Bab 24: A kiss

10.3K 437 3
                                    


Diya menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintu kaca tinted pejabat Izzat. Okey, tak ada jawapan. Kita ketuk kali kedua. Hurm, ni namanya suruh redah. Ke, dia tak ada dekat dalam. Redah je lah. Perlahan-lahan Diya membuka pintu itu lalu menjengah ke dalam dahulu. Karang dia jerit, tak sempat nak lari. Orangnya tak ada. Baru sebelah kaki nak langkah masuk, dah bau dah Bleu de Chanel. Terhenti langkah Diya. Izzat di belakangnya pula sengaja memajukan langkah hingga tubuh mereka berlaga. Ini namanya nak bagi warga sekolah nampak.

"Cikgu, jauh sikit," arah Diya kepada Izzat yang betul-betul berada di belakangnya.

"Kenapa? Kalau dekat macam ni tak boleh nak teruskan langkah?" Izzat sinis bertanya sebelum menolak pintu pejabatnya semakin luas membuatkan Diya yang memegang tombol pintu itu hampir jatuh. Kalau tak di sebabkan tangan Izzat yang memaut pinggangnya, memang cium lantai lah jawabnya. Izzat apa lagi, terus ditariknya Diya masuk ke dalam.

"Cikgu ni kenapa?" Tanya Diya tidak berpuas hati dengan perangai Izzat hari ini.

"Tak ada apa-apa," jawab Izzat acuh tak acuh.

"Saya nak tuntut phone," Diya memberitahu tujuannya ke pejabat Izzat.

"Kau ingat senang macam tu je lah aku nak bagi," Izzat dah mula dengan perangai kerek minta kaki.

"Alah, cepatlah bagi," bentak Diya. Ini sangat mencabar kesabaran.

"Boleh. A kiss," Izzat tersenyum gatal. Izzat memang gatal pun.

"Gila ke apa....," Memang gila. Belum sempat Diya menghabiskan ayatnya, Izzat sudah memaut pinggang Diya rapat dengannya. Tangan sebelah lagi diletakkan pada tengkuk Diya. Get ready to have a passionate kiss, lovely student.

~///~

"Eh, Diya. Yang kau masuk kelas dengan muka tapai tu kenapa?" tanya Alif pelik kerana iphone 6nya berada dalam genggaman. Apa lagi yang membuatkan Diya bermasam muka?

"Sir Izzat tu. Ergh!" Diya mengadu dengan tangan dikepalkan. Geramnya!

"Kenapa?" tanya Alif lagi.

"Dia..err. Dia cium aku," akhirnya Diya bagi tahu jua.

"Kau ni, dia suami kau. Apa salahnya?" Alif berkata lalu menggeleng perlahan sebelum menyambung latihan chemistry.

"Tapi, secara tiba-tiba tau. Mana aku nak letak muka aku yang dah macam cili merah dekat dia tu. Selalunya aku akan menyediakan diri. Tapi dia ni, sesedap Abang Hat je," Diya membebel pendek.

"Dah biasa cium lah ni," Alif mengusik.

"Hish kau ni. Diam lah!" Marah Diya. Mukanya disembamkan ke atas lengan.

"Diya ada?" Tanya Izzat yang menjenguk kelas 5sc1 ketika dia lalu di hadapannya.

Diya mengangkat kepalanya. Anak matanya menikam anak mata Izzat. Izzat hanya tersengih nakal. Apa lagi dia nak ni. Kalau nak benda mengarut macam tadi, aku terajang kau sampai gol.

"Terima kasih tau," ucap Izzat lalu kembali berjalan ke kelas sebelah.

Alif mengeluarkan kipas tangannya lalu mengipaskan wajah Diya yang sudah berasap. Kejap lagi meletup lah tu.

"3,2,1," Izzat dan Alif mengira serentak. kuat jodoh dia orang eh. Gay boy.

"Izzat!" bergegar satu block dengan jeritan dia tu. Nasib tak runtuh. Izzat hanya tersengih di kelas sebelah. Marah sangat tu.

