Bab 19: "Rayyan dah sedar,"

10.4K 427 9
                                    

Diya hanya termenung memandang parutnya di hadapan cermin. Perit akibat ditoreh masih lagi terasa. Siapa tak rasa sakit apabila ditoreh mukanya semasa sedar. Sebentar tadi Izzat menolongnya untuk membersihkan luka. Tersentuh hati. Betapa prihatinnya Izzat kepada Diya.

Perlahan-lahan Diya bangun dan menuju ke tingkat bawah. Tidak kelihatan pula Izzat di tingkat bawah. Mana pula dia pergi. Tanpa membuang masa, Diya mengorak langkahnya ke bilik kerja Izzat. Mana tau dia tengah buat kerja dekat situ. Tapi, malangnya kosong. Dengan langkah yang lemah Diya menuju ke arah sebuah bilik yang digantungkan perkataan 'Izzat only'. Patut ke dia masuk ke dalam. Ini sudah kira menceroboh. Tapi, ada aku kisah? Masuk je lah.

Apabila buka sahaja pintu bilik itu, mata Diya terus menyapa Izzat yang sedang menggerakkan berus melukis ditangannya pada kanvas.
Nampak sangat profesional. Memanglah, dah namanya pelukis. Tak fikir panjang betul.

Izzat menoleh apabila terdengar pintu bilik melukisnya terkuak. Terkejut Izzat. Okey, mula-mula rasa nak marah sebab dah melanggar peraturan bilik. Tak nampak ke 'Izzat only' kat luar tu? Tak cukup besar agaknya aku letak. Tapi, mengimbas kembali kisah semalam membuatkan marah Izzat hilang serta-merta.

Diya berjalan menghampiri Izzat lalu bertanya "Cikgu lukis apa tu?" Tanya Diya.

Tidak berapa nak faham dengan lukisan Izzat ni. Suatu garis yang bewarna merah kehitaman. Dia hanya menggambungkan warna merah dan hitam untuk lukisan itu. Memang tipulah kata tak cantik. Tapi, masalahnya tak faham. Siap ada darah mengalir dari garisan tu. Apa mengarut sangat dia ni.

"Your wound," jawab Izzat lalu menarik Diya dekat dengannya.

"Huh? Tak ada benda lain ke nak lukis. Luka ni juga dia nak lukis," kata Diya lalu menununding jarinya ke pipi belah kirinya.

"Semoga cepat sembuh," kata Izzat lalu mencium luka yang ditutupi oleh handiplast berbentuk hati pula kali ini. Macam-macam ada.

"Are you really sure wanna do it every day?" Tanya Diya lalu melabuhkan punggungnya di peha Izzat.

"Mana lah tahu kalau aku cium nanti terus sembuh ke," jawab Izzat.

"Rasanya lagi melarat adalah," ujar Diya seraya membetulkkan kedudukannya di atas peha Izzat.

"So naughty. Is it that comfortable to sit on my lap?" Perli Izzat lalu mendekatkan Diya lagi dengan dirinya.

"Ya, sebab comfortable lah saya duduk. Asal? Cikgu tak suka?" Tanya Diya dengan muka yang sudah mencuka.

Baru sahaja Diya ingin bangun dari duduknya, Izzat terlebih dahulu menahan pinggangnya lalu berkata "Just stay. I like it. Like it so much damn," Izzat bersuara lembut di tepi telinga Diya.

"And now you can see who is the naughty one," kata Diya lalu mengelap warna air yang berada di dagu Izzat.

"Sakit lagi?" Tanya Izzat yang sedang mengusap lembut luka di pipi Diya.

"Lepas cikgu cium, hilang terus rasa sakit," kata Diya manja.

"Mengada-ngada juga kan dia ni," ujar Izzat lalu bangun menyebabkan Diya terjatuh ke lantai.

"Auch, sakit lah!" Adu Diya.

Izzat menadah tangannya kepada Diya.

"Jom. Kita pergi dating," ajak Izzat secara tiba-tiba.

"Whut??!"

~\\\~

"Wow! Kita ni nak pergi dating ke red carpet?" Perli Izzat apabila matanya menyapa penampilan Diya.

Actually, tak adalah melampau sangat. Just, pink long cardigan with black skinny jeans and black blouse that match with light pink shawl.

"Kalau cakap tu tak hiperbola memang kurang oksigen eh?" Perli Diya pula.

"Eh tak. Kalau kurang oksigen bila kau tak pakai baju," gurau Izzat lalu berlari keluar sebelum ada orang jadi Hulk.

"Cikgu!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Jerit Diya kuat hinggakan alarm berbunyi.

