Bab 15: "Malam ni"

11.4K 439 7
                                    

"Kan aku dah kata buat banyak latihan dekat sekolah. Sekarang kau dah tak boleh lepas. Bukan tinggi mana pun. Macam manalah kau nak jadi orang yng terpilih kalau ada orang yang jadi lebih terbaik dari kau?!" jerit Izzat dengan nyaring di dalam stadium membuatkan semua pelatih tertumpu padanya.

"Alah, cikgu cakap memang lah senang. Tak tinggi konon. Cuba cikgu buat. Boleh?" cabar Diya kepada Izzat. Agak terkejut reaksi guru dan pelajar mendengar balasan agak biadap.

"Kau cabar aku eh? Kita tengok sapa yang menang," kata Izzat kepada Diya seraya tangannya memukul perlahan bahu Diya.

"Buatlah," kata Diy membuatkan Izzat makin tercabar.

Izzat berjalan menuju ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang bersedia untuk memulakan lompat tingginya.

"Boleh bagi saya lompat sekali tak?" pinta Izzat kepada pelajar perempuan itu.

Tak akan punyalah budak perempuan tak nak bagi. Handsome kot cikgu tu. Memang cair lah. Dah lah semua manusia yang berjantina perempuan matanya meluru ke arah Izzat yang sedang mengira langkah untuk memulakan lompatannya. Semua seperti tidak sabar ingin melihat Izzat membuat lompatan.

"Hey, tak pernah nampak dia pon sebelum ni," kata seorang pelatih perempuan yang duduk bersebelahan dengan Diya di atas padang hijau yang terbentang luas.

"Dia cikgu baru. Baru masuk awal tahun," terang Diya lalu tangannya mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya untuk merakam aksi Izzat yang bakal gagal.

"Tak macam cikgu pun. Kau bohong kan," jawab pelatih itu.

"Buat apa nak bohong. Dah dia muda. Umur 23 tahun," balas Diya lalu menekan punat merah untuk merakam apabila Izzat telah memulakan larian untuk membuat lompatan.

"Woah!" sorakan dari semua orang yang berada di dalam stadium itu.

Tercengang Diya dibuatnya. Tingginya dia lompat. Boleh lebih lagi. So unpredictable! Izzat dengan bangganya berjalan ke arah Diya lalu melabuhkan punggungnya di sis Diya.

"I can do it. How about you? Mampu?" sinis Izzat berkata lalu mengambil tuala yang menjadi pengelap peluh Diya lalu dilap peluh yang mengalir di dahinya. Sweetkan kongsi peluh. (Euw)

"Ye lah. Cikgu menang! So, what did you want for yout reward?" kata Diya lalu menghulurkan botol air yang bercorak bunga sakura kepada Izzat.

"Malam ni," kata Izzat lalu meneguk dengan rakus air yang berada di dalam botol yang dihulur oleh Diya.

"Malam ni? Apa benda?" tanya Diya kebingungan.

"Sayang rasa?" tanya Izzat yang cuba ingin main tarik tali.

"Masak?" tanya Diya.

"Pandai sayang biy ni. Dah pergi siap cepat kejap lagi latihan terakhir. Lompat tinggi. Kali ni biy nak sayang berjaya," kata Izzat lalu mencuit pipi Diya sebelum bangun dan mengorak langkah ke arah tepi padang untuk menyiapkan peralatan bagi Diya.

"Dia ada affair dengan kau eh?" tanya pelatih perempuan tadi.

"Huh? Entah," Diya memberikan jawapan paling selamat sebelum bangun dan mendapatkan Izzat yang sedang terbaring di atas tilam untuk mendarat. Memang semua mata perempuan tengok lah. Seksi katanya sebab peluh yang mengalir di dahi dan juga di leher. Ouh!

Diya datang dan duduk di sisi Izzat lalu berbisik "Kalau cikgu still baring dekat sini lepas tu saya mendarat atas cikgu boleh?" bisik Diya perlahan.

"Sayang tu kalau badan kurus tak apa. Ni dah macam nangka, matilah biy," kata Izzat lalu bangun dan berdiri di sisi palang.

"Gemuk? Mana ada gemuk!" jerit Diya kecil.

"Gemuk tak gemuk. Cepatlah mula," ujar Izzat.

Dengan fokusnya Diya mengira langkah untuk memulakan lompatannya. Dia perlu berjaya kali ni. Perlu banggakan suami tercinta. Dengan berhati-hati Diya memulakan lompatannya dan akhirnya Diya berjaya bersama courage yang diberi Izzat.

"Woah! Biy bangga lah dengan sayang," puji Izzat lalu menolong Diya untuk bangun dari tilam mendarat.

"Well, Diya kan! Biy, penatlah. Dah berjaya, jom balik," kata Diya dengan manja.

~///~

Diya sedang ralit menumis sambalnya terasa ada deruan nafas di telinga kirinya. Tak lain tak bukan Izzat yang sentiasa akan menjadi lalat ketika Diya masak. Kadang-kadang nak bagi kaki pon tak sampai hati. -,-

"Cikgu ni kalau tak jadi lalat boleh tak?" tanya Diya lalu menyiku sedikit perut Izzat.

"Ye lah. Dah lah samakan aku dengan lalat. Cuba lah bagi yang comel sikit macam kucing ke?" ujar Izzat lalu mencapai sebiji epal di dalam peti sejuk.

"Kucing miang. Tak pun stray cat," jawab Diya lalu ketawa perlahan.

"Suka hati lau lah. Janji bukan binatang entah apa tu," ujat Izzat lalu mencapai sebiji epal merah yang segar dari dalam fridge.

~///~

Tok...tok...
Pintu bilik guru disiplin diketuk berkali-kali oleh Jazlyn dari luar untuk mendapatkan kebenaran melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh Izzat.

"Masuk!" laung Izzat dari dalam.

Jazlyn pun menguak pintu kaca itu dan melangkah masuk dengan beberapa keping kertas. Jazlyn terus menyuakan kertas itu kepada Izzat sesampai sahaja di depan meja Izzat.

"Cikgu, boleh tolong checkkan tak?" pinta Jazlyn.

"Letaklah atas meja saya. Nanti saya dah semak saya panggil awak," kata Izzat yang matanya masih lagi ralit memerhatikan komputer ribanya.

"Cikgu, kan dah rehat ni. Sibuk sangat ke sampai tak ingat nak rehat," tegur Jazlyn.

"Eh, dah rehat eh?" tanya Izzat pelik.

"Ya lah," jawab Jazlyn pendek.

Izzat tanpa membuang masa terus mengeluarkan bekas makanan lalu diletakkan di atas mejanya.

"Mesti isteri cikgu yang siapkan," teka Jazlyn.

"Awak percaya saja lah yang saya dah kahwin," kata izzat lalu meneguk seteguk teh yang dibekalkan oleh Diya pada pagi hari.

'Love is life. And if you miss love, you miss life.'

Sorry its been so late...





Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now