1

73 14 34
                                    

Aku hanya mengikuti jejak langkah Amani itu, disebabkan member aku yang seorang ni dah nak kahwin jadi dia pilihnya aku sebagai salah seorang penggapit dia

Aku memang sudi dan suka je nak jadi pengapit dia tapi aku ni malas nak keluar berjalan sebenarnya time baru je balik kerja ni

"Amani, jauh lagi ke butik tu?" Kaki aku bagaikan sudah mula membuat protes disitu, seakan tidak mahu bergerak lagi

"Alaa, sikit je lagi ni kau sabar lah sikit ye nanti aku bagi lah upah" pujuk Amani

"Cehh, baik juga kau rupanya nak bagi aku upah ni tapi berapa je?" Aku memandang hairan ke arah Amani, dulu kalau bab duit memang Amani ni boleh tahan berkira jugalah

"Siapa cakap aku nak upah duit?"

"Aku"

"Haishhh" terdengar keluhan berat oleh Amani, terus langkahnya terhenti

"Sis, jangan risau aku akan belanja kau makan free minum free minyak kereta aku free" Amani memegang kedua-dua belah bahu aku dan menggoncang nya perlahan

"Yelah, jom pergi butik pengantin kau tu"

Aku menolak badannya ke hadapan, berharap agar cepat sampai ke butik dan boleh lah aku duduk

Tak tahulah sama ada memang aku yang dah tua ke atau memang kaki aku ni tak terbiasa dengan berjalan jauh sebegini

~•~•~•~•~•

"Kita dah sampai dah dekat butiknya" Amani menjerit kecil, teruja betul bakal pengantin kita ni

"Tahulah kawan aku yang seorang ni akan menamatkan zaman daranya dan bakal berkahwin dengan pilot" aku tersenyum sambil memegang bahunya

Tak hairan lah kalau Amani ni boleh berjumpa dengan encik pilot dia tu, kalau dah dia pramugari dekat flight yang sama

Hebat betul aturan Allah tu kan? Penuh dengan plot twist

Amani hanya tersenyum malu di situ, sukalah tu aku cakap pasal kerja bakal husband dia tu

"Dahlah sis, jom masuk dalam takkan kau nak duduk dekat luar je panaslah" Amani menarik tangan aku masuk ke dalam butik tersebut

~~~~~

"Ok, Misha kau tutup mata dulu tau bila aku kira 123 baru kau buka" terang Amani di dalam bilik persalinan baju itu

Aku hanya mengikut sahaja kehendaknya, nanti bila member seorang ni dah kahwin mesti dah takde masa macam ni lagi

Sedih pula rasanya

Sambil menutup mata aku memicit perlahan tumit aku yang terasa sakit dari tadi, dahlah Amani tu parking jauh tak bagitahu orang

Aku dahlah pakai kasut tumit tinggi, kalau dia bagitahu awal-awal dia nak parking jauh memang lah aku pakai kasut sport

Katanya parking jauh biar ada banyak benda nak bual, katanyalah

Aku hanya menunggu sahaja Amani mengira, bila aku boleh buka mata kalau macam ni?

Baik aku tidur terus

"Ok Misha, 1....2....3"

Aku membuka mata perlahan-lahan, biar nampak slow motion sikit baru gempak

Lantas aku menutup mulut apabila sosok tubuh Amani dengan pakaian pengantin nya tertangkap oleh mata aku

"Lawa giler" aku kehilangan kata-kata, ternganga mulut aku dari tadi

"Tutuplah mulut tu, nanti masuk lalat macam mana?" Amani berpusing-pusing dengan gaun pengantin nya itu

"Amani, kau..." Aku kehilangan kata-kata lagi

Our Story (Completed ❤️)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang