Bab 28: Cantik lah kena tangkap basah dekat situ

10.3K 450 15
                                    

Bosannya hidup! Dekat sekolah tak ada kawan. Balik tak ada suami. Bosannya. Nak je ajak Pak Cik Mat driver Izzat tu berbual ke, main ketingting ke. Sumpah bosan. Nak call Izzat tapi, nanti kacau dia pula. Laparlah. Turun makan dekat restaurant lah.

Diya bersiap dengan memakai hoodie bertelinga kucing dan sweatpant hitam juga di pakai instant shawl hitam. Selepas makan, Diya berehat di taman hotel sambil mendengar lagu. Sedang dia berehat dengan aman, datang dua orang lelaki serba hitam dari belakang menekup mulutnya dan seorang lagi duduk berhadapan dengannya.

"Mesti kau pelikkan kenapa aku kacau hidup kau. Aku tak nak apa-apa pun. Aku cuma diarahkan supaya ganggu hidup kau. Aku jalankan tugas je," kata lelaki yang berada di hadapan Diya sambil membelek pisau kunai ditangannya membuatkan Diya meronta.

Diya hanya mampu berdoa kepada Ilahi supaya melindunginya. Ya Allah, selamatkan lah hamba-MU ini. Jauhkan lah ku dari segala keburukkan, Ya Allah. Air matanya jatuh kerana katakutan.

"Lah, kenapa menangis ni?" kata lelaki tadi lalu menyeka air mata Diya. Diya hanya menggeleng beberapa kali supaya tidak disentuh lelaki itu.

"Bos, baik gerak sekarang. Ada orang nak masuk kawasan ini," kata lelaki yang menekup mulut Diya.

"Bye, my barbie doll," ucap lelaki itu disebelah telinga Diya dan berlalu pergi.

Seperti sebelum ini, Diya akan menangis sambil melutut. Dia dibelengu ketakutan lagi. Perasaan trauma yang tak pernah boleh hilang. Harap Izzat boleh berada di sampingnya sekarang.

  'Cause I just wanna look good for you, good for you, uh-huh
I just wanna look good for you, good for you, uh-huh
Let me show you how proud I am to be yours
Leave this dress a mess on the floor
And still look good for you, good for you, uh-huh

Nada dering Selena Gomez Good For You iphone 6 milik Diya berkumandang kuat dari poket hoodie milik Diya. Dia mengeluarkan telefon pintarnya itu dan mendapat panggilan dari Izzat.

"Assalammualaikum,sayang," sapa Izzat apabila Diya menerima panggilan.

"Cikgu, save me," Diya berkata teresak-esak.

"Diya? Kenapa ni? Lelaki hitam tu lagi ke?" Tanya Izzat panik.

Tiada jawapan dari Diya. Hanya esak tangis yang semakin kuat. Izzat terus mematikan talian dan menelefoni Afi, secretarynya untuk menjenguk Diya.

"Afi, kau tolong tengok bini aku dekat Shangrila Hotel. Cepat!" Arah Izzat.

"Okey, bos," Afi mematikan talian lantas keluar dari rumahnya dan terus ke kereta untuk menjenguk isteri bosnya.

Sampai sahaja di Shangrila hotel, Afi terus pergi ke bilik isteri bosnya. Pintu diketuk beberapa kali. Tiada jawapan. Afi juga telah memanggil seorang housekeeper yang sedang mengemas bilik sebelahnya untuk membukakan pintu. Malangnya Diya tiada di dalam. Afi berlari pula pergi ke kawasan pondok jaga untuk melihat litar cctv.

"Pak cik, saya nak tengok cctv kejap," pinta Afi kepada pengawal keselamatan yang sedang duduk di pondok jaga.

"Kau nak buat apa?" Tegas pengawal keselamatan itu bertanya. Kecut hidung.

"Saya nak cari orang ni. Urgent ni pak cik," Afi merayu. Kalau apa-apa jadi pada isteri bosnya, dia yang kena kelar agaknya.

"Cepat sikit," pengawal keselamatan itu memberi ruang untuk Afi masuk ke dalam pondok jaga.

Afi periksa setiap kawasan dan akhirnya, jumpa. Di taman hotel. Afi meluru kesan aselepas mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan itu. Sesampai sahaja di taman hotel, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang memeluk lutut di tepi meja. Afi berjalan mendekati perempuan itu lalu memegang bahu perempuan. Diya terus menoleh ke arah. Afi dapat melihat wajah yang lencun dek air mata itu.

Mr. Artist ku ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang