Bab 3: The Day!

13.2K 554 15
                                    

Cantik Langham Hotel ni. Tadi sampai, baru rehat 2 jam, dah kena panggil buat rawatan merehatkan diri bagi mempelai macam aku ni. Tapi, dari tadi aku tak nampak pun En. kesayangan aku tu.

"Cik, saya pembantu En. Izzat, Syaqkira. Panggil Aqir saja," seorang perempuan yang cantik dengan pakaian kebaya moden bersama kain terbelahnya.

"Jadi, apa yang patut saya buat?," tanya Diya.

"Mari ikut saya. Kita pergi berendam dalam jacuzzi dulu," ajak Aqir lalu mengetuai langkah ke bahagian spa. Mereka memasuki bilik yang tertera jacuzzi di depannya.

"Cik tukar baju dulu, nanti saya datang ya."

"Hurm, baiklah," Diya hanya menurut.

~///~

Usai berendam di dalam jacuzzi, sauna, mandian susu dan bunga, urutan badan, kepala dan juga kaki Diya perlu bersiap untuk menghadiri makan malam bersama ke dua belah keluarga.

"Aku nak pakai baju apa ek? Baju dah le semua mahal-mahal. Dari keluaran Wilbert Das, Trelise Cooper, Hayden Ng, Ashley Isham, Andre Kim, Lee Soojin dan Luke Song. Wah semua dari luar negara ni. Kaya gila dia. Dia tau ke saiz aku? Main beli je. Kalau tak muat? Tak ke membazir tu," bebel Diya tak henti-henti.

Selesai sahaja berdandan cantik. Cheh, cantik lah sangat. Diya memilih gaun labuh berwarna cadi lilac yang dihiasi dengan lace pada bahagian lengan dan juga di bahagian bawah gaun. Gaun itu dikenakan dengan halfmoon shawl dua warna iaitu ungu dan putih. Make up? Alah letak bedak, pakai contact lens, letak blusher sikit dan letak tatoo lipstick. Siap! Natural. Apabila kedengaran pintu diketuk, Diya lekas memasangkan sneakernya yang berwarna hitam dengan glitter-glitter yang mampu buat semua orang sentiasa menutup mata. Diya membuka pintu yang diketuk.

"Dah, siap?," tanya En. Izzat.

"As you see," jawab Diya pendek. Diya mengetuai langkah tutun ke restoran hotel. Setibanya Diya di hadapan kedua belah ibu bapa, Diya terus menyalam tangan ibu kepada cikgu kerek tu.

"Cantiknya Diya," puji Datin Siti Aisy.

"Terima kasih mummy," ucap Diya dengan senyuman yang lebar bagaikan iklan colgate.

"Jadi, Diya suka dengan rawatan spa dekat sini?," tanya Datin Siti Aisy.

"Suka sangat. So refreshing," jawab Diya.

"Baguslah kalau macam tu. Mummy nak tanya sikit boleh?" soal Datin Siti Aisy.

"Boleh," jawab Diya dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

"Diya boleh mengandungkan anak Izzat?," tanya Datin Siti Aisy membuatkan semua yang berada di meja makan itu tersentak. Diya pandang En. Izzat. En. Izzat pandang Diya.

"Kenapa mummy cakap macam tu?," soal Diya dengan dahi yang dikerutkan.

"Tak adalah, Diya kan masih bersekolah. Macam mana nak mengandung," terang Datin Siti Aisy.

"Ouh. Insha Allah lepas habis belajar," jawab Diya tenang.

"Lambat lah kita nak timang cucu ya," kata Datin Diya sambil memandang suami dan ibu bapa Diya. Diya sempat menangkap senyuman nakal En. Izzat yang duduk berhadapan dengannya.

~///~

Dewan untuk majlis akad nikah telah siap dihias. Kedua belah keluarga juga telah tiba pada malam itu. Malam berinai! Memang inai habis Diya pada waktu itu. Diya dan juga En. Izzat melihat sekitar dewan yang telah dihias cantik oleh wedding planner dari Singapura.

"Diya," panggil En. Izzat. Namun Diya tidak menyahut panggilan itu.

"Kau marah lagi ke?," tanya En. Izzat. Diya hanya diam.

Mr. Artist ku ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon