ZAQUAN

30 1 47
                                    

(sabar, jangan buka dulu link YouTube tu, mohon bersabar ye tunggu author punya hint hehe)

(Sila pause dulu readers kesayangan kuuu)

~•~•~•~•~•

"Kau nak ajak aku pergi mana?" Akhirnya soalan ni keluar juga dari mulut aku

Dari tadi aku tahan sahaja diri aku ni dari bertanya, tapi sebab dah tak mampu sangat jadi aku tanya jelah

Zaquan yang leka mendengar lagu di radio itu lantas menoleh ke arah aku. Ditutupnya lagu di radio itu

"Aku sebenarnya nak beli baju melayu"

Berkerut aku, kenapa tiba-tiba je nak beli baju raya ni. Baru bulan 12 sekarang ni

"Kenapa tiba-tiba je?" Bertanya juga aku akhirnya

"Saja, lagipun aku nak merasa beraya lagi awal"

Aku menggeleng perlahan "ada pula macam tu ye, yang kuban-kuban je kau ni"

Zaquan tergelak perlahan, "saja je, rasa nak beli awal"

Aku mengganguk, sambil dia beli baju melayu dia tu bolehlah aku cuci-cuci mata tengok benda-benda lain

"Tu je ke?"

Zaquan mula tersenyum "beli baju melayu aku dulu lepastu baru aku bawa kau pergi tempat special"

Aku mengganguk faham

Kali ni aku dah nekad sebenarnya, aku dah nekad dah aku akan confess dekat dia hari ni juga

~•~•~•~•~•

"Misha, kau rasa aku lawa baju warna apa" dibelek-belek nya baju melayu yang digantung di kedai itu

Aku memandang wajah Zaquan dan baju melayu yang dipegangnya silih berganti, manalah tahu aku dapat kesan ke warna yang sesuai untuk dia

"Aku rasa kau warna pastel macam tu sesuai" aku menunjuk ke beberapa baju Melayu berwarna pastel yang tergantung

"Tet, salah" Zaquan mula bergerak meninggalkan aku

"Aik, salah?" Aku mengikutinya. Zaquan ni dahlah laju orangnya jadi bila dia dah tinggalkan aku ni rasa macam payah aku nak mengejar

Terlari-lari anak aku jadinya

"Kau patutnya cakap macam ni" dia berdehem "kau handsome jadi kau pakai apa pun sesuai" Zaquan memimik kan suara ketika aku bercakap

Jadi sekarang ni aku lah yang salah ni. Bukan main lagi dia nak aku puji dia

"Ya, kau pakai apa pun handsome" namun aku masih mencebikkan muka aku ke arahnya

"Macam tak ikhlas je"

Aku mencebik lagi "sudahlah tu, jangan nak melebih-lebih ye" tegur aku

Aku ni jarang puji orang, lagi-lagi kalau pasal lelaki. Kalau perempuan memang rajin mulut aku nak memuji

"Aku try baju melayu ni lah" diambil warna pastel yang aku tunjukkan tadi

Eleh, tadi bukan main lagi macam tak nak ambil. Inilah yang dikatakan dalam hati ada taman

"Kau saiz XL rupanya" aku mengamati baju yang diambil oleh Zaquan itu

Zaquan mengganguk "bahu aku lebar tapi pinggang aku lagi kecil dari bahu, jadi better ambil XL terus"

Aku mengganguk faham, selalunya kalau ambil baju yang besar sedikit dari badan kita memang selesa

"Pergilah try, aku tunggu kat sini dulu" aku mulai duduk

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now