AlifSitinur Special #2

7.1K 326 22
                                    


Alif berlari ke arah motorsikal miliknya. Dia perlu cepat sampai. Ya Allah! Kau makbulkan doa aku. Setibanya di hospital, dengan pantas dia berlari menuju ke wad isterinya. Kakinya berhenti betul-betul di hadapan wad itu. Dengan perlahan, pintu itu dibuka. Kelihatan umi dan walid Siti Nur memandangnya. Dia menapak perlahan ke dalam wad. Siti Nur menoleh ke arahnya dengan senyuman. Lantas Alif membuka cermin matanya. Air matanya mengalir. Ya Allah, sungguh aku rindu isteri ku ini. Bisik hati Alif.

Dia melangkah menghampiri Siti Nur. Dahi isterinya dicium syahdu. Siti Nur mengelap perlahan air mata Alif.

"Thanks. For coming back. Thanks. For staying by my side. Thanks. For struggle hard to live with me," ucap Alif. Siti Nur tersenyum.

"Hurm, umi dengan walid keluar dulu," kata Encik Fuad sebelum beransur keluar dengan isterinya.

"I love you," ucap Alif. Siti Nur masih lagi dengan senyuman.

"Alif, your love should be given to someone that deserve it," kata Siti Nur perlahan. Alif terkedu.

"Kenapa? Kenapa cakap macam tu?" Tanya Alif pelik. Kerusi ditarik menghampiri Siti Nur sebelum membetulkan duduk.

"I tak boleh jalan, Alif. I'm not even perfect for you. I akan menyusahkan you je," kata Siti Nur dengan suara terketak-ketar.

"No, you can. Kalau you nak jalan, pergi walk therapy. I akan tunggu. I sanggup," kata Alif bersungguh. Siti Nur melelehkan air matanya.

"I'm sorry. I tahu semua orang tahu yang you dah kahwin. I rosakkan karier you," kata Siti Nur sambil mengelap air matanya.

"I don't care. As long as you stay by my side, you tak akan pernah menyusahkan I," kata Alif lembut.

~...........................~

"Kenapa dengan Alif tu?" Tanya Diya kepada Izzat.

"Siti Nur dah sedar sepuluh minit lepas Alif pergi sekolah," jawab Izzat sambil memandang isterinya.

"Wah! Untungnya! Last paper orang tersayang terjaga. Sweet," kata Diya sambil menongkatkan dagunya di meja.

"Hey, kita ni bila nak sweet? Habis SPM dah kan?" Tanya Izzat dengan senyuman nakalnya. Diya telan liur.

"Cikgu, kita dah janji lepas olimpik kan?" Tanya Diya untuk mendapatkan pengesahan. Izzat buat muka bosan.

"Again! I need to wait!" Bentak Izzat kuat. Semua yang berada di dalam kafe memandang mereka. Diya lantas mencuit Izzat.

"Slowlah sikit. Habis satu kafe tahu hal rumah tangga," marah Diya dengan nada suara berbisik.

"Dah tu. Siapa je puas hati," kata Izzat dengan muka yang sudah masam mencuka.

"Alah, olimpik lagi dua minggu lah. Cuba rilek sikit. Kita focus olimpik. Lepas tu, kita focus lah rumah tangga," cadang Ash. Hope dia terima lah idea ni.

"Hailoh. Kita buat perjanjian. Kalau Diya tak boleh dapatkan 3 medal, cikgu nak kahwin lain," kata Izzat membuatkan Diya menarik hidung suaminya.

"Jangan nak mengada eh!" Jerit Diya membuatkan seisi kafe memandang mereka. Pelik sebab Diya menjerit. Pelik juga sebab, kenapa anak murid keluar kat hipster cafe dengan cikgu muda berduaan.

~////////////////////////~

"Sayang, I ada latihan olimpik petang ni. Jadi, mungkin I balik malam," beritahu Alif yang sedang menuangkan susu ke dalam gelas Siti Nur.

"Alah, tak boleh ikut ke?" Tanya Siti Nur manja.

"Rehat je lah," cadang Alif.

"Tak nak. Duduk rumah bosan. Asyik menghadap muka biawak," kata Siti Nur sebelum ketawa kecil.

"Hey! Itu bukan biawak lah. Itu buaya. Berapa kali I dah kata, jangan panggil dia biawak!" Marah Alif. Ada ke patut patung buaya kesayangan aku panggil biawak.

"Ye lah. Buaya macam you!" Siti Nur tergelak.

