Bab 39: Bila korang nak berbaik?

10.3K 378 48
                                    

Ini sangat tidak boleh percaya. Apa yang si sial tu mahu? Tak sangka. Sungguh tak sangka. Pak Tam boleh hantar manusia-manusia yang selama ni mengintip dirinya. Lagi tak disangka, dia boleh berscandal dengan Eryn! Oh, kesian Mak Nah. T_T

"Jadi, sayang nak bagi tahu Nek Nah?" Tanya Izzat apabila dari tadi dia memerhatikan Diya diam tidak berkutik sejak pulang dari Langkawi.

"Entah. I don't know. Takut nenek tak percaya," kata Diya perlahan. Dia tahu neneknya sangat menyayangi orang tua tak sedar diri itu.

"Benda depan mata. Tak akan nenek nak menyebelahi orang tua tu juga," kata Izzat dengan nada sedikit serabut dengan perkara yang sedang berlaku sekarang.

"Tak ingat ke masa hari tu dia seboleh-boleh nak menyebelahi Tok Min. Tak fahamlah dengan nenek tu. Entah apa yang Tok Min dah bacakan sampaikan nenek sayang gila dekat Jantan tu. Mantra indon agaknya," bebel Diya membuatkan Izzat berkerut. Apa jadahnya datang mantra indon pula.

"Dah, kau tak payah nak melalut jauh-jauh. Dah, tidur. Esok sekolah," kata Izzat lalu menarik selimut menutup dadanya bersedia untuk melelapkan matanya.

~///~

"Mohd Alif Ikhwan Jiang Bin Tan Sri Affan Jiang!" Pekik Izzat apabila Alif sedaya upaya menutup sesuatu dengan memakai hoodie.

"Ya?" Tanya Alif tanpa berpusing.

"Sini depan aku," panggil Izzat. Aduh kecut hidung Alif apabila guru disiplin sekolah dah bersuara memanggil. Alif berjalan juga di hadapan Izzat dengan menunduk.

Izzat mendongakkan Alif. Hoodie Alif dibuka. Izzat memandangnya tajam. Aduh, rambut aku! Muka aku!

"Cantik gila rambut kau," kata Izzat lalu menarik rambut Alif yang perang. Kes photoshoot semalam kena inaikan rambut.

"Aduh, sakit," Alif mengerang kesakitan. Nak tercabut aku punya kulit kepala ni. Siti Nur yang baru sahaja tiba tersengih melihat Alif dimarahi.

"Ni, muka kenapa? Kau gaduh pula? Makin menjadi-jadi perangai kau," Izzat memiat telinga Alif kuat.

"Bukan gaduh. Pertahankan diri. Aduh, sir. Malulah," keluh Alif apabila Izzat melepaskan piatan telinganya.

"Malu lagi aku dapat student macam ni. Rambut macam tumpah rendang. Muka dah bersopak," kata Izzat.

"Pasal rambut ni sir kena faham. Saya model. Tiba-tiba kena inai, saya ikutkan saja. Kan sunah," kata Alif lalu tersengih.

"Kepala otak kau. Sekolah ada peraturan. Dah, masuk kelas," kata Izzat membuatkan Alif mencicit lari menuju ke kelas.

Alif meletakkan beg sekolahnya di tempat duduknya. Diya yang sibuk membaca majalah dipandang sekilas. Entah sejak bila perempuan ni suka baca majalah. Alif malas nak ambil tahu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Sekali sekala Diya ketawa lucu. Alif mengerling majalah itu dan! Tak guna!

"Weyh, agaklah. Apa yang kelakar sangat, " kata Alif lalu merampas majalah itu dari tangan Diya.

"Bajet macho lah kau. Kau rasa-rasa lah, Siti Nur cair tak tengok kau macam ni. Uish, shirtless bhai," kata Diya lalu sambung ketawa.

"Tak payah nak rasa-rasa sangat lah. Tapikan, aku rasa dengan kau cair jugak," kata Alif lalu mengangkat keningnya beberapa kali. Diya terus bantai gelak.

"Weyh, kepala bana kau. Sikit pun aku tak hamak ah. Lainlah badan husband I. Dada kau dah lah berbulu macam bangla," kata Diya lalu sambung bantai gelak.

"Eh, sejak bila dada aku berbulu. Tak ada insurans lah mulut kau. Punyalah cantik dada aku. Dia kata berbulu," cemberut muka Alif dibuatnya. Mana ada berbulu. Mana ada!

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now