45

25 2 17
                                    

~•~•~•~•~•

Aku mula keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah, perkara yang abang Zamri cakap tadi memang tersangatlah susah aku nak hadam

Namun aku melihat ada kereta lain yang terparking di hadapan rumah. Siapa punya kereta pula ni?

Ni bukan kereta anieq. Ataupun kereta sesiapa yang aku kenal

Jadi siapa?

Lantas aku berjalan laju masuk ke dalam rumah

"Assalamualaikum" ucap aku

"Waalaikummussalam" jawab mak cik dan pak cik serentak

Aku melihat susuk tubuh seorang lelaki yang. Namun orang tersebut dilindungi oleh pak cik

Bergerak ke kiri dan ke kanan aku untuk melihat

"Misha, ni ada orang nak jumpa" ucap pak cik, lantas dia mulai bangun

Dan dapatlah aku lihat siapa sebenarnya yang datang tu

~•~•~•~•~•

"Saya tahu mungkin awak dah lupa saya jadi saya ingatkan balik lah" senyum lelaki tersebut

Aku hanya tersenyum. Rasanya aku ingat gerangan jejaka di hadapan aku ni sebenarnya

"Saya Idris" senyum Idris

Iye, aku pernah jumpa dia waktu perkahwinan Amani dengan Musa dulu. Ingat lagi

"Saya datang sini atas amanah sebenarnya"

"Amanah apa tu?"

Idris mula menggeluarkan sampul surat dari dalam begnya

"Ni amanah dari arwah Zaquan, dia suruh saya sampaikan dekat awak bila dia dah meninggal nanti" senyum Idris

Lambat-lambat aku mengambil sampul surat tersebut

"Itu sahajalah niat saya dekat sini, lagipun saya akan berpindah dah nanti, bosan pula kalau saya seorang je duduk rumah bujang tu sekarang" senyum Idris

Aku perasan juga yang matanya seakan berkaca

"Saya balik dulu" Idris mula bangun dari duduknya

Aku juga turut ikut bangun sekali "terima kasih Idris" ucap aku

"Sama-sama Misha, jaga diri"

Kepergian Idris itu ditemani oleh pak cik sehingga ke muka pintu, lantas aku masuk ke bilik ingin melihat apa yang berada di dalam sampul itu

~•~•~•~•~•

Assalamualaikum Misha..

Aku rasa Idris dah bagitau kau kot kenapa surat ni ditulis. Aku tahu surat ni akan sampai kat tangan kau sebab Idris tu amanah orangnya

Dan betul lah tu apa yang Idris cakap. Aku dah jadi arwah, Misha. Tanggungjawab aku di atas muka bumi ni dah berakhir tapi kau insya Allah panjang lagi

Terus berusaha Misha. Jangan patah semangat tau, kau tu kuat aku yakin dengan kau dan aku bangga dengan kau sebab dah sampai tahap ni

Kau nak tahu tak? Sebenarnya time mula-mula aku nampak kau dekat kelas aku masa form 1 tu sebenarnya time tu aku dah fall in love dengan kau

Boleh dikatakan aku jatuh cinta pada pandangan pertama lah ni. Aku nak confess tapi sebenarnya aku takut benda tu akan menggangu friendship kita jadi aku pendam jelah

Aku tak tahulah sampai bila aku boleh pendam perasaan ni, tapi aku akan cuba.

Lepas habis SPM aku gigih cari Universiti untuk sambung belajar. Macam-macam Universiti aku pergi tau. Jadi mungkin dari situ kita dah agak Lost contact kot

Tapi kau pun aku tahu tengah berusaha untuk pilih fakulti yang sesuai untuk sambung belajar

Aku ingatkan kalau aku dah dapat kerja bagus confirm lah aku nak jaga mak aku baik-baik walaupun mak tiri tapi dia masih lagi mak aku

Dan antara sebab lain adalah kalau boleh kan Misha, aku nak sangat masuk meminang kau bila aku rasa duit aku dah cukup nanti

Aku dah kumpul duit kahwin dah sebenarnya dalam satu balang tu, supaya nanti senang. Hehe

Tapi takdir berkata lain pula untuk aku. Tiba-tiba je suatu hari tu doktor sahkan aku hidap kanser mata tapi baru tahap 3 time tu

Dah macam-macam cara aku buat, tapi aku masih tak pulih-pulih tu sebab ada time tu kau dah lama betul tak jumpa aku. Sori ye

Misha

Aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau sebab aku tipu kau pasal aku dah ada girlfriend tu

Sebenarnya waktu kau berlalu pergi dalam keadaan hujan tu aku tak sampai hati Misha, aku nak kejar tapi aku tahu akan ada satu tahap aku kena lepaskan kau

Kau pun tahu kan antara aku, kau dengan Amani aku yang paling realistik jadi aku tahu kalau aku kahwin dengan kau dengan keadaan aku macam ni memang teruk kau nanti nak kena jaga aku

Sebab cinta sahaja tak cukup untuk bagi makan Misha. Duit memang wajib ada untuk zaman sekarang ni

Aku takut akan ada satu tahap nanti aku tak mampu nak buat apa-apa pun untuk kau. Aku tak nak kau susah sebab aku

Tapi aku gembira bila anieq call aku dan cakap kau dah terima pinangan dia. Bagus pilihan kau tu, anieq tu memang husband material dan sesuai untuk kau

Aku takut aku tak sempat nak ucap jadi aku ucap dalam surat ni jelah. Selamat pengantin baru semoga kekal ke anak cucu

Nanti kalau kau ada anak mesti anak kau comel-comel yelah sebab mak ayah dia pun bagai pisang dibelah dua kan

Buat anak banyak-banyak tau, haha aku cakap macam kau kilang pula. Apalah aku ni

Dan pokok bunga matahari yang kau pernah bagi tu dah start layu. Aku minta maaf mungkin sebab aku busy ulang-alik hospital jadi aku tak sempat nak jaga

Aku harap bunga matahari dekat rumah kau elok-elok je tau, jagakan untuk aku

Lagi sekali Misha, aku minta maaf sangat-sangat sebab aku lukakan hati kau

Sebenarnya aku pun cintakan kau tapi aku tak mampu nak balas. Tak kisahlah seberapa kuat pun cinta kita

Ianya tidak akan dapat melawan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita

Aku hanya mampu doakan kau bahagia dari jauh.

Aku akan simpan kenangan kita bersama dalam kotak memori aku yang paling indah sekali

Bye Misha..

Terima kasih untuk segala-galanya

~•~•~•~•~•

Aku meletakkan kertas tersebut kembali ke dalam sampulnya

Air mata memang sudah tidak dapat aku bendung lagi

"Ya Allah Zaquan" aku berbisik perlahan

Entah berapa kali surat itu aku cium, sungguh ya Allah kalau aku tahu dari awal lagi yang Zaquan sakit..

Sungguh aku rindu. Aku rindu pada Zaquan Adha. Rindu pada kawan pertama aku. Rindu kenangan bersamanya. Rindu pada cinta pertama aku

Stay tuned tau ❤️💌❤️

Terima kasih sebab baca vote dan komen 💌❤️❤️

Korang ok tak lepas tahu plot twist pasal Zaquan ni?

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now