Bab 38 : Misi hampir selesai

9.6K 396 24
                                    

Diya baru keluar dari tandas dan mengeringkan rambutnya. Dia merenung laut yang berombak halus dari sliding door yang tinted itu. Terasa nyaman. Hazim yang sedang lena tidur dipandang sekilas. Biarlah bayi itu lena. Tiba-tiba matanya tertangkap seorang lelaki bertubuh sederhana memakai kemeja hitam dan juga jeans hitam bersama sunglasses meninjau-ninjau kawasan resort. Diya cuak. Nasib juga sliding door tinted habis. Diya terus mencapai tudungnya. Dia perlahan-lahan mengikut jejak lelaki serba hitam itu. Sampailah satu tahap dia berjumpa dengan dua orang manusia yang sangat dikenalinya. Dengan tangan yang menggeletar, dia mengambil beberapa gambar. Terus sahaja Diya balik ke resort dan menyendiri.

Pintu bilik terkuak membuatkan Diya kalut melihat siapa yang membuka. Keluhan lega terlepas dari bibirnya. Izzat rupanya. Izzat yang perasan akan keluhan dari tubir bibir isterinya terus mendapatkan isterinya yang ralit merenung skrin telefon pintarnya. Dah kenapa?

"Kenapa ni? Kau dah kenapa tenung phone tu lama-lama?" Tanya Izzat pelik dengan sikap isterinya.

"Nah," jawab Diya sepatah lalu menghulurkan Izzat telefon pintarnya. Seperti Diya, Izzat sangat terkejut. Misi hampir selesai.

~///~

Siti Nur meletakkan jari telunjuknya di bibir Alif. Alif terkebil-kebil. Pertama kali Siti Nur tolak ciumannya. Siti Nur tersengih apabila melihata muka Alif yang sudah berkerut.

"Asal?" Tanya Alif tak berpuas hati.

"Hehe, lain hari lah. Awak pergi pakai baju cepat. Perut saya dah kriuk-kriuk dari tadi," kata Siti Nur lalu Alif melepaskan Siti Nur dengan muka masamnya. Betul juga dah masuk makan malam.

Dengan pantas Siti Nur mengangkat kotak yang mempunyai barang-barang Alif keluar dari bilik persalinan. Dia terus menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu Alif yang pakai baju mengalahkan perempuan itu, Siti Nur terus mengeluarkan telefon bimbitnya apabila ada mesej masuk. Jelas riak terkejut terbias di mukanya. Diya menghantar imej dua orang yang dia kenal. Adakah selama ini dua orang itu yang mengintip Diya? 

Alif yang baru sahaja terus merampas telefon pintar isterinya apabila mendapati isyterinya tidak lekang dari merenung skrin telefon pintar itu. Dan dia juga begitu terkejut. Dia kenal keduanya. Tapi, mengapa?

"Tak sangka kan?" Tanya Siti Nur.

"Gunting dalam lipatan. Dah lah, tak payah menyibuk hal rumah tangga orang. Kita punya sendirimasih kucar kacir," kata Alif malas ingin ambil tahu hal rumah tangga kawan baiknya. Tak baik jaga tepi kain orang.

"Kucar kacir? Bukan dah selesai ke hal kita ni?" Tanya Siti Nur pelik. Tak kan tak habis lagi.

"Tak selesai selagi aku tak dapat kau," kata Alif lalu mengenyitkan matanya pada Siti Nur. Siti Nur hanya menelan air liur.

~///~

Hampeh punya suami. Ingat nak ajak aku pergi makan kat luar. Rupanya suruh aku masak kat rumah je. Masak je lah. Nanti kata melawan pula. Jadi, orang dulu-dulu kata nak ikat suami perlulah ikut perutnya dahulu.  Cik Kiah nak masak rendang daging dan kari ayam. Biar si Alif tu gemuk. Tak payah jadi model lagi. Haish, mak cik cemburu lah.

Alif yang dari tadi tersadai di meja makan menunggu Siti Nur menyediakan hidangan selepas solat isyak. Siti Nur hanya menggelengkan kepala. Persis budak-budak. Siti Nur menyediakan lauk dan nasi.

"Erk," kuat Alif sendawa. Serupa badak afrika. Ini ke model yang remaja gilakan? Kalau dia tahu perangai sebenar Alif, cancel nak minat.

"Kalaulah peminat tahu perangai sebenar Alif Jiang yang mereka sanjung ni sendawa macam badak afrika, hilang peminat sejati," kata Siti Nur lalu mengambil pinggan mangkuk menuju ke singki dan membasuhnya.

"Kau,nak lari?" Tanya Alif mengusik.

"Sebabkan saya sayanglah tak lari," balas Siti Nur.

"Sayang, aku rasakan, aku lagi selesa dengan kau aku lah. Go on je lah," kata Alif perlahan. Dari tadi lagi dia nak cakap. Tapi, takut terguris hati isterinya.

"Okey," balas Siti Nur ceria lalu melangkah ke ruang tamu. Alif terdiam sejenak. Senang macam tu je? Baik dari tadi aku cakap. Punyalah berkeras otak aku bkerja buat ayat. Tu je dia jawab.

Alif berjalan menuju ke ruang tamu juga. Dia mengambil tempat di sebelah Siti Nur yang sedang ralit menonton movie. Dia merenung isterinya lama. Sangat cantik Siti Nur yang sekarang selamba memakai baju T lengan pendek dan seluar sweatpants tanpa bertudung. Rambutnya cantik.

"Jangan tenung macam tu. Nanti kau tergoda," kata Siti Nur dengan matanya masih tertancap pada skrin tv.

"Dah tergoda pun," Alif lantas menolak  Siti Nur membaring atas sofa. Siti Nur sudah menahan dada Alif yang semakin rapat dengannya. Alif dah mula menggatal!

"Please, sayang," rayu Alif mengada. Siti Nur pasrah. Alif tersenyum gatal.

~///~

Siti Nur terjaga dari lenanya. Dia menoleh ke arah Alif yang masih lena. Iphone6s milik Alif dicapai. Baru pukul 4:30. Mengada punya Alif. Tak pasal-pasal nanti aku mengandung macam mana? Dia ni tak fikir langsung lah. Geramnya! Siti Nur menumbuk tilam katil itu kuat membuatkan Alif terjaga.

"Kenapa ni, sayang?" Tanya Alif apabila ada sesuatu yang mengganggu lenanya.

"Tak ada apa-apa. Nyamuk tadi," bohong Siti Nur.

"Aik, tingkat tujuh pun ada nyamuk? Pelik," kata Alif mamai.

"Entahlah," balas Siti Nur sepatah. Nak tipu pun fail.

"Dah pukul berapa nih?" Tanya Alif.

"4 lebih," Baru sahaja Siti Nur ingin bangun, Alif sudah menariknya dalam pelukan.

"Tidurlah. Awal lagi," kata Alif nakal.

"Aku nak mandi lah," Siti Nur meleraikan pelukan Alif.

"Jangan lupa mandi wajib," usik Alif membuatkan Siti Nur mengetap bibir geram. Dia mengambil bantal yang dijadikan tempat kepalanya mendarat lalu menutup muka Alif.

"Jangan tengok!"

'Marriage is like a phone call in the night ; WAKE UP'      -Evelyn Hendrick-

Gaiz, huhuhuhu~ I pun tak tahu cam mne leh terDELETE! So, ini part baru. I tak ingt yg asl. Papehal, in this holiday, i nak habiskan juga Mr. Artist Ku! Argh, akhirnya!! Excited lak~

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now