"Wei Misha"
Aku baru je nak melabuhkan punggung dekat kerusi aku ni dah dipanggil pula
"Ye Yusoff, kenapa?"
"Kau nak tahu something tak?"
Aku mendekatkan diri ke arah Yusoff, rasanya benda macam ni tak perlu tanya pun sepatutnya cakap je
Aku ni on je kalau pasal gosip ni. Maklumlah perempuan
"Aliff kena berhenti kerja"
Aku menekup mulut, rasanya baru beberapa hari yang lepas aku nampak dia. Kenapa pula sekarang kena berhenti kerja ni?
"Dia dah banyak hari tak datang dahlah tu surat mc pun tak bagi, encik Khalil dah marah sangat kot tu yang diberhentikan je tu"
Aku hanya mampu mengganguk "Aliff macam mana, apa reaction dia?"
"Tak tahulah, encik Khalil cakap dia tak respon apa pun whatsapp dia pula satu tick je"
Aku mengganguk lagi "jadi sekarang ada aku, kau, Azwani, Haslam dengan Iqbal jelah?"
"Iqbal dah berhenti kerja"
"Hah!"
Yang seorang diberhentikan kerja yang seorang lagi berhenti kerja. Dahtu yang still berkerja ni tak ke gila jadinya
"Tapi kau jangan risau, encik Khalil ada ambil 3 lagi pekerja baru"
"Ada perempuan tak?" Lantaklah pasal pekerja baru ke apa ke, aku cuma nak tahu ada pekerja perempuan tak
Sebab kalau tak memang aku bosanlah dekat sini. Azwani pula rasanya lepas kahwin dah tak bekerja lah kot
"Takde" Yusoff menggeleng
"Alaaa" aku merengek perlahan, well memang boringlah hari-hari aku jadinya
"Rilekslah aku kan ada walaupun sebenarnya aku rindukan Aliff" Yusoff termenung seketika
Sememangnya aliff lah yang akan ceritakan suasana di sekelilingnya. Tapi bila tiada aliff ni rasa kosong pula
Manalah Aliff ni agaknya?
"Assalamualaikum" dengan malu-malu lelaki di muka pintu memandang sekeliling
Lantas aku memandang ke arah lelaki tersebut, aku dapat rasakan ni lah pekerja baru tu
"Saya Ikmal"
Aku mengganguk, Yusoff pula dah bersalaman dengan Ikhmal itu
"Mana lagi dua?" Yusoff bertanya
"Tu" Ikhmal menunjuk ke arah dua orang lelaki yang berada di muka pintu juga
"Saya Izz" Izz bersalaman dengan Yusoff
"Saya Alimuddin"
"Kembar ke?" Tanya aku, tapi diorang berdua ni memang seiras habis
Tapi kalau dah seiras tu memang dah sah-sah kembar, yang aku pergi tanya lagi buat apa?
"Ha,ah kembar"
"Wuishh kembar" Yusoff mula gembira, lantas dia memanggil Haslam yang berada di tempat duduknya
"Abang Yusoff pun ada kembar juga yang ni namanya Haslam" dirangkul bahu adiknya itu
"Abang Yusoff lah abang yang ni adik" bersemangat betul Yusoff sekarang
"Oo kalau saya" Izz merangkul abangnya itu
"Saya abang yang ni pula adik"
Ikhmal yang berada di belakang hanya mampu mengekalkan jaraknya
![](https://img.wattpad.com/cover/356323221-288-k126674.jpg)
YOU ARE READING
Our Story (Completed ❤️)
RomanceMisha seorang gadis yang baru sahaja pulih dari trauma akibat kehilangan abangnya iaitu Fateh dalam sebuah kes pembunuhan menjumpai Zaquan seorang jejaka yang sudi hadir dan menemani dirinya Terima kasihlah sebab sudi pelawa diri kau untuk aku, kita...