~\\\~

Jarinya bergerak sedikit demi sedikit. Dia sudah dapat merasakan tubuh sendiri. Akhirnya, dia bangun dari tidur yang hampir menjangkau 3 minggu.

"Ya Allah! Rayzin, pergi panggil doktor. Rayyan dah sedar. Dia dah sedar," kata Datin Asy-syura teruja. Akhirnya, anak bongsunya sedarkan diri.

Doktor tiba selang beberapa minit. Selepas sahaja diperiksa doktor, Datin Asy-syura dan suaminya, Dato' Syeikh Rayyiz masuk ke dalam wad untuk menjenguk anak bongsunya.

"Umi, kenapa Diya buat Rayyan macam ni?" Tanya Rayyan secara tiba-tiba apabila mengetahui ibunya masuk ke dalam wad.

"Rayyan, umi cakap ni, jangan tertekan ya. Umi nak Rayyan kuat. Ada banyak lagi perempuan dekat luar sana baik-baik. Dengar ya Rayyan, Diya sudah berkahwin. Rayyan jangan kacau rumah tangga dia. Jangan cuba nak runtuhkan masjid yang tersenggam indah itu. Biar dia hidup bahagia. Kalau betul Rayyan sayang dia, Rayyan lepaskan dia. Doakan yang terbaik untuk kehidupan berumah tangganya," nasihat Datin Asy-syura panjang. Takut juga dia jikalau Rayyan bertindak untuk memecah belahkan pasangan itu.

"Dia dah kahwin? Dengan sapa umi?" Tanya Rayyan tenang. Mungkin sudah boleh menerima kenyataan itu.

"Umi ada juga siasat. Cikgu seni sekolah Rayyan. Izzat Aisy Shah bin Tan sri apa entah," jawab Datin Asy-syura.

"Ouh. Kalau itu kebahagiaan Diya, Rayyan rela lepaskan dia pergi," kata Rayyan dengan tenang.

"Syukurlah Rayyan dapat terima. Lega hati umi dengar," tutur lembut Datin Asy-Syura.

"Umi, Zin nak cakap dengan Rayyan sekejapa. Leave us alone," pinta Rayzin kepada ibunya.

"Jangan nak buli pulak Rayyan ni. Kalau Rayyan tertekan umi campak Zin dari tingkat 100 karang," tegas Datin Asy-Syura bersuara berbaur amaran.

"Ya lah. Umi jangan risau sangatlah. Rayyan ni adik Zin Tak akan lah Zin nak buat macam tu dekat Rayyan. Memgarutlah Umi ni," kata Rayzin

Datin Asy-Syura dan Dato' Syeikh Rayyiz beredar dari wad untuk memberikan sedikit privasi kepada kedua anak teruna mereka.

"Benda apa kau nak cakap ni?" Tanya Rayyan kepada abangnya.

"Kau tak rasa nak balas dendam ke dekat Diya?" Tanya Rayzin lalu melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di kiri Wad.

"Biarlah dia. Aku tak nak kacau rumah tangga orang. Berdosa!" Tutur Rayyan tegas.

"Kau sayang dia kan? Asal kau tak nak dapatkan dia?" Tanya Rayzin bertalu-talu lagi.

"Weyh, Zin. Tolong jangan racun pemikiran aku. Kalau kau rasa nak buat jahat, kau buatlah sendiri. Tapi, sebagai adik kau dan sebagai orang islam, aku nak nasihatkan kau, let them be. Kalau Diya bahagia, aku bahagia, Zin," kata Rayyan dengan cuba mengawal suaranya supaya tidak menegking abangnya.

"Susahlah dapat keluarga alim macam ni!" Bentak Rayzin.

Rayzin mempunyai identiti yang berbeza dengan Rayyan. Rayyan seorang yang sabar dan baik hati mankala Rayzin pula sedikit terpesong dari agama dan seorang yang kuat memberontak. Tapi, dia tetap sayangkan adiknya sehingga sanggup melihat gadis yang disukainya mencintai adiknya sendiri. Demi adiknya.

~\\\~

Diya menjengah-jengah ke luar tingkap kereta. Muka dah berkerut. Jalan ni macam pergi rumah....

"Diya, masuk kepala tu balik. Karang tanggal, tak sanggup aku tengok kau tak ada kepala," kata Izzat lalu menarik Diya duduk semula.

"Tapi....tapi. Jalan ke Kedah. Cikgu nak pergi..."

'Being deeply love by someone give you strenght, while loving someone deeply gives you courage'
-Lao Tzu-

I do what I promise.
Than, promise me to vote!



Mr. Artist ku ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon