16

25 3 6
                                    

Aku menunggu kedatangan Zaquan untuk menjemput aku. Aku pakai jelah baju apa yang aku ada sebab aku pun bangun lambat dari apa yang Zaquan janjikan

Dahlah sibuk suruh datang dekat kenduri Fasha tu, bagi Fasha tu makin panas jadinya

Aku sarapan roti je pagi ni. Tak tahulah sama ada boleh bertahan sampai ke tengah hari atau tak tapi aku harap aku takdelah sampai muntah

Aku bawa plastik jadi aku takkan muntah dalam kereta Zaquan lagi kali ni. Aku dah terlalu malu untuk buat benda yang sama dua kali

"Mana pula Zaquan ni?" Aku menggeluh

Kata suruh awal tapi dia pula yang lambat. Aku ni dah penat menunggu dia

Lantas aku hendak melangkah semula masuk ke dalam rumah. Baik aku tunggu je dalam rumah sambil tu boleh makan sekali

Pin,pin

Aku batalkan niat hendak masuk ke rumah itu. Nasib baiklah dia datang sekarang

"Assalamualaikum Misha!" Jerit Zaquan dari dalam kereta

"Waalaikummussalam!" Jerit aku kembali

Zaquan turun dari keretanya dan berjalan ke arah aku "Sorry Misha, aku terbangun lambat"

"Apa kes pagi-pagi ni?" Pak cik aku mula menampakkan dirinya

Tersenyum Zaquan "Assalamualaikum pak cik" dicium nya tangan Pak cik aku

"Zaquan, kamu tu jaga anak buah pak cik ni baik-baik sikit"

Zaquan mengganguk laju "baik pak cik jangan risau"

"Dahlah pergilah cepat nanti kamu terlambat pula" ditepuknya bahu Zaquan

"Bye pak cik, Assalamualaikum" senyum aku lantas mencium tangan nya

Aku berjalan masuk ke dalam kereta Zaquan. Aku harap hari ni akan menjadi hari aku confess pada dia

~•~•~•~•~•

Mata aku merayau melihat keadaan jalan. Dimanakah keberanian aku tadi? Kata nak confess tapi berbual apa belum lagi

Hanya bunyi radio sahaja yang kedengaran, bunyi lain takde pun

Aku memegang perut aku. Aku dah agak dah yang perut aku confirm lapar sekarang ni

Aku membuka beg aku perlahan. Aku rasa aku ada bawa roti kecil dalam beg aku tadi

"Dah pula... Kau ni kan Misha kalau kau muntah lagi sekali dalam kereta dia ni macam mana?" Aku dah mula menyumpah diri aku dalam hati

"Nah" Zaquan menghulurkan roti kepada aku

Mata masih dekat jalan tapi tangan gerak je ya. Mantap

"Kau mesti dah trauma kan pasal kes aku muntah dalam kereta kau" aku tergelak malu namun aku masih lagi mengambil roti yang dihulurkan itu

"Aku tak risau pasal kereta aku risau pasal kau"

"Alah, sweetnya ayat"

"Apa?" Zaquan tergelak di situ "betul lah aku risaukan kau" gelak Zaquan lagi

Aku hanya menggeleng perlahan sambil memakan roti yang diberikan Zaquan tadi. Mata kembali melilau melihat di luar tingkap

Secara tiba-tiba aku melihat budak-budak secara berkumpulan bermain basikal membuat aku rasa gembira melihatnya

"Budak-budak kan biasalah main-main macam tu untuk gambarkan rasa seronok takpun untuk tenangkan diri ke" Zaquan seakan perasan apa yang aku pandang sedari tadi

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now