24

17 3 5
                                    

Aku yang sedang lena diulit mimpi itu mula terjaga apabila mendengar keadaan yang hiruk-pikuk di bawah

Kelentang-kelentung bunyinya macam ada orang buat kenduri je dekat rumah aku ni

"Pukul berapa ni?" Aku melihat jam yang berada di telefon bimbit sambil menggosok mata aku

"Baru pukul 8:06 pagi" aku menggeluh, kenapa pula awal pagi macam ni dah ada bunyi keributan dekat bawah sana tu

Lantas Misha meletakkan semula Fanta dan brownies di dalam sangkar. Rasa seronok pula apabila tidur bertemankan anak kucing ini

Oyen pula masih lagi sibuk berbaring bersama Mika. Kesian, dah lama terpisah akhirnya boleh bersatu kembali

Bilik air yang memang berada di dalam bilik aku menjadi tempat pertama yang aku tuju. Kalau boleh aku nak sangat tahu apa yang kecoh-kecoh dekat bawah sana

~•~•~•~•~•

Aku hanya melihat sahaja dari tingkat atas siapa tetamu yang datang ke rumah aku pada pagi-pagi buta ni

Walaupun tetamu itu membelakangi aku tapi kalau dilihat dari susuk tubuh rasanya macam lelaki. Nasiblah sebelum keluar dari bilik tadi aku dah terdetik nak pakai tudung

Kalau aku main keluar je tadi memang malu lah aku jadinya. Tapi siapa pula mamat ni tiba-tiba je ada dekat sini?

"Misha" mak cik aku mula memanggil aku

Tetamu yang tadinya duduk membelakangi aku sekarang mula berpusing dan barulah segala persoalan yang bermain di fikiran aku terjawab

"Anieq" senyum aku, cuba untuk mengawal reaksi terkejut aku ketika ini

"Dah kenapa berdiri je dekat situ? Sini jom, sarapan" mak cik aku mula menegur apabila melihat aku sedari tadi hanya berdiri sahaja memerhatikan mereka

Aku menggeluh perlahan. Dah kenapa pula ni? Aku dalam drama perjodohan ke? Kalau tak pun kenapa je tiba-tiba mamat tu ada dekat sini

Makin rasa nak menggeluh aku apabila melihat di sebelah anieq sahaja tempat yang kosong yang lain semua kalau bukan pak cik dengan mak cik aku duduk dah ada barang atas kerusi tu

Rela tak rela aku duduk jugalah sebelah anieq ni. Lagipun duduk bersebelahan bukannya bermaksud apa-apa pun

Aku melihat sekeliling. Nak cakap apa ni? Aku kena cakap ke atau diam je? Kalau aku cakap pun ada ke orang nak dengar?

Pelbagai persoalan muncul kat minda aku sekarang ni. Takde sesiapa ke yang nak startkan perbualan dengan aku sekarang ni? Boleh lah aku sambung

"Misha" panggil mak cik aku

Lantas aku mengangkat wajah. Lagipun jarang mak cik aku nak bersuara ni

"Lepas sarapan nanti bersiap tau, anieq ni nak ajak Misha keluar jalan-jalan" senyum mak cik

Aku dah terkedu di situ. Lantas aku menoleh memandang anieq namun dia tengah sibuk pula berbual dengan pak cik aku

Kalau nak panggil takut mengacau pula perbualan diorang yang nampak rancak tu. Jadi aku hanya diamkan sahajalah

~•~•~•~•~•

"Dah siap" ucap aku kepada mak cik dan pak cik aku yang masih lagi seronok berbual di muka pintu rumah itu

Aku pun tak tahulah apa yang dari tadi rancak sangat perbualan diorang tu. Aku yang tengok rasa cam 'wow, rapat betul hubungan diorang ni'

"Haa Misha ni dah siap dah" mak cik menyentuh bahu aku dan menolak belakang aku perlahan agar mendekati anieq

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now