BAB 15

195 17 3
                                    

        Katherine dan Alia berjalan ke tapak perhimpunan.Entah apa yang cikgu cikgu nak cakap harini sampai ada perhimpunan mengejut.Baru sahja dia ingin meletakkan bontot di atas kerusi plastik yang tersedia buat para pelajar...matanya bertembung tepat ke mata Farhan.Terus adegan malam semalam menyinggah ke dalam benak fikirannya dan tanpa dia sedar...pipi sudah perlahan lahan bertukar warna.

"Asal muka kau merah sangat ni?" Alia meletakkan tangan di pipi Katherine

"Demam ke?" Alia menahan bibir daripada tersenum...dia bukanlah buta untuk tidak nampak kemana mata Katherine sebelum wajah membahang.

"Ish! Aku sihat je lah!" Katherine menepis tangan Alia,Kemudian mendaratkan punggung ke atas kerusi.

Tidak lama selepas itu,dengar bunyi mic diketuk dan suara ustaz Syahmi berkumandang seisi dewan.Dia memberi kata kata pembukaan sebelum membaca doa.Selepas itu barulah Cikgu Falia naik mendekati mic dan mula berbicara.

"Assalammualaikum semua...seperti yang korang semua tahu...saya Cikgu Falia yang korang kenal dah lama...Tahun ini..saya diamanahkan ke bahagian pengawas dan pengawas pusat sumba atau dalam kata erti lain...Prefect and Librarian.Jadi nama nama yang saya sebut ni tolong naik ke pentas untuk mengambil batch masing masing ye.." Cikgu Falia pun mula menyebut satu persatu nama.

"Habis la prefect dengan librarian tahun ni.." Bisik Katherine

"Kenapa Cikgu Falia yang kena handle bab ni...Cikgu Falia sesuai gila kot jadi program planner" Keluh Alia. Jelas mukanya menunjukkan riak kecewa.

Benci benci Katherine kepada Cikgu Falia pun..dia tak dapat menafikan apa yang Alia katakan sangatlah benar.2 tahun Cikgu Falia incharge bab program...Sekolah mereka sangat seronok dan meriah.Penuh dengan program yang pelbagai...cukup untuk mengurangkan tekana pada pelajar terutamanya pelajar form 5.Perkhemahan dan Lawatan juga ke tempat yang seronok dan mempunyai pelbagai aktiviti.Sukan mereka pun banyak permainan. Jadi Katherine dapat rasa..bukan dia dan Alia sahaja yang kecewa apabila Cikgu Falia sudah bertukar posisi.Mungkin 99% pelajar yang kecewa sekarang ni.

"Baiklah...cikgu harap kamu semua dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik.Seterusnya..bagi ketua pelajar dan penolong ketua pelajar pula...."

Yes! Yes! Yes! Inilah yang Alia dan Katherine nanti nantikan.

"Muhammad Zaquan bin Muhammad Fairuz dan Wan Nur Alisha Binti Wan Modzi"

Seisi dewan memberikan tepukan selepas nama mereka diseru.Untuk apa mereka bertepuk tanagn? Katherine pun tak tahu...yang penting Katherine ikut sama.Ketua Pelajar tahun ni tidak kurang hotnya! Meowww! 

Selepas Zaquan dan Alisha turun daripada pentas...Cikgu Jasmine pula yang naik menggantikan tempat Cikgu Falia.

"Assalammualaikum semua...Cikgu naik pentas yang jarang jarang cikgu naik ni sebab cikgu ada pengumuman yang gembira untuk semua pelajar pelajar di hadapan cikgu ni" Senyuan lebar terukir di wajah Cikgu Jasmine...Ini kalau tiba tiba announce periksa...memang aku baling kerusi ni.Berdebar debar dibuatnya.

"Minggu depan...periksa awal tahun bagi semua pelajar..jadi cikgu harap kamu semua bersedia"

Ha! Cakap dah! Selepas Cikgu Jasmine mengumumkan perkara tersebut...Keluhan yang keluar tersangatlah kuat dan jelas.Katherine disitu pula dah bersedia untuk membaling kerusi nak terjun pokok kelapa.

"Hahahahaha....Cikgu gurau sahaja...berita sebenar benarnya adalah...2 minggu lagi...Hari sukan akan diadakan..Jadi cikgu mengharapkan yang terbaik daripada murid murid sekolah.Tunjukkan semangat semua!"

Sejurus itu wajah wajah yang cemberut diganti dengan senyuman dan tepukan gemuruh.

Lengan Katherine dicuit Alia "Hari sukan 2 minggu lagi? Kau tahu tak kita ada tournament bola jaring lagi 2 bulan?"

"Lagi 2 bulan?" Katherine agak terkejut.Alia menganggukkan kepala.

Precious Blue Iris (Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang