Bab 35: Kau tak suci lagi

11.5K 447 24
                                    

"Okay, nice. Another pose. Yes, last shot," kata jurukamera yang tak sudah membebel kalah burung kakak tua. 

"Air," kata Alif sepatah kepada Siti Nur apabila dia sudah mengambil tempat di sebelah Siti Nur selepas sesi photo shoot berakhir. Siti Nur menghulurkan sebotol air mineral kepada Alif. Alif menyambut botol air mineral sebelum meneguknya hingga separuh.

Baru sahaja Alif ingin menuju ke arah bilik persalinan, seorang perempuan yang dikenali sebagai Jue, seorang editor majalah telah memanggilnya. Terpaksa jugalah pergi.

"Erm, Alif. Model kami untuk pakaian dalam lelaki tidak dapat hadir. Keberatan juga lah saya nak cakap, tapi, boleh tak kalau awak gantikan dia?" Tanya Jue dalam keadaan serba salah. Cuak muka Alif mendengar permintaan berat Jue. Gila! Tak akan dia nak ambil gambar pakai spender dengan singlet je. Damn!

"Get your permission from my manager. Deal with her," balas Alif lalu mengamit Siti Nur yang sedang mengemas barangnya. Siti Nur hanya patuh lalu mengorak menuju ke arah Alif.

"Yes?" Tanya Siti Nur kepada Alif.

"Editor nak berbincang dengan kau sesuatu. Keputusan di tangan kau. Aku terima seadanya," kata Alif sebelum berlalu pergi meninggalkan Siti Nur dan Jue.

"May I help you?" Tanya Siti Nur dengan senyuman sopan apabila kedua mereka diam beberapa saat selepas Alif beredar.

"Actually, our model absent today. So, saya ingatkan nak jadikan model awak sebagai pengganti untuk model kami yang tidak dapat datang. Kami perlu hantar fail secepat yang mungkin," terang Jue kepada Siti Nur.

"Excuse me, but modelling for what?" Tanya Siti Nur. Rasa macam ragu-ragu pula sebab Alif siap panggilnya untuk membuatkan keputusan. Macam susah sangat nak buat keputusan sendiri.

"Underwear," balas Jue sepatah. Siti Nur hanya terdiam. Means, kena tunjuk badan? Ouh, aku pun tak pernah tengok badan dia, ada hati perempuan luar sana nak tatap bedan dia. Memang tak lah!

"I'm sorry, this is not allowed. Alif seorang muslim. Dia perlu menjaga aurat juga," Siti Nur membelikan alasan cliche tahap babun. Nak ngaku malu pula.

"Then, its okay," kata Jue dengan senyuman hambarnya sebelum beredar.

Siti Nur hanya mengangkat bahu lalu menuju ke arah bilik persalinan Alif. Buka sahaja tirai, kelihatan Alif memakai baju putih kosong sedang duduk di atas kerusi dambil menilik telefon pintarnya.

"So? Apa resultnya?" Tanya Alif tanpa memandang ke arah Siti Nur.

"Aku tak bagi sebab kau perlu jaga aurat kau," Siti Nur memberitahu Alif. Lantas Alif memandang tepat ke mata Siti Nur apabila jawapan itu didengarnya. Sebenarnya dia dah boleh agak yang Siti Nur tak akan bagi.

"Kalau aurat dengan suami? Perlu jaga juga ke?" Tanya Alif sinis dengan matanya masih lagi menikam tajam anak mata Siti Nur. Siti Nur cepat-cepat melarikan matanya. Aduh, deep! Menyesal cakap pasal aurat.

Alif hanya buat tak tahu apabila Siti Nur menekur dalam kesunyian. Baju putihnya ditanggalkan dari badan. Cepat-cepat Siti Nur menoleh ke arah lain. Hati nak tengok, tapi perasaan malu-malu taik anjing pula. Alif tersenyum sinis melihat gelagat Siti Nur.

Tiba-tiba, tirai dibuka kasar oleh Intan dari luar. Alif cepat-cepat menutup badannya dengan baju yang dipakainya tadi. Agresif Intan ni. Siti Nur dan Alif sama-sama cuak. Siti Nur cuak hanya satu benda. Suaminya dalam keadaan shirtless perempuan tu masuk. Baru nak merasmikan badan Alif! Alif juga cuak kerana perkara yang sama. Intan yang masuk terus mangambil tempat di atas kerusi yang baru sahaja diduduki Alif.

"What are you doing here? Can't you see I'm changing?" Tegur Alif keras kepada Intan. terus dia membelakangi Intan dan menyarungkan semula baju putihnya.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now