Bab 33: Just my manager

9.8K 421 26
                                    

Entah apa yang dibebelkan Encik Fazil pun tak tahu lah. Malas nak ambil pusing. Tak habis-habis dengan jaga kesihatannya.

Terasa saku baju kurungnya bergetar. Mesej ke? Whatsapp?

Ct Nur: Salam! Hehe..sorry tak balas. Der, aku tak datang sekolah sampai esok. Bagi tahu Cik Hani tau. Urgent lah...

Diya: wasalam. Hish kau ni! Baru sekarang nak balas? Ergh...kay yah...jumpa rabu.

"Nur Adiya!!!" Jerit Izzat dari barisan guru lelaki. Hampir terpelanting iphone 6 Diya. Bingit satu dewan dengan jeritannya.

Izzat terus berjalan menuju ke arah Diya dengan muka bengisnya. Diya cepat-cepat bangun dari duduknya. Iphone 6nya disimpan semula ke dalam saku baju kurung.

"Kau fikir ini sekolah bapak kau? In my office, now!" Tengking Izzat kuat. Kental Diya. Hati mesti sado.

"Cikgu, I'm so sorry. Please, jangan malukan saya depan semua orang," rayu Diya. Terasa senak pula tahan air mata lama-lama.

"My office!" Jerit Izzat kuat lalu menyambar lengan Diya kuat. Dah macam tontonan awam pula.

"Cikgu ni kenapa?!" Tengking Diya. Ayok, tinggikan suara dengan suami tu dosa. Ingat. Tanam dalam akal.

"Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa? Mentang-mentang selama ni aku banyak back up kau, kau boleh pijak kepala aku? Huh?!" Tanya Izzat kuat. Dah macam pertandingan sapa jerit paling kuat pula.

"Kalau cikgu rasa nak argue dengan saya, dalam office cikgu," kata Diya dengan perlahan. Takut juga Izzat terlepas kata. Habis status mereka kantoi.

"Kau yang cabar aku gaduh dekat sinikan, asal tak habiskan?" Tanya Izzat sinis.

"Saya kata dalam office cikgu!! Cikgu pekak ke apa?!" Tengking Diya kuat.

Tanpa boleh dikawal tangan Izzat terus dihayun ke arah pipi Diya dan......

~\\\~

Selepas sahaja melepasi imigresen setengah jam yang lepas, kini Alif memberhentikan Mercedes Cla 250 miliknya dihadapan sebuah station tv terbesar di Singapura.

"Ini ke tempatnya?" Tanya Siti Nur kepada Alif apabila dirinya sedar yang Alif sudah memberhentikan kenderaan yang dipandu.

"Exactly. Come on," jawab Alif dengan tangannya menepuk peha Siti Nur sebelum berlalu keluar dari kereta.

Sesi temuduga telah dijalankan 10 minit yang lalu. Nampaknya, Alif masih lagi jawab dengan tenang walaupun kekadang soalan HOTS atau KBAT dikeluarkan dari pengacara.

"Who is the girl that came with you just now? Your manager or your lover? I asked this since I'm a bit supsicious because she really cared all things that related to you," tanya pengacara yang namanya Kantri. Ini mesti pengacaranya nampak adegan suami isteri bermesra sebentar tadi.

"Alif, makan lah sikit. Tadi kau makan oat je. Penaja ada sediakan french frise ni," kata Siti Nur pada Alif yang sibuk bermesej dengan entah siapa.

"Kau makan lah. Jangan lah ganggu aku. Aku nak merehatkan diri sebelum interview ni," Alif seperti menghalau Siti Nur.

Tiba-tiba ada sebatang french fries di hadapan matanya. Nampak berselera pula. Apa lagi ngap lah.

"Sibuk jual mahal makan juga. Sedapkan bila isi perut tengah kosong tu," kata Siti Nur lalu menyuap lagi beberapa batang frech fries ke dalam mulut Alif sehingga tangannya tanpa sengaja tersasar dan tercomot lah tepi bibir Alif dengan sos.

"Hish, dah lah. Aku dah kenyang ni," kata Alif selesai sahaja Siti Nur mengelap tepi bibir Alif.

"Tak nak sudah," Siti Nur mengambil sebatang french frise dan digigitkan pada hujung apabila HTC Onenya berbunyi menandakan mesej masuk.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now