39

17 2 14
                                    

Dengan langkah yang lemah longlai aku berjalan masuk ke tempat kerja.

Semalam memang aku habis terperuk je di dalam dalam. Bila pak cik dengan mak cik tanya aku cuma akan cakap

Banyak kerja

Sebenarnya kalau nak ikutkan hati aku yang paling dalam ni aku tak nak datang kerja sebenarnya

Yelah, masih sakit lagi kan dengan apa yang terjadi. Tapi hati ni kena gagah juga untuk semua benda yang terjadi ni

Takkan lah sebab perasaan cinta aku ni tak terbalas aku nak lampiaskan dekat kerja aku pula

Lagipun aku dah banyak kali cuti, rasa macam malu pula nak minta cuti lagi

Dahlah kat tempat kerja aku ni tak ramai pekerja, sabar jelah

"Misha" aku melabuhkan punggung je laju Yusoff datang ke arah aku

Yusoff jelah kawan yang aku rasa selesa sekarang ni. Walaupun dia lelaki dan aku perempuan

Tapi persabahatan kitaorang tiada pun yang namanya 'cinta'. Lainlah kalau dengan Zaquan

Aku menggeleng perlahan, kata nak move on jadi sepatutnya aku tak perlu lagilah nak menyebut namanya itu

"Ya Yusoff?" Aku tersenyum walaupun aku tahu senyuman aku terlihat hambar ketika itu

"Tiada apa, saja aku nak tegur kau" dia mula duduk di tempat duduknya

Mentang-mentanglah meja kami sebelah menyebelah sahaja jadi senang betul kalau dia ni nak ajak aku membawang

Tapi dari segi reaksi wajah Yusoff ni aku boleh agak yang dia ni sebenarnya tengah bahagia

Maklumlah member dah ada pasangan kan

"Macam mana hubungan kau dengan 'si dia' tu?" Sejujurnya aku dah lupa nama crush Yusoff ni

Jadi aku letak jelah dengan gelaran 'si dia'. Nampak macam misteri lah kan

Yusoff tersenyum-senyum malu. Dia berpusing-pusing menggunakan kerusinya itu

Nasiblah tak patah, kalau tak kena ganti rugilah jawabnya

"Aku dengan 'si dia' tu dah start keluar makan" malu-malu Yusoff menerangkan

Aku dah tersenyum, takpelah walaupun kisah cinta aku tak menjadi sekurang-kurangnya Yusoff punya kisah cinta berjalan lancar

"Tahniahlah" puji aku

Namun tangan aku dengan pantas menggeluarkan komputer riba yang berada di dalam beg aku

Walaupun mulut gerak tapi tangan pun kena gerak sekali

Tapi kan, ada kalanya aku tak tahu pun apa yang aku buat. Kalau ada fail berlambak apa semua tu memang aku pasrah jelah

Kadang-kadang sebab nak buat-buat busy aku pura-pura membaca benda dalam fail itu. Tapi satu hapak pun aku tak faham

"Kau rasakan perlu ke aku confess dengan dia sekarang?" Pertanyaan dari Yusoff itu menghentikan gerakan aku

Lambat-lambat aku berpaling ke arahnya

"Kau... kenal dia dah lama ke?"

"Takdelah lama mana, tapi kalau boleh aku nak terus ke hubungan yang serius tak nak main-main dah" terang Yusoff, yakin dengan tindakan nya itu

"Sabar dulu, bagi dia selesa dengan kau dulu tapi kalau boleh janganlah lama sangat sebab perempuan tak suka bergantung sepi ni"

Yusoff mengganguk, namun anggukan nya terhenti dan dia memandang wajah aku

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now