Bab 40: Siti Nur miscarriage

9.3K 390 24
                                    

Diya berjalan menuju ke pejabat Izzat. Pintu bilik itu diketuk. Dia memasuki selepas Izzat membenarkan. Eh, beretika pula. Selama ni redah je.

"What's wrong?" Tanya Diya selepas mengambil tempat di kerusi behadapan dengan Izzat.

"Aku sent gambar yang kau tangkap dekat Langkawi tu pada nenek. Tiba-tiba orang tua tu sembur aku. Dia kata kalau aku tak tau apa-apa, senyap. Eh, tiba-tiba je," kata Izzat bengang dengan perangai nenek Diya.

"See. Kan dah kata. Dia akan pertahankan jantan jahanam tu. Tak nak percaya," kata Diya sedikit riak. Ye lah, tadi tak nak dengar cakap orang. Padan muka kena sembur.

"Sekarang Tok Min tak ada dekat Malaysia. Dia ada dekat Switzerland. Business arrangment kat sana. Nenek suruh tunggu dia balik. Then kita boleh bincang dengan dia," kata izzat.

"Aduh, Switzerland pula. Bila dia balik?" Diya buat muka stress.

"Dalam sebulan lagi. Aku chau dulu. Aku ada kelas," kata Izzat lalu mengambil laptopnya dan keluar dari pejabatnya. Diya bersadar pada kerusi. Stress!

~///~

Hari-hari yang berlalu sama sahaja. Disebabkan Spm semakin memakan hari, terpaksalah belajar sahaja. Sebulan lebih berlalu dengan sangat cepat. Esok perbincangan bersama Tok Min. Harap semua berjalan dengan lancar.

Siti Nur terbaring lemah di atas sofa. Kepalanya sakit. Ini dah masuk kali ke lima dia ulang alik ke bilik air mengeluarkan isi perut. Alif yang menghampirinya dengan membawa panadol dan segelas air duduk di sisnya. Panadol dan air itu diletakkan di atas meja.

"Kau tak rasa yang kau mengandung ke?" Tanya Alif membuatkan Siti Nur terus duduk. Oh my! Jangan!

"Mana ada," dalih Siti Nur laju.

"Possible juga. Tiga kali tak ada protection," kata Alif dengan nada seriusnya. Siti Nur sudah berkerut.

"Kau janganlah buat aku takut," kata Siti Nur dengan menggoyangkan tangan Alif. Alif merenung mata Siti Nur.

"Doalah yang terbaik. Kalau betul ada, itulah yang terbaik. Kalau tak ada, itulah yang terbaik. Mana-mana tetap baik. Allah lakukan sesuatu mesti ada hikmah," kata Alif lembut dengan senyuman kecil dibibirnya. Siti Nur terus memeluk pinggang Alif erat.

"Thanks, ingatkan aku," kata Siti Nur dengan menyembamkan mukanya pada dada Alif.

"My responsibility as husband," Alif mengeratkan pelukan. Bercinta lepas kahwin memang indah. 

~///~   

Diya termenung di atas sebuah kerusi yang berada di tepi padang. Alif yang duduk di sebelahnya turut termenung juga. Seorang memikirkan perbincangan bersama Tok mIn. Seorang lagi memikirkan adakah betul isterinya mengandung. Student lagi kot. Stress megalahkan bakal perdana menteri yang ke-7.

"Kau fikir apa sampai termenung jauh?" Tanya Diya apabila dia mendapati Alif termenung labih jauh darinya.

"Terfikir dia mengandung ke tak," Alif terlepas kata. Alif tutup mulut dengan tapak tangan. Aduh, mampus aku.

"Huh? Siapa yang mengandung? Kau tidur dengan siapa?" Tanya Diya membuatkan Alif tersentak. Kawab apa ni.

"Err, banyak lah kau. Kucing aku lah. Nampak macam mengandung," dalih Alif.

"Eh? Kau bela kucing?" Tanya Diya pelik. Bukan si cina ni alah kucing ke?

"Dekat rumah parent aku. Kucing buangan datang minta makan. Mama ambil jadi bela pula," tipu Alif. Aduh, gempak cerita.

"Itupun termenung jauh ke? Kucing mengandung je kot," kata Diya lalu ketawa perlahan. Rasa lucu pula.

"Eh, kalau dia beranak bertambah lah ahli dia. Hidung aku mana tahan dengan bulu dia," kata Alif lalu tersengih kelat. Aduh dari tadi menipu.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now