AlifSitinur Special #1

8.3K 354 19
                                    

Alif melutut. Pantas Encik Hashim membangunkan Alif semula. Dia tak boleh terima keadaan isteri dia. Air mata yang sekian kali mengalir itu sudah membanjiri wajah yang masih lagi mempunyai kesan darah milik isterinya.

"Isteri saya, cikgu. Selamatkan dia!" Raung Alif sedikit kuat. Orang awam yang berada di ER berpandangan. Terkejut melihat selebriti dengan berbaju sekolah yang berdarah meraung di situ. Biasalah masyarakat, rakam itu pasti.

"Alif, orang ramai ni. Bawa bersabar," nasihat Encik Wan. Dia memapah Alif ke kerusi berdekatan.

"Alif, explain everything," kata Encik Hashim tegas.

"Abang Hashim, janganlah paksa sangat. Tengah sedih tu," kata Encik Wan.

"Kau uruskan lah. Aku nak beli makanan untuk dia ni." Encik Hashim beredar. Encik Wan memegang bahu Alif.

"Mesti ada sebab kalau awak rahsiakan semuanya pun. Tak apa. Itu hak awak." Encik Wan berkata dengan lembut. Alif pandang Encik Wan lama.

"Tak kisah lah apa sebab saya rahsiakan. Cuma saya nak mengaku, yang dia isteri saya. Saya nak clear balik nama dia. Kes keguguran dia, itu anak kami. Orang cela dia, tuduh dia buat perkara keji sedangkan dia tak ada salah pun," terang Alif dengan air mata yang berjujuran.

"Doalah yang terbaik. Sesungguhnya ujian Allah ini adalah nikmat," pujuk Encik Wan.

"Saya sayang dia, cikgu," kata Alif dengan sendunya.

"Ya, saya tahu."

《_________》

Alif membuka pintu wad Siti Nur. Terkejut dia apabila terdapat beberapa orang di dalamnya. Majoritinya memang dia tak kenal siapa. Yang dia kenal hanya nenek, umi, walid dan adik perempuan Siti Nur, Nurul. Semua memandangnya. Dia senyum sebelum menuju ke arah umi, walid dan nenek untuk bersalaman.

"Baru balik sekolah?" Tanya Nek Sue. Alif senyum dan mengangguk.

"Alif, kenalkan. Ni, Pak Ngah, Mak Ngah dan anak dia Arzrai dengan Azra. Ini Ucu Ziyad. Ini pula Kak Aini, anak Pak Uda," Encik Fuad mengenalkan kesemua orang yang berada di dalam wad. Alif angguk. Relatives isterinya rupanya.

"Alif Jiang," kata Alif sambil berjabat tangan dengan mana yang muhrim. Alif meletakkan beg sekolahnya di atas sofa. Dia berjalan ke arah katil.

Bibirnya tersenyum melihat Siti Nur. Pipi isterinya dikucup lama sebelum menatap wajah kaku itu.

"I'm here. Get well soon and wake up soon. So, you can stay by my side forever," kata Alif. Sayu hati semua yang berada di situ. Tiba-tiba air mata mengalir dari mata yang tertutup kaku. Alif pantas mengelap air mata itu dengan tangan. Banyak kali juga Siti Nur menangis apabila terdengar suara Alif. Asal dengar suara Alif, pasti meleleh.

"Dah lah nangis tu. Tak penat ke?" Alif berbicara lembut. Tangan Siti Nur digenggam.

"Dah dua bulan sayang macam ni. I miss you so much tahu tak," Alif luahkan apa yang terbuku. memang rutin hariannya begini. Meratap seorang diri. Tapi, kali ini meratap dengan bersaksikan saudara mara Siti Nur. Encik Fuad mengusap bahu Alif yang sedang menyembamkan mukanya ke atas tangan Siti Nur.

"Alif, jangan macam ni. Alif kena kuat supaya Nur juga kuat," nasihat Encik Fuad. Alid mengelap sisa baki air matanya sebelum tersenyum.

"Alif nak mandi dulu lah," kata Alif lalu membongkokkan dirinya untuk mengambil pakaian di dalam beg bawah katil sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air.

"Alang, Alif tu memang duduk sini je?" Tanya Pak Ngah kepada Encik Fuad.

"Dia tak nak duduk rumah. Dia kata nanti Nur lonely. Biar lah dia. Sekurangnya aktiviti harian dia tak terganggu dengan emosi dia. Dia masih ke sekolah, dia masih buat photoshoot," terang Encik Fuad.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now