26

15 2 35
                                    

Aku dan anieq hanya mampu terduduk apabila mendengar apa yang diucapkan oleh doktor tentang keadaan Elina sebentar tadi

"Koma" aku berbisik perlahan

Anieq yang berada di sebelah aku dengan perlahan aku pandang. Boleh nampak kegusaran dari wajahnya

Aku nak berikan ayat memujuk tapi malangnya aku tak pandai soal pujuk orang ni. Selalunya kalau Amani menangis atau Azwani yang nangis aku peluk je

Tapi ni anieq, takkan aku nak peluk dia pula. Kalau aku ni isteri dia boleh lah aku buat macam tu

"Misha" panggil anieq

Aku yang memang sudah berpaling ke arahnya hanya kaku di tempat. Menunggu ayat seterusnya dari anieq

"Aku minta maaf"

Berkerut dahi aku, kenapa pula anieq tiba-tiba minta maaf ni? Apa pula salah dia dekat aku?

"Aku ajak kau keluar time pagi tapi sekarang ni dah nak petang dah" senyum anieq

Namun senyuman nya itu masih lagi tak mampu menyembunyikan kegelisahan nya itu

"Takpelah" senyum aku

"Benda kecil je" tambah aku lagi

"Aku tak tahu apa nak buat dengan kes Elina ni" anieq meraup mukanya

Aku boleh faham, semua benda ni berlaku secara tiba-tiba. Aku waktu kemalangan dulu pun ambil masa yang lama untuk proses

"Where's the fvck is Elina!" Jerit seseorang dari jauh

Aku dan anieq lantas bangun dan melihat dari arah seseorang yang menjerit dari jauh itu

Suara lelaki, garau. Memang mampu membangunkan patient lain yang berada di hospital ni

Dengar sahaja suara lelaki itu lantas aku bersembunyi di belakang anieq. Rasa macam ada bala bencana sahaja hendak datang

"Anieq!" Lelaki tersebut mencerlung tajam ke arah anieq

Namun anieq yang dipandang tapi aku yang bersembunyi di belakang anieq. Menakutkan betul aura yang dibawa lelaki tu

Lelaki tersebut berhenti di hadapan anieq. Aku pula mengambil peluang ini untuk meneliti siapa lelaki di hadapan kami sekarang ni

Dengan badan nya yang tegap, rambut berserabai, tatu pula terlihat jelas dan penuh di lengan kiri nya. Ada kesan parut di mata kanannya

Dan lelaki ni lebih tinggi dari anieq. Aku rasa kalau Zaquan ada dekat sini pun lelaki ni lagi tinggi dari Zaquan juga agaknya ni

"Where is Elina?" Tanya lelaki tersebut lagi

"Erick, calm down first" pujuk anieq

"Erick?" Aku bergumam perlahan. Jadi inilah abang tiri Elina tu

Erick meraup kasar rambutnya "calm down? my sister in the fvcking ICU!" Erick memegang kasar kedua-dua belah bahu anieq

Makin terkejut aku jadinya, namun apabila Erick menyedari bahawa aku berada di belakang anieq lantas dilepaskan pegangannya

"Tell me please, what happen?" Erick memandang ke arah aku

"Ada kemalangan, lori langgar Elina" dari belakang" aku menjawab dari arah belakang anieq

Dahlah Erick tu pandang aku macam nak dimakan. Aura dia memang membunuh betul

Erick seakan terkejut "Elina macam mana?"

Aku dan anieq saling berpandangan, macam mana nak bagitahu Erick yang Elina disahkan koma

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now