42

27 2 11
                                    

Aku merenung lama gelang yang diberi oleh anieq itu. Gusar betul perasaan aku sekarang ni

Aku nak tidur pun dah tak lena. Aku pergi kerja rasa tak tenteram lepastu bila aku balik pun rasa tak tenteram juga

Kenapa anieq tiba-tiba je lamar aku ni? Aku bersyukur sekurangnya-kurangnya ada orang suka aku

Tapi confirm lah aku terkejut, dahlah aku still sedih pasal Zaquan

Kotak merah berisi gelang yang diberi oleh anieq itu aku letakkan di atas katil. Diri aku ni pula sedari tadi berjalan ke hulur-hilir

Aku bersedih hari Rabu lepastu hari Khamis anieq confess lepastu sekarang ni aku kena fikir nak bagi jawapan ke tidak

Dan esok aku kena pergi kenduri Azwani dengan Haslam

Sebetulnya anieq takdelah tetapkan had waktu untuk aku bagi jawapan tapi kalau boleh aku tak naklah biarkan anieq terlalu tertunggu-tunggu

Sebab aku faham perasaan tu. Aku rasa tak senang duduk anieq mestilah rasa perkara yang sama dengan aku

Aku cuba fikir balik semua benda yang ada kaitan dengan anieq pasal life aku

Anieq tu pun elok je. Dia bukannya pernah mencuri ke memperkosa ke membunuh ke. Lagipun perangai dia elok je dengan aku

Boleh dikatakan anieq tu aku dia ok sahaja. Tapi bukan itu masalahnya, aku takut kalau aku terima pinangan ni

Aku tak boleh cintakan dia, kan dah jadi hal lain tu

"Tok, tok"

Aku berhenti berjalan. Dah nak dekat sejam dah aku berjalan kehulur-kehilir ni dalam bilik

"Iye?" Aku menjawab dari dalam bilik

"Pak cik masuk boleh?"

Lantas aku menyimpan kotak merah itu di dalam laci yang berada bersebelahan dengan katil aku

"Masuklah" aku membetulkan diri aku dan duduk di atas katil

"Misha" pak cik tersenyum dan duduk di atas katil aku juga. Berhadapan dengan aku

"Kenapa nampak macam tak tenteram je ni? Misha ok tak ni?"

Aku mengganguk perlahan. Boleh tak kalau aku bagitahu benda ni dekat pak cik?

Yelah, pak cik aku kan lelaki. Anieq tu pun lelaki. Jadi kalau aku cerita benda ni mesti pak cik dapat bagi aku cadangan ke kan

Lagipun lelaki mesti mengetahui isi hati lelaki. Kan,kan?

"Pak cik, Misha ada benda nak cerita ni" aku menggeluh perlahan dan mula bangun

Kotak merah yang aku simpan di dalam laci itu aku ambil dan berikannya kepada pak cik

"Apa ni? Kenapa tiba-tiba je ni?" Pak cik memandang aku dengan riak wajah yang pelik

Aku duduk di sebelah pak cik dan menarik nafas dalam-dalam. Cerita ni agak panjang jadi aku harap pak cik aku dapat bersabar

~•~•~•~•~•

"Pak cik rasa elok kamu terima sahaja lamaran anieq tu"

Aku tak mampu menahan reaksi dari membeliakkan mata aku. Seriuslah macam tu sahaja

"Tapi macam mana kalau dah kahwin pun Misha masih tak cintakan dia?'

Pak cik aku menggeleng perlahan "sebuah perhubungan ni sebenarnya bergantung pada lelaki"

"Kamu tak cintakan anieq tapi anieq cintakan kamu, jadi mesti layanan dia akan baik pada kamu Misha, sebab dia cintakan kamu walaupun kamu tak cintakan dia tapi lama-lama hati kamu akan luluh juga"

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now