44

26 2 30
                                    

Aku memandang lama warung yang aku selalu pergi sewaktu aku bersekolah dahulu

Tempat yang aku selalu lepak juga dengan Amani dan Zaquan.

Baru sahaja semalam Zaquan selamat dikebumikan. Dan hari ni entah kenapa hati aku terdetik untuk datang ke warung ni

Tudung hitam yang aku pakai lantas aku betulkan dan masuk ke dalam warung tersebut

"Eh, Misha" abang kedai itu sudah tersenyum-senyum apabila menyedari kedatangan Misha

Lantas abang kedai itu berjalan ke arah aku. Disebabkan aku dah terbiasa lepak sini dulu jadi abang kedai itu memang dah kenal sangat aku

"Abang Zamri" aku tersenyum

"Bila sampai? Kenapa berdiri je dekat sini? Meh sini duduk meh" dipimpin nya aku dan menarik kerusi terdekat yang berada di situ

Lantas aku duduk. Berbanding dengan layanan mesra yang aku dapat, aku tak tahulah macam mana nak bagitahu abang Zamri ni

Yang Zaquan dah tiada lagi

"Misha nak minum apa? Makan?" Abang Zamri mengeluarkan buku kecil itu dan pen dari apron

Aku terdiam. Aku tak berapa lapar sebenarnya tapi kalau air mungkin boleh masuk kot

"Takpelah" abang Zamri menutup buku kecilnya itu dan memasukkannya semula ke dalam apron

"Misha mesti nak yang macam biasa kan? Jangan risau abang buat sedap punya, free je"

Aku belum nak cakap apa-apa, abang Zamri dah gerak dulu

"Ya Allah, macam mana aku nak cakap ni" aku berbisik perlahan, abang Zamri dengan zaquan ni dahlah rapat

~•~•~•~•~•

"Here, makanan yang Misha selalu order. Mee goreng mamak dan nescafe ais"

Abang Zamri meletakkan sepinggan mee goreng dan segelas air di hadapan mata aku

"Terima kasih"

"Sama-sama Misha" senyumnya

"Abang duduklah dulu" aku menunjuk ke arah kerusi yang berada di hadapan aku ini

Lantas abang Zamri duduk di hadapan aku. Aku menghela nafas perlahan

Aku merenung lama mee goreng mamak itu. Ya Allah, macam mana nak bagitahu ni

"Kenapa Misha? Nampak macam tak senang duduk je?" Abang Zamri menegur

"Abang" aku memanggilnya perlahan

"Kenapa? Tak sedap ke mee tu?"

Aku menggeleng perlahan "sedap, sedap sangat sama macam dulu" mata aku mula berkaca

"Haa kan, abang dah agak dah" senyum abang Zamri

"Zaquan dah takde"

Abang Zamri terdiam dan terus memandang aku. Air matanya mula bergenang

"Zaquan dia..." Terhenti kata-kata abang Zamri

"Dia dah dikebumikan dengan selamat belum?"

Aku mengganguk, "semalam dia dah selamat dikebumikan, maaf abang Misha minta maaf sebab lambat bagitahu abang pasal berita ni lagipun time tu Misha memang tak ingat benda lain dah" aku betul-betul memohon maaf kepada abang Zamri

Rasa serba salah mula menebal di dalam hati

"Tak apa Misha" abang Zamri menggelap air matanya sambil tersenyum memandang aku

"Lagipun memang sepatutnya dalam Islam mayat kena diuruskan dengan segera"

Aku mengganguk, nasib baiklah abang Zamri faham.

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now