantuk menyelimuti badannya.

        Alia melangkah masuk ke rumah.Dia baru sahaja pulang ke rumah selepas melawat Katherine sebentar tadi bersama Kak Fasya.Masuk harini,sudah 4 hari dia menumpang di rumah keluarga Farhan.

"Kath macam mana,Alia?" Teguran Rayyan menyentak Alia dan serta merta mata Alia tertancap kepada Rayyan yang nampak kusut. Wajahnya sebal..tiada senyuman. Wajahnya dipenuhi dengan risau dan resah...tiba tiba terbit rasa cemburu di dalam hatinya...tetapi cepat cepat Alia menepis perasaan tersebut,

"Alia...Kath macam mana..saya nak tahu keadaan dia" Sekali lagi Rayyan menanya apabila tiada jawapan daripada Alia.

Rasa cemburu tadi datang kembali "Dia dah okey...Cuma belakang dengan rusuk dia sakt lagi"

Rayyan mengangguk faham ""Dia ada tunjuk simptom apa apa lepas dah dpt ingatan balik?"

Alia menggeleng.

"Dia ada senyum tadi?"

Alia mengangguk..Ahh..kenapa hatinya terlalu sakit sekarang?

"Did she smiles a lot?"

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now