3

36 9 44
                                    

"Assalamualaikum" aku menolak perlahan pintu rumah, nampak keadaan macam sunyi sahaja

"Waalaikummussalam, where have you been Misha?" Secara tiba-tiba Pak cik aku muncul sahaja dari belakang pintu

Terlompat aku ke depan jadinya, dalam banyak-banyak tempat dekat dalam rumah ni kenapa belakang pintu juga yang dipilihnya

Aku menggurut perlahan dada aku, kurang asam keping betul pak cik aku ni

"Tadi Misha balik kerja macam biasa lepastu Amani ajak pergi butik untuk tengok gaun pengantin lepastu disebabkan Amani tak dapat hantar Misha balik jadi Amani minta tolong Zaquan untuk hantarkan Misha balik"

Aku cuba untuk memendekkan jalan cerita yang aku hadapi hari ini

"Zaquan!" Secara mengejut pak cik aku menjerit

"Yelah Zaquan, pak cik macam baru kenal pula dengan dia" aku memandang pelik ke arah Pak cik aku

"Dah lama tak nampak budak tu, where did you see him?" Pak cik mula menggeluarkan teropong dan meneropong di luar tingkap

Apa ke patut

"Misha pun baru je hari ni nampak dia" aku memegang perut aku perlahan, rasa tak selesa tu masih lagi ada

"Mak cik mana?" Aku cuba menggubah topik, haraplah perut ni rasa tak selesa sekejap sahaja

"Mak cik kau pergi rumah jiran, gotong-royong untuk kenduri esok"

"Pak cik tak pergi ke? Kesian mak cik berseorangan je dekat sana" pelik aku, selalunya pak cik dengan mak cik aku ni sweet bukan main lagi

Sampai aku pun kadang-kadang naik geli melihat kemesraan diorang

"Pak cik baru je balik kerja, sampai hati Misha menghalau pak cik ya?" Pak cik aku meletakkan tangan di dadanya, dramatik betul

"Emm, pak cik" aku mula menekan perut aku

"Kenapa Misha, why you touch-touch perut ni nak berak ke?" Pak cik aku datang mendekat ke arah aku

"Kita ada ubat gastrik lebih tak sebab Misha punya ubat dah habis"

"Dah habis" terbeliak biji mata pak cik aku

"This is dangerous, apa kata Misha pergi masuk bilik dulu mandi dulu ke apa ke nanti pak cik bagi ubatnya"

Aku mengganguk, nasib pak cik aku ni lawak-lawak pun masih boleh diharap

"Hati-hati Misha, jangan mati pula" gurau pak cik aku

"Pak cik" rengek aku, boleh pula dicakap macam tu

Gastrik je kot

~•~•~•~•

Rambut aku yang masih lagi basah aku lap menggunakan tuala, ni lah jadinya bila hair dryer rosak

Guna cara tradisional jelah untuk keringkan rambut ni, habis basah bahagian leher baju sebab rambut aku masih menitik air

"Mika!" Panggil aku ceria, lantas aku membuka sangkar kucing itu

Dah lama aku teringin nak bela kucing, setelah 2 tahun memujuk mak cik aku akhirnya aku boleh lah juga merasa membela kucing ni tapi dekat dalam bilik aku jelah

"Mika, macam mana kandungan hari ni sihat?" Kucing aku yang berwarna hitam putih itu aku panggil dengan panggilan mika

Dia dah bunting dah, aku tak perasan dia start bunting bila tapi yang pasti bila tengok perut apa semua nampak macam bakal dapat cucu je aku ni

"Miaw" terus aku melihat di atas meja

"Turun oyen" arah aku, dia ni suami kepada mika dan dialah juga ayah kepada anak-anak mika ni nanti

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now