ANIEQ

22 2 14
                                    

Bau nasi lemak yang terhidang di hadapan aku sejujurnya tidak mampu untuk menaikkan selera aku

Entahlah, aku sejujurnya tak naklah jadi macam sendu sangat ke ataupun sedih sangat ke tapi entah kenapa aku ambil masa yang lama untuk pulih

"Kenapa Misha?" Tanya mak cik

Serentak dengan itu pak cik juga melihat ke arah aku. Pak cik aku tahu apa yang bermain di fikiran aku

Mak cik sahaja yang tidak tahu, lagipun kalau boleh aku tak naklah semua orang tahu benda yang sebenar

Sebenarnya aku rasa macam malu pula...

Sebab aku mana pernah jadi seperti ini untuk lelaki. Zaquan adalah lelaki pertama

Dan harap yang terakhir

"Tiada apa" aku mula memakan nasi lemak tersebut

Namun baru dua suapan aku dah mula menguis-nguis nasi tersebut. Rasa tak selera betul

"Misha hari ni ada nak pergi mana-mana tak?" Pak cik aku menutup telefon nya

Sekarang surat khabar dah tak relevan jadi baca berita dari Google sahajalah

Aku mengganguk. Aku ingat hari ni nak pergi sungai yang aku selalu lepak kalau nak memancing ikan dahulu tu

Tapi kali ni bukan memancinglah, aku nak duduk termenung sahaja di jeti itu

"Pergilah misha, tapi jangan balik lambat"

Aku mengganguk lagi "ok"

"Sabtu nanti pun kamu cuti juga kan? Sebab nak pergi kenduri kahwin kawan kamu si Azwani tu" mak cik menambahkan lagi nasi di dalam pinggan aku

Aku dah mula berkerut, makan nasi yang ada di dalam pinggan pun tak habis lagi ni kan pula dah cedok lagi sekali

"Mak cik, banyak sangat ni" aku merengek

"Tak habis bagi pak cik" arah mak cik

Terkejut pak cik yang sedang elok membaca semula berita di dalam telefon itu

"So Sabtu kamu cutilah" mak cik bertanya lagi

Aku mengganguk "nak ikutkan bos Misha pun pergi jadi takdelah macam cuti sangat dah kalau bos pun ada"

"Mesti meriah kenduri kahwin kawan kamu tu, sampai bos pun diajak" teka mak cik

"Diorang kahwin dalam surau je tapi kalau nak diikutkan khemah nya sampai 3 tu yang ramai dijemput"

Aku adalah juga tengok ternampak tempat kahwin diorang tu sebab diorang kahwin pun dekat kampung ni juga

Kampung ni dahlah boleh tahan kecil jadi kalau ada orang kahwin memang senang je satu kampung nak tahu

Nak ikutkan tempat kahwin diorang ringkas sahaja tapi sebab khemahnya banyak jadi mungkin sebab tu diorang ajak ramai orang

Biar memenuhkan sikit, lagipun kahwin kan elok dimeriahkan

"Biarlah kahwin dekat mana pun, asalkan cepat halal jadi takdelah orang pandang serong kalau bawa anak dara orang kehulur-kehilir" pesan pak cik

Aku mengganguk, rasanya pagi ni memang kerja aku asyik angguk jelah

Dah macam ada spring pula dekat leher ni

"Nanti petang sikit Misha nak keluar tau"

"Pergi mana?" Tanpa memandang ke arah aku, mak cik bertanya

Tengah khusyuk sangatlah tu makan

"Tempat biasa Misha lah" senyum aku

Mak cik dengan pak cik dah tahulah sungai tu memang tempat biasa aku. Jadi tak perlu pun nak terangkan lebih-lebih

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now