17

22 3 5
                                    

Aku hanya termenung melihat kawasan sungai itu. Joran yang aku pasang dari tadi baru seekor je ikan yang kena

"Haishh" aku menggeluh. Masih lagi agak terasa dengan perbuatan Zaquan kepada aku

Tak pasal-pasal balik tu aku dengan anieq. Kitaorang dahlah sejak zaman remaja tak rapat sangat lepastu bila dah besar ni mestilah takde apa yang mak dibualkan sangat pun

Tapi nasiblah anieq tu pandai bawa diri sendiri. Dialah yang bagi topik apa yang nak dibualkan aku pula tukang sambung macam tu jelah

Tapi aku serius ni. Kenapa Zaquan buat aku macam tu? Aku tak tahulah sama ada kalau orang lain tahu cerita aku ni diorang akan cakap macam mana

Sama ada aku ni yang cepat terasa ke atau aku ni yang manja sangat ke. Aku tak tahulah tapi yang pasti sekarang ni aku terasa

Nasib boleh memancing, sekurang-kurangnya kalau dapat ikan nanti boleh bagi mak cik aku

Aku yang sedang ralit memegang joran sambil termenung itu mula merasakan joran aku semakin berat

Lantas aku mula untuk menariknya, rasa macam berat je ni mesti ikan besar ni

"Dah nampak" aku terasa bagaikan mahu menjerit, ikan tu nampak macam besar lepastu hitam

Tapi makin aku tarik makin aku rasa makin menyampah pula

"Siapa punya boxer pula ni?" Aku menggeluh panjang, macam mana boleh ada boxer dekat sungai ni?

Orang lelaki ni kalau mandi memang tak reti jaga barang betul-betul ke macam mana? Boxer sana sini

Aku mula memasangkan semula umpan kepada joran dan mula membalingnya kembali ke dalam sungai

"Apalah nasib" aku menggeluh lagi. Aku mula menongkatkan dagu tanda malas dan bosan

"Nak memancing mana boleh dalam mood macam tu"

Terus aku memandang ke belakang. Macam tahu je dari tadi aku tengah sebut-sebut nama dia terus muncul

"Hmm" balas aku acuh tak acuh kepada Zaquan. Malas rasanya nak melayan dia

"Wah, dah ada seekor dah yang kau dapat tahniah wei" senyum Zaquan sambil melihat lama ikan yang aku dapat itu

"Hmm" balas aku lagi

"Eh jap, tapi tu boxer siapa? Kenapa ada dekat sebelah kau tu?" Zaquan mula berjalan ke arah sebelah kanan aku pula tempat boxer tersebut berada

Zaquan menyepak sedikit boxer tersebut. Mungkin betul-betul nak memastikan yang tu boxer

"Entah" jawab aku lagi. Aku tahu mungkin baru orang lain aku ni macam lebih-lebih sangat dalam bagi reaksi

Tapi dah aku terasa nak buat macam mana kan?

"Oklah, kau kenapa ni?" Zaquan mula memegang joran aku. Berharap agar aku menoleh memandangnya

"Entahlah tak tahu" aku menarik joran aku dari tangan nya dan mengambil baldi aku

Bersiap mahu bergerak pergi

Namun Zaquan lantas memintas aku terlebih dahulu dan menghalang aku dari terus melangkah

"Janganlah macam ni Misha, kau bagitahulah aku apa yang aku buat salah barulah aku boleh betulkan" rayu Zaquan

Aku menurunkan joran dan baldi yang aku pegang. Rasa berat pula baldi ni kalau pegang lama-lama macam tu

"Aku dah lama perasan, kenapa kau suka shipkan aku dengan si anieq tu?" Tanya aku, dah lama aku perasan benda ni sebenarnya

"Maksud kau?"

Aku menggeluh lemah sekarang ni dah jadi tugas aku dah untuk terangkan balik satu persatu kejadian yang berlaku

"Yelah, masa aku cakap dengan kau aku jumpa balik dengan anieq kau suruh aku bagi nombor phone aku dekat dia lepastu bila kau nampak anieq dekat kenduri semalam tu kau macam nak suruh aku dengan anieq tu je. Aku tak selesa lah dengan cara kau" komen aku

"Lepastu kalau ada lelaki lain nak cakap dengan aku ke apa ke kau macam tak bagi apa semua tapi kalau anieq yang nak cakap dengan aku bukan main laju lagi kau. Apa sebenarnya niat kau ni?"

Zaquan mula mengganguk perlahan, tanda faham dengan motif dan sebab aku marah

"Kenapa pun kalau aku shipkan kau dengan anieq?"

Terkejut aku mendengar kata-kata dari Zaquan itu. Dia ni macam tak faham je kenapa aku marah dan kenapa aku tak selesa

"Sebabnya aku tak suka kau shipkan aku dengan orang yang aku tak suka, bila kau nampak anieq kau macam nak lupakan aku je kau macam nak suruh anieq tu dengan aku je kau macam buang aku" aku mengadu kepadanya

Zaquan pula yang terdiam disitu, dia menarik nafas panjang

"Oklah Misha, jadi kau suka siapa?"

Terdiam aku. Air mata bagaikan terasa betul-betul di kelopak mata

Aku nak bagitahu dia yang aku sukakan dia bukannya anieq tu, tapi aku terasa dengan dia

"Dahlah Zaquan aku malas lah" marah aku, aku mengambil semula baldi dan joran aku sebelum melangkah pergi meninggalkan Zaquan yang termangu-mangu disitu

~•~•~•~•~•

Aku menangis. Tapi kenapa pula aku nak kena menangis? Aku terasa..

Aku rasa perkataan 'terasa' tu satu ayat yang tepat untuk gambarkan perasaan aku pada masa kini

"~Kenapa pun kalau aku shipkan kau dengan anieq~"

Kata Zaquan semakin berputar di kepala aku. Apa hak dia nak ship aku dengan orang lain? Kenapa dia sibuk sangat shipkan aku dengan anieq sedangkan orang lain tidak

Anieq dengan aku cuma kawan je. Anieq pun biasa sahaja dengan aku ni

Namun aku tak boleh membenci Zaquan walaupun aku terasa. Entah kenapa aku tak boleh benci dia

Walaupun aku tak tahu apa niat dia sebenarnya nak shipkan aku dengan anieq ni?

Aku mula menarik nafas panjang lantas turun dari katil aku. Brownies yang berada di dalam sangkar aku ambil

Seronok rasanya menangis dapat pegang anak kucing ni lagipun time ni lah dia kena kenal bau aku kalau tak nanti dia ingat aku ni stranger pula

Betapa hebatnya perasaan cinta ni, walaupun macam mana pun aku tak boleh benci dia ataupun rasa benda-benda negatif dekat dia

Namun secara sedar tak sedar aku mula tertidur dengan brownies yang berada di sebelah aku, oyen pula tidur di atas dada aku

Patutnya anak dia yang tidur atas dada aku, tapi kali ni terbalik pula. Dasar ayah yang tak sedar dah ada anak

Stay tuned tau ❤️💌

Terima kasih sebab baca vote dan komen 💌

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now