Bab 2: Story really begin

15.1K 566 23
                                    

Pada tengah malam, rumah Mak Nah dimeriahi oleh orang-orang masjid Kampung Charok Akar. Bukan kerana kenduri arwah ataupun majlis sambutan hari jadi, tetapi kes cucu Mak Nah bercumbu di kawasan gelap.

"Diya tak akan buat those thinglah nenek! Diya waras lagi. Tau dosa pahala, baik buruk. Apa nak main fitnah-fitnah ni! BODOH!," kata Diya geram hingga membuatkan mulut lancangnya mengeluarkan kata-kata kesat.

"Kau tak payah berdalih lagi lah, Diya. Semua nampak. Kau memang suka buat malu aku eh?," kata Pak Tam datuk tiri kepada Diya.

"Ouh, dulu kau fitnah aku merokok dekat tepi sungai, sekarang fitnah aku buat maksiat pula? Kau kenapa eh? Apa yang kau tak puas hati lagi? Cuba kau cerita dengan aku, kan senang. Tak adalah membabitkan orang luar! Dasar orang tua yang suka menyusahkan orang!!," kata Diya keras seraya mengepal tangannya dan menghayunkan gempalan itu. Belum sempat ianya sampai kesasaran, En. Izzat menarik lengan Diya kuat membuatkan Diya terdorong ke belakang. "Sabar Diya. Selesaikan cara baik," kata En. Izzat.

"Buat apa nak cara baik?"

"Shh... stay out, dear," pinta En. Izzat. Diya hanya membiarkan. Biarlah orang dewasa yang berbicara.

"Nampak? Guna panggilan dear pulak tu. Terang-terangan. Kau siapa?? Pak we cucu aku?," kata Pak Tam membuatkan En. Izzat tersenyum sinis.

"Nama saya Izzat Aisy Shah b. Dato' Irman Afham Shah. Saya cikgu kepada Diya. Itu sahaja hubungan kami. Pasal dear tadi tu, biasalah cikgu dan anak murid. Bercumbu? Kamu semua salah faham ni. Saya cuma mahu kejutkan Diya sahaja. Tiada bukti jangan buat fakta," kata En. Izzat professional.

"Mana ada orang tidur dalam but kereta. Guna logik akallah. Kau setakat title anak dato' tapi kerjaya cikgu, tak payahlah," sindir Pak Tam.

"Kalau....," belum sempat En. Izzat mengemukakan fakta, Mak Nah terlebih dahulu bersuara, "Sudah lewat malam ni. Semua baliklah. Kita selesaikannya kemudian hari."

~///~

"Jadi apa kau nak buat dengan anak aku?," tanya En. Adham keras.

"Sepuluh ribu cukup?," tanya En. Izzat membuatkan semua terpinga-pinga.

"Kau fikir sepuluh ribu tu cukup nak beli maruah keluarga aku?," marah Pak Tam.

"Habis itu? Saya akan kahwin dengan dia," kata En. Izzat sangat selamba.

"Duit kau cukup ke nak sara anak aku ni? Kalau kerja setakat cikgu seni, berapa saja gaji kau tu?," sindir En. Adham.

"Tak akanlah dengan gaji tak seberapa ni, boleh beli Aston Martin."

"Entah-entah sewa sahaja. Ye lah, nak jumpa aku kan," jawab En. Adham berbasi-basi.

"Saya Izzat Aisy Shah b. Dato' Irman Afham Shah. Saya seorang pelukis seperti bapa saya dan mempunyai sebuah syarikat galeri lukisan tersendiri. Ianya bukan dari keluarga, ianya hak milik saya. Saya belajar di Norwich University College of Arts. Kalau gaji sebulan, cukuplah nak beli Ferrari sebijik. Itu pun ada lebih.Jadi, layak atau tidak?," tanya En. Izzat seraya mengukir senyuman yang penuh makna. Diya ternganga. Tak sangka kaya gila dia ni. Tapi, kahwin dengan aku. NO! Dia buat lawak je tu, Diya. Positif.

"Hmm... mari ikut saya duduk luar," ajak En. Adham

~///~

Hari ini, dua hari selepas kejadian. Cikgu kerek tu nak ambil aku kat rumah untuk pergi Pavillion. Beli barang HANTARAN!! Apa aku boleh buat, papa dah setuju. Anyway, dia lagi okay dari orang-orang tua yang papa nak kahwin kan dengan aku tu. Bunyi hon kereta mematikan lamunan Diya. Diya jalan mendekati kereta yang dipandu En. Izzat dan membuka pintu kerata itu. Diya memboloskan dirinya kedalam kereta itu dan menghempas kuat pintu kereta Chevrolet Cruze berwarna putih itu.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now