40

18 2 17
                                    

Dah tiga hari dah semenjak kes tu jadi. Aku tak cari dia dan dia tak cari aku

Mungkin dia tengah sibuk bercinta dengan siapa entah nama girlfriend dia tu. Aku tak nak ingat

Kalau boleh aku tak nak ingat langsung

Aku memandang sekeliling. Memanglah itu sahajalah kerja aku semenjak dua menjak ni

Yusoff pula tengah sibuk bercinta, yelah aku kena jauhkan diri sikit lagipun ni first time aku dengar kisah cinta dia menjadi

Sekurang-kurangnya menjadi kalau aku ni, nak confess pun tak lepas lagi

"Tuk, Tuk" aku menghadap ke hadapan

Siapa pula ketuk meja aku ni? Lama-lama roboh juga meja aku ni nanti

"Ye Az?" senyum aku

"Nak bagi kad kahwin ni" tersenyum-senyum Azwani menghulurkan kad kahwin nya itu

Akhirnya, dah nak kahwin pun member aku yang seorang ini. Setelah berabad aku tunggu

"Cehh tahniah" aku membelek kad kahwin nya itu

"Lagi 3 hari eh, kau nak kahwin" aku tersenyum

Tak sabar aku nak tengok kawan aku ni kahwin, mesti lawa nanti pelamin nya

Maklumlah Azwani ni dia aesthetic sikit, jadi mungkin pelamin dia ikut aesthetic sekali

"Nanti kau bagi sekali dekat Zaquan tau"

Baru aku perasan ada lebihan kad kahwin rupanya. Azwani nak suruh aku jadi tukang pas lah ni

Aku menggeluh, member tak tahu apa-apa jadi tak boleh nak komen yang bukan-bukan

"Aku rasa kalau untuk Zaquan better kau bagi sendiri kot" aku memberikan semula lebihan kad itu kepada Azwani

"Hmm, oklah" azwani mengganguk kecil tanpa bertanya apa-apa

Nasiblah dia tak tanya motif aku buat macam ni. Kalau tak mahunya aku meraung kat sini juga

"Tapi kau jangan lupa datang tau" Azwani tersenyum cerita

Aku hanya mengganguk

"Tau!" Dijerit lagi dari luar bilik

"Iye!" Jerit aku kembali, hyper betul budak ni

Oh yelah, dia kan dah nak kahwin tu yang hyper semacam tu. Member tengah bahagia

~•~•~•~•~•

Aku memandang sekeliling pantai itu. Balik sahaja dari kerja aku tak rasa nak balik rumah terus

Jadi aku singgahlah sekejap di pantai ini, walaupun sebenarnya banyak kenangan aku dengan Zaquan dekat pantai ni

Pantai ni adalah tempat pertama yang dia bawa aku masa aku mula-mula pindah dekat kampung ni dulu

Dan tempat ni jugalah tempat terakhir aku dan dia bertemu masa form 5. Di dalam pondok yang aku duduk ini juga

Sakit sebenarnya bila memori mula datang menjelma tapi aku cuma mampu hadam sahajalah semua bait memori aku dan Zaquan

Sebenarnya kenangan tulah yang bagus. Kita sedar yang semua benda tu adalah kenangan sahaja

Dan sedar yang perkara tersebut tidak akan dapat berulang kembali...

THROWBACK:

"Zaquan!" panggil aku, mamat ni pekak ke apa tak dengar aku panggil dari tadi

Aku mengayuh basikal laju agar dapat berbasikal di sebelahnya

"Iya?" Zaquan juga turut memperlahankan kayuhan, mungkin bagi peluang untuk aku bersebelahan dengan nya

Our Story (Completed ❤️)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang