BAB 13

240 17 0
                                    

        "Ehhh!! Katherine!!" Zaquan terus menarik beg galas Katherine ke arahnya.

Katherine pula menoleh ke arah Zaquan.Hampir sahaja dia memarahi Zaquan,Tapi mujur sahaja Zaquan menyelamatkannya daripada terlanggar pokok.

"Saya tahu addmath tu susah..tapi janganlah sampai jalan x pandang depan"

Katherine tergelak mendengar kata kata Zaquan.

"Dah makan ke belum ni?" Tanya Zaquan.

Katherine menggeleng.Zaquan pun mengeluh "Saya pun study jugak...tapi kene jaga kesihatan,Dah..jom makan"

Katherine mengerutkan dahi "Nak makan apa?Tak da makanan dah dekat kantin"

"Ada la...jom ikut saya"

Tanpa banyak soal,Katherine mengikut Zaquan.

    Terlopong besar mulu Katherine melihat makanan di atas meja batu skolah yang berada di tepi padang. Ada daging masak merah lengkap dengan sayur kailan dan nasi putih.Ada air anggur sejuk lagi!

"Wahh...mana awak dapat ni?"

Zaquan tersenyum melihat reaksi Katherine.

"First time saya masak...adala minta tolong senior senior sikit" Katherine tergelak.

"Saya dah agak dah awak tak makan ...jadi makanlah...Kalau tak sedap,Cakap tau?" Zaquan menghadiahkan senyuman manis.Katherine pun terus duduk dan mula menjamu selera.Dah lah diri memang sedia ada lapar.

     "Hahhh!! Penuh perut!!!" Katherine menggosok perutnya yang penuh. Tergelak Zaquan melihat gelagat Katherine. Tiba tiba handphone Katherine dan Zaquan dua dua berdering. Bezanya,seorang menandakan mesej yng masuk..seorang lagi call yang masuk.

+60106749679
Kalau urusan kau tepi padang dah settle,
Datang pagar sekolah cpt
Kita nak beli brg pulak

                                                    Katherine Humyra

                                                    Aik?siapa ni?

+60106749679

Pandang Kanan
 

 

           Katherine terus menolehkan kepalanya ke kanan,Saat itulah matanya ternampak Farhan yang berdiri tidak jauh daripada dirinya.Dia mengangkat sebelah tangannya yang memegang handphone dan melambai lambai kepada Katherine.Farhan berpakaian kemas untuk keluar,manakala Katherine pula masih berbaju T-muslimah

"Kath" Tegur Zaquan.Serta mesrta,perhatiannya teralih kepada Zaquan.

"Saya kena pergi...Cikgu Syahmi pamggil"

Katherine sekadar menganggukkan kepala membenarkan Zaquan pergi. Setelah Zaquan hilang daripada pandangannya,Dia pun bangun dan berjalan kepada Farhan.

"Kau gi la sorang" kata Katherine

Farhan menaikkan kening kanannya,hairan dengan tingkah laku Katherine "Asal?"

"Aku malas nak bersiap"Padahal dalam kepalanya hanya satu...Dia tiada baju yang cantik cantik di asrama untuk keluar dengan Farhan yang tampak kemas...tambah pula dengan muka kacaknya...sangat menampakkan kekayaan...kalau dia keluar dengan Farhan begini..apa orang fikir?apa orang cakap? Menjatuhkan imej Farhan,dan Imejnya sendiri!

Hujung bibir Farhan ternaik sedikit "Aku kenal kau Katherine Humyra...Kau bukan style nak bersiap bagai bagai ni...Apa yang bermain dalam kepala kau tu?"

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now