Bab 27: Dah pandai berahsiakan sekarang

10.2K 482 4
                                    

Terasa berbahang satu badan dengan panas terik dan juga malu dengan geng Skull. Tu lah, suami kau suruh berlari dekat padang tak nak, nak juga berlari dekat koridor. Kan dah kena jemur dekat padang. Cik Hani ni pun satu, strategik gila dia jemur si Diya ni. Betul-betul pancaran matahari. Siap ugut lagi, kalau berganjak dia akan buat laporan pada pengetua. Dah lah cantik je berdiri dekat padang berhadapan dengan di antara pejabat Izzat dan pengetua. Bagus hidup kau.

"Dah lah mist tak bawa. Nanti muka kering. Izzat ni pun tak ada dalam pejabat ke? Dia tak nak tolong bini yang disayangi ni ke?" Diya bebel seorang diri.

Setelah lebih kurang satu jam dijemur, Diya dapat rasakan kepala semakin berpusing. Sudah! Tension Headache. Memang tension pun. Kejap lagi K.O. Confirm! Dalam sakit kepala yang melanda, dia dapat melihat Izzat yang jalan menghampirinya bersama mist. Alolo, sweet sangat. Izzat menyemburkan mist ke muka Diya dan mengelapnya dengan wet tissue apabila dia betul-betul berdiri di hadapan isterinya. Izzat merenung muka Diya yang sudah mengelupas dan kemerahan. Kesian juga dia. 

"Cikgu, saya nak K.O," Diya terus jatuh ke dada Izzat selepas berkata. Tak boleh tahan dah. Sekaranglah masa paling sesuai.

"Diya," panik Izzat dibuatnya. Nasib baik jugalah pejabat cikgu tu dekat. 

Izzat mencempung tubuh Diya masuk ke dalam pejabatnya. Dia meletakkan Diya di atas sofa berangkai dua yang terdapat di dalam pejabatnya. Izzat memasukkan tangannya ke dalam tudung Diya untuk merasakan suhu badan pada leher. Panas. Sah panas dalam. Izzat berlari keluara ke tandas dengan membawa sapu tangan yang Cik Hani berikannya untuk mengelap peluh ketika raptai sukan. Nasib baik Diya tak tahu.

Izzat kembali dengan membawa sapu tangan yang sudah dibasahkan. Kasutnya dan Diya dimasukkan ke dalam dan menukar sign guru ada kepada tak ada sebelum mengunci pintu. Dia mendekati Diya dan membuka tudung isterinya itu. Sapu tangan yang sudah dibasahkan itu dilapkan pada bahagian leher dan dada.

"Diya, kau memang tak sudah buat aku risaulah," omel Izzat sendiri.

~///~

"Kau betul okey nak buat raptai petang ni?" Tanya Izzat risau kepada Diya yang sedang mengkiat tali kasut di sebelahnya.

"Betul lah. Tadi tu panas sangat. Pitam sikit je," Diya jawab dengan yakin lalu mengemaskan kedua ikatan tali kasut.

"Nanti kalau pengsan lagi macam mana?" Tanya Izzat.

"Cikgu kan ada. Nanti cikgu angkat lah saya," jawab Diya lalu turun ke padang untuk membuat pemanasan badan. Izzat hanya menggeleng.

Diya sudah berada dalam tracknya untuk memulakan larian. Dia menjeling muka izzat yang berada di sebelahnya. Muka risau. Alah, biarlah. Tak akan pengsan punya. Tapi, kalau pengsan? Izzat kan ada.

"Kegarisan, sedia, mula!," laung Syuen Huey kuat dari tepi padang.

Bersungguh Diya lari. Ada pesaingkan. Lastly, seperti biasa, menang lah. Anyway, raptai je kot. Tak ada kisah sangat. Selepas menhabiskan larian, Diya berlari anak menuju semula ke bawah pohon angsana. Dari jauh mata Diya telah menyapa Cik Hani dan Izzat berbual mesra.

"Eh perempuan tua tak sedar diri ni. Kau menggatal dengan suami aku," Diaya berkata seorang diri lalu menghampiri Izzat dan Hani.

Diya terus mengambil tempay di sisi Diya. Botol air yang dipegang Izzat dirampas dan meneguknya hingga kosong. Terkejut riak muka Hani.

"Kan aku dah kata bawa air sendiri," Izzat merungut lalu memberikan tisu muka dan mist kepada Diya.

"Dah habis," balas Diya lalu mengelap mukanya dengan tisu muka dan menyembur sedikit mist. Segar.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now