Bab 32: Sebab ego

10.2K 430 14
                                    

"Kenapa kau diam? Tak tau nak jawab apa ke?" Sinis Alif bersuara.

"Aku tak tau nak buat apa masa tu. Tak ada mana-mana lelaki yang pernah buat aku macam tu," jawab Siti Nur perlahan.

"Sebab tu lah aku buat. Kalau aku tahu yang kau ni secondhand, awal-awal aku haramkan kau jadi bini aku. Aku tak jilat ludah orang," Alif berkata lalu menoleh ke arah Siti Nur sementara lampu masih lagi merah.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tanya Siti Nur gerun. Pandangan deja vu. Pandangan sebelum cium tadi!

"Senang je sebenarnya nak takluk hati kau kan. Kenapa lah dulu aku kejar kau macam orang gila kalau kau sendiri dengan murahnya boleh terima ciuman dari aku. I don't think so yang kau dah terima aku sebagai suami kau. Jujur lah dengan aku. Kau secondhand?" Pertanyaan Alif yang menusuk jantung Siti Nur. Terasa senak pula untuk bernafas. Terasa seperti jantung tidak lagi mengepam darah ke seluruh badan dan peparu. Seperti darah tidak beroksigen lagi.

"Suka hati kau lah nak fikir apa pun. Aku terima kalau kau fikir aku secondhand sekali pun. Itu pandangan kau pada aku. Bukan pandangan Allah pada aku," balas Siti Nur sinis lalu menoleh ke arah tingkap sebelum menutup matanya untuk menenangkan dirinya. Makan dalam punya ayat dia bagi.

~\\\~

"Diya, kenapa awak langsung tak ada depan saya masa saya sedar? Kenapa awak tak ada?" Tanya Rayyan dengan sayu.

"Rayyan. Maafkan saya. I'm so sorry. Dan saya percaya yang awak dah tau status saya. Saya harap sangat yang awak tak cari saya lagi," Diya terus meninggalkan kawasan itu dengan laju.

Tiba-tiba matanya tertangkap kelibat tiga orang yang berpakaian serba hitam. Rayyan punya kerja ke? Dengan perasaan yang takut Diya berjalan laju menuju ke arah Izzat yang sedang memilih sotong. Dari jauh Diya dapat melihat Sharis berjalan dengan lenggok pramugarinya menuju ke arah Izzat dari belakang. Sharis? Diya mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Izzat sebelum memluk pinggang Izzat erat.

"Kenapa ni? What's wrong with your face? Sayang sakit?" Tanya Izzat berdas-das.

"Cikgu, jom lah balik. Saya nak balik," rayu Diya. Rasa tidak sedap hati semakin meluap-luap.

"Huh? Balik? Kenapa?" Tanya Izzat untuk mendapatkan kepastian.

"Tolonglah," rayu Diya dengan mata yang sudah berair. Ah, sudah. Teruk sangat ke?

"Okey, kita balik," Izzat terus meletakkan seplastik sotong yang baru dipilihnya kembali.

Sedang mereka berjalan menuju ke kereta, mata Diya tertangkap tubuh tegap Rayzin beberapa meter darinya dengan dua orang lelaki serba hitam tidak jauh darinya. Pelukan pada pinggang Izzat semakin erat membuatkan Izzat semakin pelik.

Siapa punya angkara semua ini? Rayzin? Rayyan? Sharis? Siapa sebenarnya? لا اعلم (saya pun tak tahu).

~///~

Siti Nur dan Alif masuk ke dalam bilik masing-masing apabila mereka telah tiba di rumah. Ayat makan dalam Siti Nur membuatkan Alif rasa senak. Seperti ayat itu membuatkannya kalah. Tuduhan Alif pada Siti Nur pula sangat makan hati. Baguslah. Dua-dua terasa sesama sendiri. Dua-dua tarik muka.

Siti Nur terus membersihkan dirinya sesampai sahaja dia berada di dalam bilik. Jarum jam pendek sudah berganjak ke angka 12. Esok sekolah. Macam mana nak hadapi? Pergi sekolah dengan dia, balik dengan dia.  Tak pernah terlintas dalam otak pun nak jadikan dia sebagai suami. Kawan pun tak pernah. Benda ni datang secara tiba-tiba. Otak ni susah nak cerna perbuatan masing-masing.

Tok!Tok!

Siti Nur yang hanya bertuala terus mengeluh. Tunggulah dah habis pakai baju. Siti Nur menyarungkan tudung ekspress dan terus membuka sedikit pintu sebelum mengeluarkan kepalanya sahaja. Tak kan nak tunjuk badan yang hanya bertuala tu. Terabur iman Alif jadinya.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now