"Suka hati lah. Malas nak layan," kata Alif sebelum mengambil tempat di hadapan isterinya.

"Malas lah sangat. Siapa entah cakap. 'Sampai hati you I cakap tak nak bagi respon. You tak kesian ke I alone ni. Sayang, bangunlah. Kalau tak bangun I cari lain buat peneman hidup.' Siapa cakap?" Ejek Siti Nur. Alif ketap bibir.

"Cari lain tu jangan nak pandai-pandai tambah eh!" Marah Alif sambil mengacah mahu membaling sudu.

"Okey, okey. Mengakulah cakap ni?" Tanya Siti Nur masih dengan usikannya.

"Ye lah. I yang cakap. EH! Kejap! You dengar?" Tanya Alif tak percaya. Siti Nur ketawa kecil.

"Ye lah. Habis tu, air mata meleleh tu kenapa?" Siti Nur menyuapkan bijirin ke dalam mulut.

"You tak nak cerita ke apa jadi masa koma?" Tanya Alif. Nak juga tahu.

"Cerita dia macam ni, bila I, hmm, tak nak cerita lah," usik Siti Nur sebelum ketawa.

"Hish! Luku karang. Punya lah tengah feel habis ni," kata Alif tak puas hati. Siti Nur hanya ketawa.

"Okey, I cerita. I tak tahu bila I tersedar. I tak ada apa-apa mimpi. Bila I sedar, semua kosong. Tempat putih yang cerba kosong. Apa yang I boleh dengar ialah suara orang sekeliling. Jadi, tahu lah apa yang you bebelkan. Setiap hari kena tadah telinga tau. Naik bernanah dengar dia mengadu," cerita Siti Nur dengan usikan di hujungnya.

"Eleh, bernanah telinga. I baru bagi salam dah berjurai air mata," balas Alif dengan nada mengejek.

"Tu namanya rindu," balas Siti Nur dengan ketawa kecil. Alif tersenyum.

"Syukur I masih boleh dengar you gelak," kata Alif sambil merenung Siti Nur.

"Ya, syukur you tak pekak," balas Siti Nur dengan nada serius. Alif berkerut. Tak faham dengan apa yang Siti Nur cuba sampaikan.

"Hey! I cakap pasal you lah! Apa pasal I pula yang kena?" Tanya Alif tak puas hati.

"Lah, ingat cakap pasal you. Mana tahu, I koma 3 bulan pendengaran you dah terjejas," usik Siti Nur sebelum ketawa.

"Nakal eh, sekarang. Siapa ajar?" Marah Alif bergurau.

"You lah," balas Siti Nur meleret.

"Bila masa?" Tanya Alif. Siti Nur berfikir sejenak.

"Masa you kata ' Sayang, kalau dah bangun nanti, make sure cakap dengan I banyak-banyak tau. I rindu.' Kan?" Siti Nur mengangkat kening double jerk.

"I suruh cakap banyak-banyak. Bukannya nakal-nakal, Susah ke nak bezakan?" Balas Adam sarkastik.

"Sebab susah nak fahamlah tak ambil SPM tahun ni. Tunda tahun depan," kata Siti Nur selamba.

"Tak payah ambillah. Suami cina you ni boleh sara you," kata Alif dengan menyisir rambutnya ke belakang bajet macho.

"Alah. Cincai ah apek," kata Siti Nur membuatkan Alif berkerut.

"Hish nyonya ni!" Alif meluku kepala Siti Nur geram.

"Aduh! Sakitlah! Nasib baik I tak boleh bangun. kalau boleh, dah lama I luku dengan periuk," bebel Siti Nur.

~//////////////////////////~

"Siti Nur! Rindunya!" Jerit Diya dengan berlari menghampiri Siti Nur. Rakannya dipeluk.

"Aku pun," kata Siti Nur.

"Diya! Jangan nak melepak! Datang sini. Warm up!" Jerit Izzat dari hujung padang.

"Tengok tu. Macam koperal dia mengarah aku. Tak paus hati lah tu," bebel Diya. Siti buat muka keliru.

"Apa yang dia tak puas hatinya?" Tanya Siti Nur, Diya senyum senget.

"Something he want so badly kena tunda."


TBC~~~AlifSitinur Special#3

Today, I'm going to take my PT3 result. Pray all the best. Kalau baik keputusan, ALHAMDULILLAH. Kalau tidak, ada lah hikmahnya. Sebab, Allah tidak menghantarkan sesuatu tanpa sebab. Pde yg ambil result juga, may Allah give us the best result and may Allah ease everything. Amin.

Love, Neesha

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now