~///~

Ini lah rutin bila hari sukan dah nak dekat. Semua rumah sukan sibuk membuat latihan dengan guru bimbingan. Kawat lah, cheerleader lah, lari lah. Diya terasa malas ingin membuat latihan untuk hari ini. Dia hanya duduk melepak bersama Siti Nur di bawah pohon angsana. Izzat belum datang lagi. Jadi tak apa kot ponteng sekejap.

"Weyh, kenapa jawab macam tu semalam? Kecil hati Alif tau tak," Diya membuka cerita tentang kejadian semalam yang menyayat hati Alif.

"Biar lah. Dah terang-terang aku tak suka dia dari form 1 dulu lagi. Dah lah lembut. Euw, sotong lah," Siti Nur masih lagi tidak menganggap Alif sebagai lelaki.

"Dia kan dah berubah sekarang. Kau tau tak, dia dah banyak kumpul peminat dalam masa beberapa jam sahaja," Diya pula masih lagi mengagunggkan yang Alif itu bukan nyah.

"Ada aku kisah. Mampus sama dia lah. Aku akan anggap dia nyah sampai mati lah," Siti Nur masih lagi dengan menganggap ALif sebagai pondan lagi.

Terkejut Diya apabila mendongak sikit kepalanya, matanya terus menyapa wajah keruh Alif yang berdiri di belakang Siti Nur. Wajah yang pasrah.

"Kau kenapa buat muka beruk macam tu?" Tanya Siti Nur apabila melihat perubahan riak wajah Diya.

"Macam tu sekali ke kau benci aku?" Alif bersuara dengan suara serak basahnya. Ouh, peti ais!

Siti Nur terus sahaja menoleh kebelakang. Kedua biji mata Siti Nur menyapa wajah redup Alif. Serba salah melanda! Eh, tak boleh. Kita kena tunjuk ego seorang perempuan.

"Memang aku benci kau sangat. Aku kalau boleh, tak nak satu sekolah dengan kau lah," kata Siti Nur lalu meninggalkan Alif dan Diya di bawah pohon angsana tersebut.

Izzat yang tak jauh dari situ terus berjalan dengan lebih laju apabila melihat drama di bawah pokok itu. Izzat datang dan duduk di sisi Diya. Alif pula hanya berdiri setempat dan tidak bergerak.

"Kenapa?" Izzat bertanya pada Diya apa yang telah berlaku ketika ketiadaannya. Diyamenceritakan dengan membisik di telinga Izzat.

"Dia datang bulan kut," Izzat membuat andaiannya.

Alif memandang wajah Izzat sesaat sebelum berlalu pergi. Izzat dan Diya hanya mengangkat bahu. Masalah percintaan remaja sekolah.

"Biasa lah tu, cinta budak sekolah. Complicated," Izzat membuat teori.

"Habis, cinta kita? Tak cukup complicated ke?" Tanya Diya kerana di dapat merasakan yang cinta mereka lagi complicated.

"Kita cinta sampai ke jannah," Izzat dah mula keluar taring romantiknya.

"Puih lah." Diya bangun dan membuat pemanasan badan.

'That's the thing about girls. Every time they do something pretty, even if they're not much to look at. or even they're sort of stupid, you fall in love with them and then you never know where the hell you are. Girls. They can drive you crazy. They really can.' -J.D. Salinger-

Kejap!!! Haip! sis ada buat citer baru. Tajuk dia... 'D' Wedding Planner'

Sinopsis:

Fikir semua Wedding Planner ni dapat kecapi impian majlis perkahwinan tersendiri?Iris Adelia seorang wedding planner tetapi terjunam dalam hari perkahwinan tidak dijangkanya. Musnah impiannya untuk mempunyai perkahwinan bertemakan tradisi dan moden. Malah dapat pula perkahwinan bertemakan keseluruhan barat ! Ini memang gila. Lagi mengeruhkan hidupnya, dia berkahwin dengan client sendiri! What da fxxx!

"Iris Adelia, customers always right" - Aryan Nawfal

"Ini bukan masanya nak guna phrase tu" - Iris Adelia

Botak Iris memikirkan cara untuk menang debat yang dilancarkan oleh Aryan. Dapatkah Iris merawat rambutnya semula di Yu Nam Hair Care atau Iris akan kekal botak untuk selamanya.

baca!


Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now