32

14 2 20
                                    

Aku terbaring lesu di atas katil. Dah dua hari dah semenjak kejadian tu berlaku

Dan dah 2 hari jugalah aku tidak masuk bekerja. Lagipun aku demam jadi make sense jugalah kalau aku tak datang

Mungkin aku demam terkejut kot. Yelah, tiba-tiba je jadi kejadian macam tu berlaku siapa je yang tak terkejut

Mika hanya berbaring di sebelah aku, sama juga dengan Fanta dan brownies. Diorang pun demam juga mungkin

Entahlah, aku hanya buat kesimpulan yang merapu sahaja

Kenapalah semua benda ni terjadi pada aku? Takpelah Misha mungkin semua ni ada hikmahnya

Ada hikmah di sebalik semua ni Misha. Sabar Misha sabar

~•~•~•~•~•

"Saya tak boleh lah tengok keadaan Misha macam tu" mak cik Suraya meletakkan bubur yang akan diberikan untuk Misha di dalam mangkuk

Pak cik ezhan menggeluh perlahan "make sense lah kalau dia macam tu, kucing dia mati dalam..."

Pak cik ezhan melihat tempat oven di mana mayat oyen dijumpai. Terus mereka membuang oven tersebut

Kalau nak sedekahkan kepada orang memang dah sah-sah tak boleh. Dengan ada kesan dan bau darahnya yang kuat

"Macam mana oyen tu boleh dijumpai mati dalam oven tu? Saya tak puas hatilah" mak cik Suraya meletakkan bubur tersebut di atas dulang

"Saya rasa ada yang cuba buat onar lah"

"Maksud awak? Awak terlibat lagi ke dalam group Eiser's tu?"

"Tak Suraya, tapi saya rasa macam ada sesuatu yang Misha sorokkan daripada kita"

"Saya pun rasa macam tu juga, sepatah saya tanya sepatah dia jawab" mak cik Suraya menggeluh dan lantas mengangkat dulang tersebut

"Makanan pun dia tak habiskan, saya risaulah dengan Misha ni. Macam-macam cara saya pujuk tapi dia tak nak" adu mak cik Suraya lagi

"Takpe, biar saya yang bagi dekat Misha" pak cik ezhan menahan gerakan mak cik Suraya itu

"Nah" dihulurkan dulang yang membawa semangkuk bubur dan air putih

"Thank you sayang" ucap pak cik ezhan bila sampai sahaja dulang tersebut di tangan nya

Pak cik ezhan mencium bibir mak cik Suraya sekilas. Terkejut mak cik Suraya jadinya

~•~•~•~•~•

"Misha, boleh pak cik masuk?" Pak cik mula mengetuk pintu

Ketukan dari pak cik aku itu mengejutkan aku. Kalau boleh aku nak bersendirian sahaja waktu ini tapi disebabkan aku tak sampai hati aku menjemput juga supaya pak cik aku masuk

"Masuklah" balas aku, lantas aku duduk bersila

"Misha" senyum pak cik

"Iye" aku cuba tersenyum, tapi tipu jelah kalau senyuman aku itu tidak terlihat pucat

"Makanlah, mak cik buat bubur sedap ni" pak cik meletakkan dulang bubur tersebut di atas meja kecil yang berada di sebelah katil aku

Diangkat nya mangkuk bubur tersebut di hadapan aku

Aku hanya menggeleng perlahan. Bukannya aku nak menyakitkan hati mak cik aku tapi aku memang betul-betul tiada selera sekarang ni

"Makanlah sayang ke nak pak cik suap?" Diambilnya sedikit bubur yang berada di dalam mangkuk tersebut dan menyuakan nya ke arah aku

Aku tersenyum namun aku hanya menggeleng sebagai jawapan

Pak cik aku hanya tersenyum, diletak kembali mangkuk bubur tersebut di dalam dulang

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now