37

20 2 16
                                    

"Elina" aku tersenyum gembira bila melihat Elina yang sudah terduduk di atas katil hospitalnya itu

Aku mendakapnya. Rasa rindu betul aku pada Elina yang sorang ini, akhirnya bangun juga Elina dari koma

"Misha" Elina membalas pelukan ku

"Lambatnya Misha nak datang lawat Elina" dia mencebik di situ

Aku tersenyum, Elina ni boleh tahan childish juga rupanya

"Baru balik dari kerja ni haa.. sebenarnya Misha dah tahu dah Elina dah sedar dari semalam lagi tapi mesti semalam tu ramai yang nak datang melawat" aku tersenyum

Semalam anieq dah text aku bagitahu yang Elina dah sedar dari koma cumanya tak naklah menggangu lagipun mesti parents atau orang terdekat Elina nak datang melawat

Kalau semua nak datang sekaligus memang crowded lah nanti jawabnya. Jadi baik lambat dulu, lagipun aku ingat nak lawat Elina ni lepas habis kerja

"Semalam boleh tahanlah yang datang melawat, rasa macam artis pula" Elina melibas perlahan rambutnya

"Cehh, powerlah" aku tergelak, walaupun takdelah terbahak-bahak sangat

"Elina macam mana sekarang? Ok tak?" Maklumlah aku dulu bila lepas kemalangan pun memang buat semua benda tak selesa

Jadi aku nak tahulah juga keadaan Elina macam apa, sekarang ni

"Ok kot, ada lah rasa tak selesa sikit kadang-kadang nak jalan pun rasa macam terhuyung-hayang sikit" jelas Elina

Aku hanya mengganguk, faham

"Haa ni" Elina mula menggeserkan dirinya agar dekat ke arah aku

Aik, takkan baru lepas koma pun nak ajak gosip Elina ni. Tapi gosip adalah kelemahan aku sebenarnya

Mostly mungkin sebab aku ni perempuan, faham-faham jelah

"Misha ni ada apa-apa tak dengan anieq?" Elina mengenyit kan matanya kepada aku

"Haa?" Terlepas juga perkataan tu dari mulut aku, kenapa tiba-tiba je ni??

"Takdelah, Elina saja tanya" Elina menepuk bahu aku perlahan

"Tapi kenapa tiba-tiba je?"

"Sebab, anieq tu tak macam lain sikit dengan Misha tau"

"Lain macam mana tu?" Aku pula mendekatkan diri ke arah Elina, nak tahu juga lebih lanjut hal ni

"Yelah, anieq tu kalau dengan perempuan dia macam tak layan kecuali kalau dia buat kerja berkumpulan time dia study dekat London dulu tapi tu jelah, and pernah je ada orang ngorat dia tapi dia tak nak and dia tak layan. Orang yang ngorat anieq dulu tu model pulak tu"

Aku mengganguk dan maklumat baru juga untuk aku yang anieq ni pernah belajar kat London

Maklumlah sebab masa dia pindah lagi sekali waktu form 1 tu aku tiada nombor telefon dia jadi kitaorang Lost contact

Memang first time aku tengok dia time dekat dinner yang pasal jet apa semua tu. Tu pun Amani yang ajak kalau tak aku tak tahu

"Tapi...." Sambung Elina, lantas dia memandang ke arah aku

"Dengan Misha dia yang akan cakap dulu, dia yang akan bagi affection dulu. Dengan Misha dia...." Elina memandang aku, lama

"Berbeza"

"Guysss!" Aidin meluru masuk ke dalam wad elina itu

Bersama anieq dan Erick di belakangnya

"Aidin" Elina tersenyum

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now