25

14 2 39
                                    

"Seriuslah anieq?" Aku terkebil-kebil memandang anieq yang seakan serius pasal kes kereta ni

Anieq mengganguk "seriuslah, kalau tak serius buat apa aku ajak kau datang sini"

Anieq mula turun dari kereta, baru sahaja dia ingin berpusing dan membuka pintu kereta untuk aku namun dengan laju aku keluar dari kereta

Tak perlu lah susah-susah nak buka pintu kereta ni untuk aku. Bukan anak raja pun aku ni dilayan sebegitu

~•~•~•~•~•

"So kau pick kereta yang mana?" Anieg mula bertanya apabila kami sudah berjalan melihat beberapa modal kereta yang ada

Aku menggeluh "aku seganlah anieq, aku boleh je pinjam kereta pak cik aku lagipun banyak juga kereta yang ada"

Pak cik aku ada juga beberapa buah kereta kalau nak pinjam. Mak cik aku pun ada juga kereta kalau nak pinjam

Aku tinggal pilih je sebenarnya. Tak perlu pun nak beli baru ni

"Itu kereta diorang tapi kalau kereta untuk diri kau?"

Aku mula termenung. Logik juga kata-kata dari anieq tu. Kereta aku yang dulu jelah satu-satunya kereta yang aku beli guna duit aku sendiri

Tu pun nasib aku dah habis bayar, kalau belum memang habislah aku nak fikir macam mana nak bayar bagi habis kereta aku yang dah lunyai tu

"Ehh tapi kalau kau yang belikan tak kira jadi aku punya" dalih aku semula. Nasib aku ada idea untuk tolak lagi tawaran dia tu

Anieq menggeluh mungkin dia dah penat dengan alasan yang aku bagi

"It's ok Misha, aku ikhlaskan"

Terdiam aku. Sebenarnya aku ada lagi ayat untuk patahkan stagment dia tu tapi takpelah baik aku diamkan sahaja

"So, kau nak pick kereta apa?" Tanya anieq lagi

"Axia" jawab aku laju

Berkerut muka anieq apabila aku menjawab pertanyaan dia tu

Kenapa pula nak berkerut? Kereta Axia best juga apa, kereta comfort aku tu tau

"Kenapa Axia? Tak nak Audi ke apa ke?"

"Kereta tu pak cik aku dah ada dah"

"Ok.. kalau itu yang kau nak" anieq berjalan mendahului aku namun laju aku mengikutinya dari belakang

~•~•~•~•~•

"Misha, can you wait here?" Anieq menunjuk ke arah sofa yang berada di ruangan itu

"Boleh je tapi kenapa?" Aku duduk juga di sofa yang dimaksudkan oleh anieq itu

"Aku nak jumpa kawan sekejap, nanti aku datang balik tau" anieq menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan telefon

Entah apa yang dibuat dengan telefon nya tu. Mungkin itu mesej kawan dia yang dia nak jumpa kot

Aku memandang sekeliling. Kedai kereta ni memang besar memang penat juga sebenarnya kalau nak tengok-tengok dekat kedai ni

Tu tak termasuk dengan tingkat dua lagi. Tingkat dua tu macam tingkat yang VVIP lah sebab dekat situ lah diorang jual kereta-kereta mewah yang ada

Sedang khusyuk dan tawaduk aku melihat sekeliling baru aku sedar yang anieq masih lagi di hadapan aku sambil bermain telefon

Kenapa pula ni? Kes dia dengan kawan dia tak selesai lagi ke? Nak tanya tapi nanti nampak macam menyibuk pula

Aku mula menongkat kepala aku. Kalau lama-lama menunggu macam ni boleh jadi mengantuk juga

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now