Bab 13: "Diya, awak tak nak tau siapa bini saya?

12.3K 432 5
                                    

"Bye, Ucu! Pak cu jangan nakal-nakal. Nanti kena lap meja lagi," laung Reez dari kereta yang dinaikinya sebelum meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Izzat dan Diya.

"Ingat, jangan nakal-nakal. Hehe," kata Diya lalu memeluk lengan Izzat sambil ketawa.

"Ini bukan kita yang nakal. Dia yang nakal. Mengada!" kata Izzat lalu menjentik dahi Diya.

"Aduh, sakitlah," adu Diya.

Terkejut pasangan suami isteri itu apabila pusing sahaja, tersembul wajah Datin Siti Aisy dan Dato' Irman tersengih seperti kerang yang segar. Karang kata busuk kurang ajar pulak.

"Eh, nak balik dah ke mummy?" tanya Diya kepada Dati Siti Aisy apabila matanya tertangkap luggage yang diangkat oleh Pak Dol, lemandu peribadi keluarga Dato' Irman.

"Ye lah. Persatuan Wanita Ampang mummy tu pon dah lama tak jenguk. Nanti kita jumpa lah dekat majlis tu," kata Datin Siti Aisy.

"Baru tak jenguk seminggu. Gaya cakapnya macam tak jenguk setahun," sampuk Dato' Irman.

"Ye mummy, daddy. Nanti Diya dengan Izz datang majlis tu," kata Diya dengan senyumannya.

"Insh Allah kalau tak ada apa-apa kami datang," kata Izzat lalu menciym tangan kedua orang tuanya diikuti oleh Diya.

"Kami balik dulu," kata Dato' Irman sebelum menghilangkan dirinya ke dalam perut kereta.

~///~

Diya terus memanjat katil apabila usai sahaja menunaikan solat isya'. Penat kemas rumah. Esok sekolah! Lagi penat.

"Diya. Majlis tu hari jumaat kan?" tanya Izzat lalu mengikut serta isterinya merehatkan diri di atas katil.

"A'ah. Mummy ada tanya tadi, nak tak apply nama cikgu untuk pangkat Dato'?" tanya Diya.

"Tak apalah. Muda lagi. Nanti dah tua sikit aku appy lah nama," kata Izzat lalu mencapai telefon pintarnya.

"Perasan je. Dah tua tak sedar diri," kata Diya perlahan.

"What? I hear that, baby. Baru masuk nak masuk 23 tau. Muda lagi. Isteri pon masih boleh ditambah. Ramai yang nak," kata Izzat dengan riak wajah yang bongkak.

"Kahwinlah. Saya izinkan. Tapi, after my dead body lah. Orang makan nasi minyak berlauk ayam masak merah, dia nasi minyak lauk kaki," kata Diya terus menjeling Izzat yang berada di sisinya.

"Huish, masin karang," kata Izzat lalu ketawa kecil.

"Kurang asamnya!" jerit Diya sedikit.

"Tambahlah asam. Apa susah. Kata budak pandaikan," usik Izzat lagi.

"Cikgu...." Diya menyeru.

"Tau pon kalah," kata Izzat dengan senyuman kemenangan lalu tangannya mengusap kepala Diya.

"Cikgu, kenapa cikgu jadi cikgu? Cikgukan dah jadi pelukis profesional dan famous," tanya Diya.

"Sebab Nek Wan nak sangat ada kaum kerabat dia jadi cikgu. Nek Wan dulu kerja sebagai cikgu. Tapi, semua cucu dan anak-anak jadi ahli koperat. Buisiness men and women. Tak ada pon jadi cikgu. And thats why I help Nek Wan to catch her dream," terang Izzat.

"Ouh," jawab Diya sekerat.

"Sayang, kenapa rambut kau perang eh? Inai ke dye?" tanya Izzat lalu meneliti rambut isterinya.

"Gila kalau dye. Inai pon tak. Original lah. Mama tu dari darah cina. Saya ni mana boleh kulit gelap. Kalau berjemur kat tengah panas tu 5 jam sekalipun, kulit tak akan bertukar gelap," terang Diya lalu menarik semula rambutnya yang diteliti oleh Izzat.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now